Dalam zaman persekolahan saya, saya masih teringat beberapa guru dari Semenanjung mengatakan bahawa "bangunan sekolah di Sabah ini sungguh daif berbanding dengan sekolah mereka di Semenanjung". Sedarkah kita wahai Generasi Muda bahawa semua yang mereka miliki itu datangnya daripada bumi tercinta kita Negara Sabah dan Negara Sarawak. Kita ini umpama satu tempat untuk mereka mencari kepentingan mereka sendiri.
Perlukah beberapa tahun lagi untuk kita sedar tentang keadaan kita pada masa sekarang ini? Adakkah kita mahu lagi diperbudak-budakan? Adakah kita sanggup melihat anak-anak kita di masa akan datang menjadi mangsa keadaan pada masa kini? Dimanakah perginya semangat untuk membela terhadap anak bangsa Negara kita? Sanggupkah kita melihat anak bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak ini terpaksa merantau di negeri orang untuk mencari sumber pendapatan seperti mana ia telah berlaku kini (dianggarkan lebih kurang 300,000 rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak bekerja di malaya).
Sanggupkah kita mahu melihat anak muda kita yang layak untuk melanjutkan pelajaran terpaksa berkerja sendiri kerana faktor kemiskinan yang kita alami pada masa kini? Kita sebenarnya mampu untuk mengubah semuanya itu jika kita ada kesedaran untuk membela nasib anak jati kita agar pada masa akan datang kehidupan kita daripada pelbagai bidang iaitu dalam aspek sosial, ekonomi dan politik akan terus terbela dengan LEBIH BAIK.
Sedarlah wahai anak jati Negara Sabah dan Negara Sarawak akan kedudukan kita pada masa kini. Mari kita sama-sama berganding bahu untuk membela nasib kepada kemajuan untuk Anak Bangsa Negara Kita. Kalau bukan kita yang mahukan perubahan, siapa lagi? Fikir-fikirkanlah jika kita mahu memajukan Negara kita, Negara Sabah dan Negara Sarawak ini. Memperjuangkan hak kita bukanlah satu kesalahan, namun kesalahan yang lebih besar adalah membiarkan tanah tumpah darah kita dihancurkan oleh orang asing...
“ Keselesan Membawa Kepada Kehidupan Yang Harmoni “
“ GENERASI MUDA NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK “
0 comments :
Post a Comment