Thursday 6 February 2014

Sabah Border Scouts

Keningau: Lebih daripada 50 orang Pesara Pengakap Sempadan Sabah (Sabah Border Scouts) telah berkumpul di bekas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) untuk menubuhkan satu organisasi rasmi untuk didaftarkan atas nama Persatuan Bekas Anggota Polis Pengakap Sempadan Sabah (P.P.P.S.S).

Pertemuan itu dihadiri oleh seorang Pengerusi Bekas Polis Cawangan Ranau iaitu En.Saidin Jaimin yang juga merupakan salah seorang bekas Pengakap Sempadan Sabah yang telah berkhidmat daripada tahun 1966 sehingga tahun 1976 sejak ditubuhkan sepanjang tempoh konfrontasi Indonesia pada tahun 1962-1966 terhadap gagasan Persekutuan Malaysia sebelum menyertai Polis.

Sabah Border Scouts atau Polis Pengakap Sempadan Sabah ditubuhkan khas sebagai satu Unit Tentera semasa berlaku perang konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1962-1966. Pasukan ini adalah satu Pasukan Tentera Tempatan yang digabungkan dengan pasukan Tentera British dan Pasukan Gurkha daripada India untuk mempertahankan salah satu daripada serangan tentera Indonesia. Kemudian Border Scouts bekerjsama dengan satu pasukan lagi yang dipanggil Intelegen iaitu pasukan yang bertugas di dalam kampung sendiri. Intelegen berperanan sebagai menghantar maklumat dan membantu mematahkan serangan tentera Indonesia serta mempertahankan kampung sendiri daripada dikuasai oleh tentera Indonesia.


Republik Indoneasia yalng dipimpin oleh Sukarno pada waktu itu telah menentang idea penubuhan Persekutuan Malaysia dan beliau dengan tegas mengatakan dengan suara lantang kepada dunia bahawa "Pembentukkan Persekutuan Malaysia merupakan satu bentuk Penjajahan Zaman Moden."


Isu yang dibawakan oleh bekas-bekas pesara Border Scouts adalah tentang penempatan yang diduduki oleh mereka sekarang di bekas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) Keningau ingin diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Papan tanda notis dan larangan telah dipasangkan dan menurut salah seorang bekas pesara Border Scouts mengadu kepada pihak UVSB bahawa terdapat beberapa cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menghalau dan menakut-nakutkan penduduk yang mendiami tanah bekas PPH yang seluas 45.90 ekar. Majoriti penduduk yang tinggal dikawasan tersebut adalah bekas-bekas pesara Border Scouts bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga. Dianggarkan jumlah keluarga Border Scouts diseluruh kawasan Pedalaman, Keningau, Tenom, Pensiangan adalah lebih daripada 10,000 orang.

Pemilihan ahli-ahli dibuat untuk memenuhi syarat pembentukkan carta organisasi yang dijangka akan didaftarkan kepada Persatuan Pendaftar Persatuan bukan Kerajaan (Ros) dalam masa terdekat ini. Pemilihan begitu rancak dijalankan dikalangan anggota Border Scouts demi memperjuangkan kepentingan mereka yang sekian lama ini telah diabaikan dalam aspek-aspek tempat tinggal, kemudahan rawatan perubatan, kad pengenalan, kemudahan persekolahan untuk anak-anak pesara serta aktiviti sosial oleh pihak kerajaan Sabah dan Persekutuan Malaysia.

Border Scouts telah diberikan satu kawasan penempatan khas oleh pihak kerajaan Sabah tetapi telah dipindahkan ke tapak bekas kem Pasukan Polis Hutan (PPH). Kawasan mereka yang sebenar telah didirikan bangunan kediaman polis. Tetapi melalui sumber yang boleh dipercayai, kawasan yang mereka diami kini ingin diambil kerajaan atas sebab untuk membina penempatan tambahan kepada pihak polis. Satu aduan daripada bekas pesara Border Scouts mengatakan "mereka ingin mengambil tempat ini sedangkan dahulu kami memang dijanjikan untuk diberikan kawasan khas untuk Border Scouts. Kawasan baru yang telah dibina untuk kediaman polis sehingga sekarang pun belum penuh diisi. Apakah niat mereka sebenar ini?"


Apabila pihak UVSB bertanya tentang mengapa permohonan ini tidak dibuat melalui Pegawai Anak Negeri, Wakil Rakyat , Wakil Parlimen dan Kerajaan Sabah, mereka mengatakan "Permohonan telah dibuat dan mereka telah dimaklumkan. Surat sokongan akan diberikan oleh mereka kepada kami kerana isu ini akan dibantu oleh Peguam Negara, Ghani Pattani untuk membantu kami memenangi kes ini"


Tapak Penempatan Asal Border Scouts sebelum dipindahkan ke Kem Bekas Pasukan Polis Hutan (PPH)


Tapak Penempatan yang kini didiami oleh keluarga bekas Border Scouts Sabah yang ingin diambil oleh pihak PDRM.


Liputan Media di Keningau... Sila luangkan masa anda untuk menontonnya dan sebarkannya...



Sila baca Liputan Media daripada pihak Free Malaysia Today...
Beratus keluarga bekas pengakap sempadan bakal diusir 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...