Thursday 21 November 2013

Abrahyince Altly spesisi mamalia seakan katak yang perlu dihalang masuk ke Sabah serta Sarawak

Hari ini jiwa Mr.J meronta - ronta hendak berkata dan kali ini adalah berkenaan dengan spesis mamalia seakan katak bertanduk dua berkaki satu dan lidah bercabang dua ataupun dikenali dengan nama saintifik iaitu Abrahyince Altly yang juga ketua kepada Bangsa Perthcassa .

Di Eropah , masyarakat menyebut spesis tersebut dengan pangilan 'Abraham Elly' manakala di Malaysia pula ianya lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Ali' manakala di tempat Mr.J iaitu Sabah dan Sarawak ianya lebih terkenal sebagai 'Bapa Perkauman' iaitu pencetus kepada keruntuhan toleransi antara agama dan juga merupakan pelopor semangat rasist di malaysia barat.

Di Malaysia barat, Ibrahim Ali banyak menimbulkan pelbagai isu yang banyak melanggar sensiviti masyarakat lain dan kalau tidak silap Mr.J pada awal tahun ini iaitu 2013 dia mengancam masyarakat Kristian di malaysia akan mengadakan Maljis Pembakaran Kitab Injil yang dijadualkan bertempat di Pulau Pinang. Baiklah kita tinggalkan kisah yang lepas, biarkan si Ibrahim Ali khayal dengan dunia fantasinya.

Lucu tapi Seram Protes Kemasukkan Ibrahim Ali ke Sabah dan juga Sarawak.

Bapa Perkauman Ibrahim Ali bakal berlepas terbang ke Sabah pada 23 November ini iaitu untuk 'merasmi' acara lompat katak, tetapi program kehadirannya telah dihidu oleh masyarakat Sabah yang sering mengikuti aktiviti 'tidak sihat' beliau itu sehinggakan ada masyarakat Sabah 'menyerang' facebook page yang tak seberapa popular beliau dengan kata - kata kutukkan serta pelbagai sumpahan.

Bagaimanapun , iaitu katak kacukan yang diberi nama 'Sid Curttalk Artly' yang terhasil daripada proses ibu tumpangan komodo menafikan gelaran 'rasist' yang diberi kepada mereka . Sid Curttalk Artly juga menyatakan bahawa Bumiputera Kristian Sabah menyertai PERKASA kerana pendirian mereka mempertahankan hak Bumiputera. Nampak tak permainannya disitu .

Disini kita sudah dapat melihat dengan jelas dimana Pertubuhan Perthcassa tidak 'berpendirian' serta seperti sebuah pertubuhan yang mempergunakan seberapa banyak agama untuk mendapatkan sokongan masyarakat.

Tidak Berpendirian dan syok sendiri.  Di Sabah dia mengatakan bahawa Perkasa ada ramai ahli Kristian tetapi di Malaya wajarkah dia mengancam masyarat Kristian membakar Bible sedangkan di Sabah dia 'tunduk malu' kepada rakyat Sabah yang majoriti adalah penganut agama Kristian .

Mungkin juga Ibrahim Ali harus berjumpa dengan Ketua Agama di Sabah serta Sarawak untuk mendapatkan berkat doa di Gereja supaya masyarakat kristian di Sabah dan Sarawak terbuka hati mereka untuk menjadi Ahli Perthcassa.

Tentangan di Sarawak .

Di Sarawak senarionya pula adalah lebih berbeza dimana ketua - ketua parti komponen Barisan Nasional di Sarawak seperti (SPDP) Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) , Parti Rakyat Sarawak serta beberapa NGO terkecuali dilihat lebih lantang bersuara dan mengkritik.

Tan Sri James Masing kurang selesa dengan Isu Perkataan "Allah".

Senior State Minister dan juga President SPDP, Tan Sri William Mawan berkata di akhbar tempatan Sarawak bahawa TIDAK sama sekali menyokong atau membenarkan 'Bapa Perkauman' Ibrahim Ali ataupun Pertubuhan Perkasa bertapak di Sarawak kerana di Sarawak sudah aman, harmoni dengan berbilang bangsa , kaum dan agama.

Bukan sahaja Tan Sri William Mawan bahkan State Minister for Land Development iaitu Tan Sri James Masing yang juga merupakan (PRS) President Parti Rakyat Sarawak juga menyelar dan berkata  “We are much better off without them (Perkasa),”.

Pendirian kedua - dua pemimpin tersebut turut membuatkan rakyat di Sarawak sedikit lega bahkan mengenai isu pengunaan perkataan 'Allah' juga Ketua Menteri Sarawak iaitu Taib Mahmud menyelar

Perkara 1: Agama

Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.

Tindakkan mengharamkan pengunaan perkataan 'Allah' ( bukan kalimah ) ke Sabah & Sarawak telah melanggar 'Perjanjian Perkara 18-20 Pembentukkan Malaysia' iaitu Perkara Pertama yang melibatkan Agama.

Disini Mr.J hendak jelaskan bahawa Budaya Masyarakat Sabah serta Masyarakat Sarawak adalah sangat berbeza sekali dan sebarang pertubuhan yang lebih kepada Pro sesuatu kaum adalah tidak diterima sama sekali bahkan adalah kelihatan ganjil sekiranya wujud individu seperti 'Ibrahmi Ali' di Sarawak.

Mr.J cadangkan adalah lebih baik Ibrahim Ali menguruskan persatuannya itu semenangjung malaysia kerana ditempat asalnya cumalah ada Tiga bangsa utama sahaja dengan itu dia boleh lebih fokus untuk menyatukan silahturahim antara mereka inikan pula hendak 'bertelur' di Sabah dan Sarawak yang mempunyai lebih daripada 50 etnik serta berbagai Budaya dan Agama yang telah hidup harmoni selama ini.

Walaubagaimanapun rata - rata rakyat Sarawak khasnya akan terus 'memerhatikan' bagaimana Kerajaan Sarawak dalam 'menyekat' virus berbahaya Ibrahim Ali ke Sarawak . Mr.J cuma boleh memberi pendapat , pendapat Mr.J ini juga mewakili penduduk Sarawak yang kebanyakkan mahu Ibrahim Ali di 'Senarai Hitam' untuk memasukki Negara Sarawak.

Ibrahim Ali tidak akan membawa kebaikkan seandainya bertapak di Sarawak bahkan membawa kehancuran kepada keamanan serta keharmonian rakyat penduduk Sarawak.

Kita tahu bahawa Agama di Sarawak bukan Isu dan juga Masyarakat Sarawak tidak kira Penganut Agama Islam mahupun Kristian di sana sangat akrab biarpun Majoriti Penganut di Sarawak adalah Kristian tetapi tidak pernah ada isu sensitif seperti menghalang 'azan' , baling kepala babi serta bakar rumah ibadat penganut lain.

Yang jelas dilihat serta nyata kebanyakkan berlaku ditempat Ibrahim Ali iaitu semenangjung Malaysia , maaf kepada anda yang berasal daripada s.malaysia  ini kerana Mr.J berpendapat berdasarkan fakta apa yang pernah berlaku di malaysia khususnya s.malaysia dalam isu agama.

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini dihukum penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menghina mahkamah berhubung satu artikel berkaitan seorang hakim yang disiarkan dalam laman web Perkasa. Utusan Online 19/11/13

Taniah juga kepada Ibrahim Ali 'berjaya/bakal' menjalani hukuman Penjara selama satu hari, kepada ahli perkasa adakah ini contoh kepimpinan ketua anda? .- Mr.J


Sila berikan sokongan kepada Generasi Muda Negara Sarawak ini dengan mengunjungi website dan juga Page Facebook beliau melalui link ini PengeRindu.com.

*** Karya artikel ini telah dihantar sendiri oleh Mr.Jack melalui email UVSB. Jikalau anda ingin kongsikan pendapat, idea dan seumpamanya dilaman blog ini, sila hantarkan artikel anda melalui email kami iaitu uvsborneo@gmail.com atau anda juga boleh menghubungi kami melalui Facebook Page.***

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...