Mari kita sama2 bandingkan:
- Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM, kadar kemiskinan di luar bandar Sabah turun dari 33% pada tahun 2009 kepada 13% pada tahun 2012.
- Kementerian Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Komuniti (KWKPK) pula mendakwa kadar kemisikinan di luar bandar Sabah lebih tinggi iaitu 34% dari tahun 2010.
- Bank Dunia melalui statistik yang mereka keluarkan menyatakan 40% rakyat miskin di Malaysia adalah penduduk Sabah.
Melalui pengiraan statistik tersebut, kita melihat bahawa kadar kemiskinan di Negara Sabah meningkat kepada 1% daripada tahun 2009 kepada tahun 2010 (33%->34%) jika dibandingkan antara statistik oleh EPU dan KWKPK. Memang benar bahawa mereka mungkin menggunakan indikator yang berbeza dalam menentukan kadar-kadar tersebut. Namun sekali pun hanya 1% kadar kemiskinan yang dikeluarkan ia adalah mencerminkan keadaan sebenar. Manakala statistik oleh Bank Dunia telah menceritakan segala-galanya, jika badan antarabangsa melihat 'penyakit' yang menular di Negara Sabah, kenapa tidak pemerintah? Walhal pembinaan jalan baru ke DUN hanya sejauh 0.9km menelan belanja 14juta (di khabarkan) tetapi kita di pedalaman masih menggunakan jalan balak dsb. Mana hilang hasil minyak? Balak? Cukai?
Hilang semuanya kan? dan kita disuapkan hanya dengan "sisa-sisa" yang sepatutnya bukan kita yang layak untuk memakannya. Dan ANAK MUDA NEGARA SABAH, kita adalah "orang-orang itu" yang diharapkn untuk menyampaikn suara si aki (datuk) yg merintih kerana hilang hutan tempat mencari rezeki dan hiba si Odu (nenek) kerana hilangnya tanah menanam daun sirih disebabkan "mereka-mereka" yang cuai dan tidak bertanggungjwb dalam menjaga Tanah Adat kita. kita tidak berjuang dengan senjata tetapi menggunakan minda dan gerak kerja. SELAMAT BERJUANG ANAK MUDA NEGARA SABAH~
0 comments :
Post a Comment