Monday, 25 November 2013

TAK KAN PADAM API PERJUANGAN

Haji Julaihi Haji Suut

Andaikata perjuangan pakcik ini dianggap salah di mata undang-undang Malaysia, pakcik rela dihadapkan ke muka mahkamah dengan diberikan hak untuk membela diri. Andaikata pakcik didapati bersalah kerana cuba membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan hak-hak Sabah dan Sarawak, pakcik rela dipenjarakan atas kesalahan itu. Pakcik berbangga kerana telah menunaikan tanggungjawab pakcik pada Ibu Pertiwiku.

Itu pakcik rela bertanggungjawab. Tetapi jangan sekali-kali kata pakcik menghasut manusia Malaysia supaya bermusuhan sesama mereka. Di sini pakcik mengambil kesempatan membotakkan selicin-licinnya prasangka sedemikian.

Sistem pentadbiran yang terlepas pandang hak-hak Sabah dan Sarawak, kumpulan-kumpulan yang mendokong sistem sebegini, manusia-manusia yang menyertai kumpulan sebegini, termasuk kumpulan manusia yang berniat jahat pada Sabah dan Sarawak... mereka ini lah yang pakcik maksudkan sebagai "MALAYA". Ya, tanpa segan-silu pakcik katakan pakcik 'berperang' dengan Malaya.

Tetapi pakcik bukan berperang dengan orang awam Semenanjung Malaysia. Pakcik sendiri ada abang angkat di Perak dan keluarga angkat di Kelantan. Mereka adalah golongan professional dan pegawai tinggi kerajaan, mereka faham apa maksud perjuangan pakcik. Mereka tak rasa terancam pun. 

Hanya manusia berfikiran sempit sahaja yang pandang perjuangan pakcik dari sudut serong. Orang Amerika Syarikat pun berperang siang malam menentang Republican atau Democrats, tetapi tiada mereka berperang dengan orang Amerika. Now read my lips: We rage against the system; not the people.

Dari mula-mula lagi, 10 tahun yang lalu, pakcik sudah sematkan falsafah sebegini dalam perjuangan pakcik. Bahkan apabila rakan-rakan seperjuangan pakcik menyertai kumpulan-kumpulan bersifat 'anti-Malaya', pakcik tak lupa berpesan pada mereka untuk mengingatkan kumpulan mereka tentang perbezaan 'system' dan 'people'. 

Berkenaan statement pemimpin kerajaan Wan Junaidi. Dia beri amaran supaya jangan bangkitkan isu perjanjian penubuhan Malaysia dengan alasan tindakan sebegini boleh memecah-belahkan masyarakat. Pakcik nak ingatkan dia, kita tak ada masalah dengan masyarakat. Masyarakat Malaysia semua matang-matang. Tetapi kita ada masalah sangat-sangat dengan kerajaan yang belum lagi nak matang-matang. 

Nak tangkap pakcik, tangkap lah. Tapi ingat pesanan pakcik: Satu Julaihi gugur akan berganti 1000 lagi Julaihi. Api Perjuangan tak kan padam. Tak Julaihi hilang di dunia.

Silakan.


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...