Thursday, 14 November 2013

“JANGAN JADI KERBAU!!! Yang Boleh Diikat Hidung Dan Diperlakukan Sesuka Hati Tanpa Melawan...”

Apakah yang ada diminda anak-anak muda tentang politik? Suatu benda yang kotor, dan jijik.. Sebab apa? Kerana dipenuhi dengan penipuan... Apabila si kejam menjadi penguasa... Yang Benar menjadi salah dan begitulah sebaliknya... Lumrah si anak muda suka akan sesuatu yang 'fun' 'enjoy' dan inilah yang mengakibatkan anak muda menjauhkan diri dari politik.

Tetapi terfikirkah kita kenapa politik dicemari sedemikian rupa? Tidakkah terlintas dihati kita anak muda Negara Sabah untuk berfikir sejenak? Sampai bilakah kita mahu politik itu suatu yang dikatakan kotor dan bohong? Adakah setiap individu yang berpolitik itu berbohong? Tidakkah kita mahu suatu perubahan yang menjadikan politik itu suatu jalan untuk memperjuangkan yang benar?

Pelbagai persepsi yang mungkin kita terima jika bercakap mengenai soal politik.. Selalu orang akan berkata 'kamu tu masih budak-budak lagi', 'kamu bukan juga jadi YB' 'apa kamu peduli tu urusan,bikin pening saja tu', 'biarlah diorang' dan mungkin kita ditertawakan oleh mereka itu tapi tanpa mereka sedari yang diri mereka itulah penyebab kita mudah dimanipulasi dan diperbodohkan. Adakah pada ketika kamu diberi persepsi sedemikian kamu akan terus jatuh? Sanggupkah kita berdiam diri sahaja dan berkata 'ya,kami tidak layak!' 'ya,pedulikan mereka!'

Saya bagi kamu satu situasi dan kamu cuba fikirkan... Perompak masuk ke dalam rumah kamu lalu mengambil barang-barang dirumah kamu. Rumah kamu dirampas ditukar hak milik lalu si perompak menyewakan rumah tersebut kepada orang lain sedangkan kamu berada didalam rumah itu hanya mampu melihat sahaja si perompak dengan keadaan kamu yang mampu sebenarnya untuk melawan. Adakah kamu akan diam dan berkata 'kami sokong kamu wahai si perompak' 'kami sayang engkau wahai si perompak' tentu saja kita akan melawan, mungkin sanggup berlawan bermati-matian. Pada masa kini cuba kita kaitkan dengan isu Negara Sabah & Negara Sarawak sekarang.. Negara kita yang indah dan kaya dengan hasil bumi tetapi miskin! 

Pelbagai etnik tetapi kita dianggap orang yang tinggal atas pokok dan tidak bertamadun! Kita telah Merdeka dan menjadi sebuah Negara yang Berdaulat tapi kita disamakan taraf dengan negeri di malaya! Kita sentiasa diperbodohkan! Isu projek ic yang tiada penamat dan menjadi semakin parah! Hak dan keistimewaan kita warga sabah dan sarawak tidak diberikan sepenuhnya! 

Buktinya??? Buka mata dan buka minda kita untuk melihat situasi Negara kita. Lihatlah pembangunan dan prasarana kita... Lihat sahaja hak dan keistimewaan kita berbanding mereka dimalaya... Lihatlah kampung-kampung yang masih menggunakan lampu minyak/generator, lihatlah jalan perhubungan kita yang boleh dikatakan jalan 'Berkolam ditengah', jalan yang boleh dikatakan seperti track untuk pertandingan 4WD... Lihatlah si pelaku jenayah yang menggunakan ic palsu@projek ic,lihatlah dan bacalah sejarah yang diubah oleh mereka! 

Masih butakah mata hati minda dan jiwa kita? Sanggupkah kita untuk berkata tidak penting dan pedulikan mereka?

Kesedaran politik kita sebagai Anak Muda Negara Sabah & Negara Sarawak bukanlah suatu kesedaran politik yang dikatakan kotor dan jijik tetapi suatu kesedaran yang bakal menentukan nasib Negara kita di masa hadapan nanti. Apa yang kita perjuangkan bukanlah untuk memusuhi atau seperti kata pepatah menegakkan benang yang basah tetapi suatu perjuangan dan suatu kesedaran yang bakal mengubah segalanya. 

Ayuh anak-anak Muda NEGARA SABAH dan NEGARA SARAWAK.. Kesedaran dan keberanian kita adalah penting bagi Negara kita yang tercinta ini. Janganlah kita membutakan mata menutup telinga dan hati kita berdiam diri.. Kalau bukan kita siapa lagi? Ingatlah perjuangan ini memerlukan kita anak muda untuk TURUT SERTA dan BANGKIT BERSAMA. JANGAN JADI KERBAU yang boleh diikat hidung dan diperlakukan sesuka hati tanpa melawan.

Daun tarap Daun timadang,
Saya harap jangan meradang,
Kalau gagap jangan temberang,
Mari kita TETAP BERJUANG!!!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...