Monday 18 November 2013

Apakah nilainya menjadi warga Sabahan seandainya masih pekak dan membisu dengan nasibmu...?

SABAHAN!!!
SABAHAN!!!
SABAHAN!!!

Sampai bila mahu didodoi dengan lenamu yang panjang? Jumlah Sabahan bukanlah sedikit namun insan yg bangkit dari lena hanya boleh dikira dengan jari... Perlukah badan penuh dengan luka parah baru hendak bingkas bangun dari lenamu... Perlukah luka yang sudah berkeruping kembali berdarah baru hendak bangkit? Apakah nilainya menjadi warga Sabahan seandainya masih pekak/bisu dengan nasibmu...? Sampai bilakah mahu sentiasa berharap? Sampai bilakah harus terus bergantung..? Sampai bilakah terus berdiam...?

Sabahan!!! Adakah satu kewajipan apa yang ada dan ditubuhkan di seberang sana wajib ada di sabah? umno/dap/pr semuanya asal dari seberang sana tetapi semuanya ada di sabah! Kenapa upko/pbs/star tidak ada ada di sana...? Sedarlah wahai Sabahan agenda apakah yang mereka mainkan untuk mengaburi mata kita! Adakah mereka ikhlas untuk membantu kita atau sekadar ikhlas di mulut penyelewengan di hati...?

Wajibkah setiap apa yg ada di sana, wajib dan perlu ada di Negara Sabah juga...? Mereka di sana bangga dgn KLCC, kita di sini cuma berbangga dgn bangunan Yayasan Negara Sabah! Mereka di sana berbangga dgn LRT, KOMUTER, etc... Tapi kita disini kekal berbangga dgn jalan bertampal disana sini...

Sabahan!!! Sampai bila Sabahan terus bergantung dengan mereka... Tidak layakkah insan Sabahan sendiri yang memerintah tanah tercinta ini, BODOH sangatkah warga sabahan sehingga segala perkara perlu merujuk di seberang sana, teruk sangatkah warga sabahan sehingga tidak boleh memutuskan apa2 perkara untuk warga sendiri...


Sabahan... Gisom soira Sabahan... Gisom atagak iti pomogunan nangku do madada tokou, ukabo mato nu oi tanak sabah, kada no kobolou do nunu ii haro id toning nu... Pisompuru tokou no...

Sedarlah kau wahai warga Negara Sabah... Bingkaslah bangun dari tidur mu dan basuhlah mukamu dengan air perjuangan, cantas onak duri di depanmu dgn permuafakatan, padamkan api penghalang di depanmu dengan kesedaranmu... Mulakanlah langkahmu dengan semangatmu... Mundur jangan sekali-kali... maju kita bersama...

1 comment :

  1. good job!. this blog should have more viewer exspecially sabahan & sarawakian, i linked uvsb with www.pengerindu.com & www.pengerindu.net

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...