We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Monday 10 November 2014

Kenyataan RASMI UVSB berhubung dengan FITNAH Penghinaan oleh Pelajar Universiti Malaya (UM)


Pihak UVSB ingin memaklumkan kepada umum berkenaan dengan satu gambar pelajar UM yang disebarkan dengan kata-kata Penghinaan terhadap rakyat Negara Sabah sebenarnya adalah merupakan satu kenyataan yang dikeluarkan daripada akaun palsu.

Individu yang dikenali sebagai Fahmi Zainol merupakan pelajar daripada Universiti Malaya (UM) telah difitnah dengan cubaan untuk mencalarkan imej beliau. Satu laporan Polis telah dilakukan terhadap akaun palsu tersebut kerana telah mencemarkan imej dan perjuangannya sebagai seorang pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM) daripada Kumpulan Pro Mahasiswa. Laporan Polis tersebut telah dikongsikan kepada pihak UVSB agar kekeliruan dikalangan orang awam dapat dicerahkan.

Oleh yang demikian, pihak UVSB ingin memohon maaf atas kenyataan berhubung dengan gambar tersebut. Sesungguhnya, kenyataan daripada pihak UVSB merupakan satu reaksi defensif yang ingin mempertahankan imej rakyat Negara Sabah daripada kenyataan yang cuba menghina dan mempersendakan rakyat Negara Sabah khususnya kepada golongan muda yang sedang menuntut di peringkat Kolej mahupun di Universiti (UMS).

Justeru, jikalau memang benar ia adalah akaun palsu, maka perlunya pihak yang berkenaan untuk mencari jalan dalam membuat kenyataan rasmi berhubung dengan Page tersebut adalah bukan miliknya agar kekeliruan dikalangan orang awam dapat dielakkan.

Difahamkan bahawa tindakan kumpulan Pro Mahasiswa daripada UM adalah bertujuan untuk mendedahkan penyaluran dana yang telah disalurkan kepada Mahasiswa daripada kumpulan Pro Aspirasi sebanyak RM10,000 oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah, Yamani Hafiz Musa Ahmad.

Halangan daripada pihak berkuasa dan juga beberapa orang umno telah menyekat usaha mereka dalam membuat pendedahan tersebut. Namun, ia sebenarnya bakal mengundang malapetaka yang besar kepada UMNO kerana rakaman audio dan juga video bakal menyusul untuk membuktikan dakwaan mereka adalah benar dan berbukti.

Diharap kenyataan ini mampu untuk meleraikan salah faham yang berlaku hasil daripada akaun palsu yang menyebarkan gambar dengan mesej penghinaan yang serius.


Sunday 9 November 2014

Kenyataan RASMI UVSB terhadap Penghinaan pelajar Universiti Malaya (UM)


Pihak UVSB ingin membuat kenyataan rasmi bahawasanya pihak UVSB mengecam sekeras-kerasnya kenyataan mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) kerana kenyataan yang dikeluarkan jelas terang lagi bersuluh menampakkan kualiti budaya dan pemikiran kolot adalah tidak selari dan sesuai untuk diberikan sokongan oleh mahasiswa dan mahasiswi daripada Kolej dan Universiti di Negara Sabah.

Ini kerana perjuangan yang dilaung-laungkan oleh kumpulan "pro mahasiswa" ini adalah tidak mencerminkan pendirian sebenar pelajar yang terpelajar. Ini juga kerana mereka didalangi oleh agenda tersembunyi iaitu agenda politik yang cuba diserapkan di Negara Sabah melalui golongan Pelajar.

Selain itu, kenyataan berupa "Penghinaan" ini amat ditentang sekeras-kerasnya. Jelas golongan ini yang bertopengkan pelajar Universiti Malaya tidaklah sehebat yang disangkakan selama ini tetapi adalah golongan yang "Bodoh Sombong".

Pihak UVSB ingin menyatakan bahawa Ini adalah Tanah Borneo dan BUKAN tanah malaya!

Jangan sesekali cuba bawakan budaya rasisme dan gengterisme dikalangan Pelajar Borneo, Negara Sabah dsn Negara Sarawak kerana budaya di malaya tidak sama sekali dengan budaya malaya. Pemikiran Bangsa Borneo jauh berbeza dengan pemikiran malaya.

Kesedaran dan Semangat Perjuangan Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak jauh lagi matang daripada Generasi Muda malaya yang jelas ditunjukkan oleh mahasiswa/siswi Kolej dan Universiti di Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Oleh itu, jikalau kedatangan anda semua yang "pro mahasiswa" daripada Universiti Malaya (UM) adalah untuk membawa kebangkitan untuk mempertahankan Agenda Politik yang dibawakan secara tersembunyi melalui pergerakkan ini, maka ia WAJAR dan MESTI dibenteras sepenuhnya!

Ini kerana jikalau mahu memperjuangkan agenda Politik, setiap Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak HARUS dan MESTI mendaulatkan Perjuangan Agenda Politik Tempatan kerana ia selari dengan Perjuangan di Bumi Borneo ini dan Bukan Agenda Malaya!

Dengan itu, pihak UVSB ingin menyeru semua golongan cendikiawan daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk tidak terpengaruh dengan ajakan yang tidak membina oleh golongan ini yang kononnya "pro mahasiswa".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...