We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Sunday 23 June 2013

UVSB UPDATE!



Salam sejahtera dan Salam hormat kepada semua khususnya warga Negara Sabah dan Negara Sarawak. Dengan sukacitanya, pihak admin ingin mengumumkan bahawa UVSB kini telah beroperasi dengan serentak di tiga buah Negara iaitu di Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Malaya. UVSB bukan lagi satu badan yang kecil kerana ia merangkumi skop yang luas dalam perjuangan untuk Generasi Muda Borneo.

Wednesday 12 June 2013

TRAGEDI DOUBLE SIX



Tragedi Double Six merupakan satu  peristiwa hitam yang pernah mewarnai sejarah negara Sabah. Tragedi ini berlaku pada 6 Jun 1976 yang mana sebuah nahas kapal terbang terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kapal terbang yang dikendalikan oleh Sabah Air dengan nombor pendaftaran 9M-ATZ yang berlepas dari Kapal Terbang Labuan,Labuan. Pesawat jenis GAF Nomad itu telah terhempas dan mengorbankan semua penumpang ketika itu. Antara yang terkorban ialah Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens, Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin, Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong, Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa, Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan, Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad, Juruterbang, Gandhi J Nathan, dan Johari Tun Fuad Stephens.

Tuesday 11 June 2013

Agenda Borneo Memartabatkan Maruah Negara Sabah


Pihak UVSB ingin berkongsikan sebuah buku hasil karya daripada En.Nestor Joannes. Buku ini mendedahkan kebenaran yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan umum terutama sekali daripada Rakyat Negara Sabah. Buku ini juga memberikan kesedaran kepada pembaca tentang penindasan demi penindasan yang telah berlaku serta menyuntik semangat untuk kembali berjuang sebagai Bangsa Negara Sabah yang sebenar. Kepada para pengunjung blog ini terutama sekali daripada Negara Borneo, iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak... Sila download buku ini melalui link ini...


Monday 10 June 2013

18/20 Perkara Sabah Sarawak



Pihak UVSB ingin menyampaikan mesej ini kepada semua Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak berkenaan dengan 18 dan 20 Perkara Negara Sarawak dan Negara Sabah. Ramai yang tidak mengetahui akan perkara ini. Perkara 18/20 ini sebenarnya merupakan teras dalam perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Mereka yang mengatakan bahawa 18/20 Perkara itu tidak relevan adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI! Dengan mengatakan bahawa 18/20 Perkara Negara Sarawak dan Negara Sabah, maka ini membawa maksud bahawa Perjanjian Malaysia juga adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI DAN TIDAK RELAVAN. Sila fahami mesej dalam 18/20 Perkara ini dan kongsikan kepada semua rakan-rakan anda.

Siapa yang masih merasakan perkara 20/18 perjanjian malaysia hanyalah dimeja rundingan. Ini adalah bukti semuanya termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963. 

Monday 3 June 2013

Kepada Generasi Muda Negara Persekutuan Tanah Melayu ( Malaya)



Kepada Generasi Muda Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)... Pihak admin memohon agar anda mengkaji terlebih dahulu sejarah negara anda yang sebenar. Jangan bergantung dengan maklumat sejarah yang disediakan oleh pendidik anda sendiri. Wujudkan satu persoalan ini... Dimanakah Identiti Negara saya iaitu "Negara Persekutuan Tanah Melayu? Adakah Persekutuan Tanah Melayu itu adalah Malaysia? dan adakah Malaya itu Malaysia dan Malaysia itu Malaya?". Tanyakan persoalan ini kepada diri anda sendiri dan buat kajian terlebih dahulu sebelum memberikan hujah yang menampakkan anda sebenarnya dibutakan sejarah negara sendiri. Tanyakan kepada diri anda... Apakah Sabah dan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri yang ada di Semenanjung? Kalau benar, apakah perbezaan ini? Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Bilakah sebenarnya Negara Malaysia ini dibentuk? Adakah pada 31 Ogos 1957 atau pada 16 September 1963? Bilakah tarikh kemerdekaan negeri Selangor, melaka? kedah, etc? Bilakah pula tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak? Apakah benar Sabah dan Sarawak berstatus Negara dan berbeza dengan negeri-negeri di tanah melayu? Sila timbulkan persoalan seumpama ini dan berusaha untuk mencari jawapannya... Dan tanyakan kepada diri anda... Apakah yang membuatkan orang Sabah dan Sarawak bangkit dan menimbulkan isu-isu seperti ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...