Wednesday, 13 November 2013

Jangan Terus Didodoi Dengan Mimpi Indahmu Dengan Apa Yang Diberikan Kepadamu...

Shalom... Selamat sejahtera dan salam satu wadah perjuangan warga borneo...

Generasi Muda bakal peneraju tampuk kepimpinan, tanpa kesedaran hilanglah ia....

Ayuh Generasi Muda... Kita bangkit, berjalan seiring, bersama-sama mengorak langkah bersama dengan Masa Depan Negara Sabah dan Negara Sarawak! Hilang kesedaran hilanglah perjuangan, hilang bersefakatan hilanglah perpaduan...

Bangkitlah wahai Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Jangan terus didodoi dengan mimpi indahmu dengan apa yang diberikan kepadamu, kemewahan yang diberi pasti ada di sebaliknya... Aman tidak semestinya tidak ada penyelewengan, janganlah menjadi generasi muda yang boleh berkata-kata namun bisu berbicara, jadilah Generasi Muda yang walaupun tidak mampu berkata-kata namun petah berbicara...

Lihatlah persekitaran kita, duri dalam daging, musuh dalam selimut yang diam dalam negara kita sudah mula menggigit kita secara perlahan-lahan... Sedarkah kita dengan perkara ini ataupun sedar namun kita membutakan mata ataupun sedar namun hanya membisu...? Lihatlah apa yang telah diambil daripada kita yang sepatutnya menjadi hak kita, sedarlah wahai anak muda... Bersamalah bergandingan tangan walaupun tidak petah bicaramu, bersamalah mengorak langkah walaupun perlahan langkahmu, bersamalah dalam satu perjuangan walau onak duri menghalang...

Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Siapa kita untuk Negara Sabah dan Negara Sarawak? Adakah sekadar peneraju kepimpinan di Masa Hadapan? Adakah merelakan hak kita dirampas? Adakah hanya menjadi "Pak Turut"??? Adakah akan terus menjadi boneka permainan mereka untuk kepentingan mereka??? Lihat saja sekeliling kita... Adakah kita semaju seperti yang dibicarakan??? Adakah kita mendapat apa yang dijanjikan??? Yakinkah anda semua dengan istilah "SABAH DAN SARAWAK AKAN MAJU 50 TAHUN LAGI"??? kenapa perlu 50 puluh tahun lagi kenapa tidak bermula daripada 50 tahun yg lalu??? Setelah puas mengikis sumber, janji manis ditaburkan bagi menutup penyelewengan... Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Sedarkah kita tetang hal itu... Tidak layakkah kita menikmati pemodenan yang sekata??? Tidak layakkah kita untuk merasai apa itu pembangunan??? Tidak layakkah kita untuk menikmati apa yang sepatutnya menjadi hak kita??? Tidak layakkah kita menuntut apa yang harus menjadi hak kita??? Tidak layakkah kita untuk bersuara berkongsi pendapat??? KITA SEMUA LAYAK UNTUK ITU!!! Namun kerana KEBISUAN/ KELAPAAN/ KELALAYAN/ SIFAT MERELAKAN yang ada dalam diri kita menyebabkan mereka dengan sewenang-wenangnya menafikan apa yg kita perlu tuntut...

Jangan takut untuk mengatakan apa itu politik kerana kita (Generasi Muda) wajar mengetahuinya... Politik boleh membawa Penindasan namun juga boleh membawa Pembelaan....

"Satu Hati, Satu Harapan, Satu Tujuan... Generasi Muda... Ayuh Berjalan Seiring!"

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...