Thursday, 14 August 2014

"Kisah Perjuangan Politik Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk Bangsa Negara Sabah..."

Sungguh menyedihkan apabila kita mendengar komen-komen pesaing politik Datuk Dr.Jeffrey yang sering menghebohkan bahawa Datuk Jeffrey tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dalam perjuangannya dan selalu "melompat" seperti "katak" berpindah parti. Mereka yang memberi komen ini membuat penilaian semata-mata mengikut standard pemikiran mereka sendiri tanpa memahami perjalanan perjuangan politik Datuk Dr.Jeffrey. Walaupun Datuk Dr.Jeffrey "melompat" dari parti-parti politik, perjuangan beliau tidak pernah berubah atau tidak "melompat" dari perjuangannya. Beliau sering memberi ilustrasi perjalanan politiknya seperti perjalanan dari Tambunan menuju ke Kota Kinabalu... Ini penjelasannya...

Pertama sekali, beliau telah meninggalkan PBS kerana beliau tidak sanggup untuk melihat abangnya sengsara kerana mendapat tekanan daripada kerajaan persekutuan malaysia/malaya kepada kerajaan negara Sabah... Untuk sebab itu, beliau telah keluar daripada PBS agar abangnya mendapat ketenangan daripada gangguan malaya... Dan ini adalah ceritanya...

Beliau mahu pergi ke KK dari Tambunan untuk urusan yang sangat-sangat penting (mengkaji semula perjanjian malaysia, minyak & gas dan 20 Perkara Negara Sabah) tetapi tidak mempunyai kereta sendiri kerana itu syarikat penjual kereta tidak mahu menjual kereta kepadanya. Bukan dia tidak mahu beli tetapi tidak kena kasi jual dengan dia. Maksudnya disini, dia mahu memperjuangkan agenda borneo tetapi tidak mempunyai parti politik dia sendiri. Bukan tidak mahu buat parti dia sendiri tetapi tidak kena kasi lulus oleh badan pendaftar parti politik, itu ROS atas arahan malaya.

slepas itu, seorang pemilik kereta, si Datuk Mark Koding kasi guna kereta dia (parti AKAR) supaya beliau dapat sampai ke KK untuk urusan yang sangat-sangat penting itu. Dan tidak lama kemudian, pemilik kereta itu kasi terus itu kereta dengan dia. Bah, apa lagi, gembira lah Datuk Dr.Jeffrey. Dia terima kereta tu dan terus kasi bikin bagus. Tapi tiba-tiba, ada orang dalam kereta yang bernama datuk pandikar amin tuntut hak milik kreta pula. Dia cakap yang dia lagi berhak keatas kreta tu. Trus berlaku perebutan kunci dan ini membuatkan Datuk Dr.Jeffrey kasi tinggal tu kreta walaupun baru sampai gunung Alab. Tapi yang pelik dan hairannya, pemilik baru kreta tu sanggup kasi bakar/hapus tu kreta daripada kasi dengan Datuk Dr.Jeffrey sebaik sahaja dia berjaya merampas parti tersebut. Maksudnya, Datuk Mark Koding kasi Datuk Dr.Jeffrey parti AKAR untuk berjuang tetapi tiba-tiba si pandikar amin tuntut hak pemilikan parti tersebut bahawa dia yang empunya parti tersebut. Dan Datuk Dr.Jeffrey berjaung untuk mempertahankan kesahihan pemilikn parti tu kerana telah diberikan oleh datuk Mark Koding kepada beliau. Tapi akhirnya, datuk Dr.Jeffrey meninggalkan parti tu kerana tidak mahu memanjangkan masalah tersebut. Sebaik sahaja pandikar berjaya ambil tu parti akar, terus si pandikar amin kasi bubar parti akar. 

Tidak lama lepas tu semasa dalam perjalanan kaki pigi KK dari tambunan, ada kreta tiba-tiba berhenti dan kasi tumpang dia kreta (datuk joseph kurup kasi dia parti PBRS) supaya dia bule sampai ke destinasinya. Tapi awal-awal lagi pemilik kreta tu kasi tau dengan Datuk Dr.Jeffrey bahawa kreta dia tu tidak brapa bagus dan perlu diperbaiki. Dengan senang hati datuk gembira dan sekali lagi memperbaiki kreta tu agar bule sampai ke KK. Tetapi semasa dalam perjalanan baru sampai moyog, pemilik kenderaan itu berubah hati dan keputusan. pemilik kreta tu tiba-tiba tidak mahu meneruskan perjalanan bersama dengan Datuk Dr.Jeffrey. Mahu tidak mahu, Datuk Dr.Jeffrey pun terpaksa keluar daripada kreta tersebut kerana tidak mungkin dia akan sampai ke KK kalau terus bersama-sama dengan kreta tu.

Jadi sekali lagi dia berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan tersebut pergi ke kk, dan tiba-tiba ada kreta yang lebih besar yang berasal daripada malaya (anwar) kasi tumpang dia kreta (parti PKR) dan memberi jaminan bahawa dia akan sampai ke KK dengan kretanya. Datuk Dr.Jeffrey pun naik agar bule sampai ke KK. Tapi selepas beberapa seketika, Datuk Dr.Jeffrey prasan yang pemilik kenderaan tu tidak ikhlas dan mahu mengawal pergerakan datuk Dr.Jeffrey. 

Pemilik kreta tu juga sudah tidak memberi jaminan yang kukuh terhadap komitmen untuk melaksanakan deklarasi Tambunan dan juga tidak ada jaminan bahawa Datuk Dr.Jeffrey akan sampai ke KK. Atas sebab itulah datuk dr.jeffrey meninggalkan kenderaan tersebut.

Presiden STAR Sarawak
Jawapan kepada mereka yang mengatakan tentang mengapa DDJK menggunakan parti dari Sarawak...

"Sabah dan Sarawak mempunyai sama hak dan kedudukan dalam malaysia. Sebab itu Sabah dan Sarawak patut bekerjasama untuk menuntut hak. Apa salah saya gunakan parti daripada Sarawak sedangkan kamu menggunakan parti daripada malaya???"

Begitulah perjalanan politik Datuk DrJeffrey G Kitingan dalam perjuangannya untuk Negara Sabah sehingga beliau dilabelkan sebagai "katak". Manakala Presiden PBRS pula telah mendapat Jawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan Mantan Presiden AKAR (sudah dibubarkan) mendapat jawatan Speaker Dewan Rakyat. Ramai yang mengatakan bahawa itulah tuah kepada mereka berdua kerana berjaya menghalang Datuk Dr.Jeffrey mengetuai parti politik...

Sebenarnya semua pemimpin Negara Sabah dalam Barisan Nasional boleh diibaratkan sebagai katak-katak yang dimasukkan dalam sebuah kuali yang kononnya membawa perjuangan Negara Sabah dari dalam kuali tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan kuali itu disediakan sedemikian rupa sehingga katak-katak dalam kuali berasa selesa dan selamat. Namun, suatu perkara yang mereka tidak sedar adalah, kuali tersebut perlahan-lahan dipanaskan tanpa disedari oleh katak-katak didalam kuali tersebut. Mereka yang sedar akan cepat melompat keluar daripada kuali tersebut, namun malangnya kaki mereka "dipatah-patahkan" sehingga mereka tidak bermaya. Manakala mereka yang tidak menyedari atau sedar tetapi tidak mahu keluar daripada kuali tersebut kerana takut berhadapan dengan perubahan, akhirnya mati tanpa sempat melompat. Perjuangan mereka pun turut mati bersama. Walaupun "kaki Datuk DrJeffrey Kitingan" dipatah-patahkan dengan memasukkannya ke dalam ISA selama 2 tahun 7 bulan, beliau tidak "mati" dan terus berusaha untuk memastikan kakinya sembuh diluar kuali tersebut. Kini, kakinya sudah sembuh, pulih semula dan beliau bebas menerokai dunia di luar kuali (Friends of BN - Barisan Nasional), dan meneruskan perjuangan mendidik rakyat Bangsa Sabah untuk memahami hak-hak Negara Sabah yang telah sekian lama dicabul, dinafikan, dipijak dan dihina...

Sebarkan mesej ini

Source: 

10 comments :

  1. Yuk coba keberuntugan anda
    di permainan tebak angka
    TOGEL dan DD48 redblue LIVE
    www.togelpelangi.com

    ReplyDelete
  2. Support DDJK. We stand for you ! ❤❤❤❤

    ReplyDelete
  3. Bagi penjelasan dlu..knp time DSSA mau angkat sumpah tiba2 kau jadi katak...disebab kn duit?jujur la Jeffrey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persepsi saja tu. SPRM sudah buat siasatan dan tiada apa duit imbuhan dari mana2 pihak. DDJK sudah mermilih TSMA untuk membentuk kerajaan. Sudah angkat sumpah pun sebelum DSSA merampas (melanun). jadi rakyat Sabahan, fikir-fikirlah dengan fikiran terbuka, siapakah yang lebih jujur dalam perjuangan. Yang berjuang berpuluh tahun atau yang berjuang baru semalam tanpa memperdalami ilmu/undang-undang.

      Delete
    2. Kalau hanya disebabkan duit ..DDJK tidak perlu bersusah payah brjuang untuk menuntut hak2 Sabah. Dia ,boleh saja duduk goyang kaki dengan pangkat tinggi dan bergaji besar disisi Malaya..tuan tidak faham kh perjalan kisah politik beliau??Dssa tidak pernah menyokong perjuangan beliau ??kalau beliau menyertai warisan pada masa itu, Sama juga Sabah masih dalam cengkaman malaya..dan kita harus fahami btul2 dia bukan melompat katak..dia cuma bergabung dlm gbs star..dan dalam masa yg sama kerajaan yg dibentuk bukan lagi kerajaan bn umno tetapi kerajaan gbs star.

      Delete
  4. Sudahlah ... Tidak jujur kepada seluruh rakyat Sabah kenalah terima padah ..bila sedar tidak semua org mcm kita jgn paksa semua org kena ikut kau. Perjuangan Ddjk tak ubah seperti UMNo dalam kamus melayu racist ...mereka yg faham tu fahamlah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DDJK berjuang untuk Bangsa Sabahan (Borneo). Buktikan mana racistnya? Kalau tuan adalah orang Borneo, pasti boleh membezakan racist dgn perjuangan hak autonomi Borneo.

      Delete
    2. Dan skrg apa sumbangan parti warisan kepada Sabah????hasil minyak 20%???sedangkan perjuangan GBS STAR adalah untuk menuntut semua perjanjian yg telah dibuat dahulu..

      Delete
    3. Sabah baru dpt 20%..buka mata luas2 dan lihat negara Sarawak yg sudah dapat menguasai 100% kerajaan skg tidak ubah sama seperti kerajaan bn umno dahulu cuma nama sja yg berubah tapi sistem tetap sama malah bakal akan jadi lebih teruk

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...