Perkataan Perpaduan sering kali kita dengar dimana-mana tempat.. Adakah kita memahaminya? Perpaduan memberi erti yang sangat besar kepada kunci Kemerdekaan disesuatu Negara!!! Jika kita lihat Negara Sabah bersatupadu, betulkah? Ya, memang Negara Sabah bersatupadu. Orang-orang Ngara Sabah jarang bergaduh, Bangsa Negara Sabah boleh serasi dengan kaum-kaum yang lain walaupun berbilang etnik dan agama.. Itu semuanya betul.
Tetapi mengapa Bangsa Negara Sabah tidak menggunakan kelebihan ini dalam perpaduan untuk mendapatkan Kemerdekaan yang sebenar? (kuasa Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara Sabah yang jatuh dan dipegang malaya). Inilah kelemahannya jika Bangsa Negara Sabah tidak bersatupadu dalam politik!!!
Kita Bangsa Negara Sabah HARUS dan MESTI berpandangan jauh dan tidak terlalu fanatik kepada ideologi-ideologi politik yang lain dan tahu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu ideologi politik daripada mana-mana parti. kerana apabila fanatik akan menjejaskan pertimbangan kepada ideologi parti yang lain yang akan membawa kepada perubahan yang besar dimasa hadapan.
Perpaduan dalam politik yang dimaksudkan adalah bersatu untuk menyokong satu parti untuk menumbangkan parti yang sudah menghancur harapan sabah, yang permainkan maruah sabah, yang sudah memalukan sabah, yang merendahkan taraf sabah, yang membiarkan sabah dalam keadaan yang lambat membangun, yang sudah ingkar dengan 20 perkara, yang hancurkan harapan generasi muda sabah dan sebagainya... impian kita inginkan perpaduan dalam politik tidak mengira apa bangsa dan agama kerana kita sejak dari dulu lagi sentiasa bersatupadu, dan tiba masanya kita membuka minda dan berpandangan jauh demi masa depan generasi kita, nilai la parti yang membawa kepada perubahan yang kita impikan selama ini!!
Kunci kepada kejayaan Negara Sabah dalam menuntut kuasanya adalah hanya PERPADUAN dalam politik (sepertimana ia pernah berlaku pada era Kerajaan PBS) iaitu memilih hanya satu parti terutamanya parti tempatan yang sangat komited kepada masa hadapan Negara Sabah yang perjuangkan nasib Negara Sabah dalam Persekutuan Malaysia... Dengan cara itulah kita dapat BERSATU dan BERJAYA. Walaubagaimanapun ianya sangat sukar tetapi percayalah Generasi Negara Sabah bukan Bodoh!! Bukan bongkak!!! Tetapi sudah berpendidikan dan berpandangan jauh...!!!
Ada satu perbualan yang seringkali kita dengar, A: "Pilihanraya kali ini siapa kau sokong?" B:"Saya sokong ****** sebab bapa saya pun sokong ******". Sebagai Generasi Muda Negara Sabah, kita seharusnya bebas untuk menilai dan suarakan pendapat. Tetapkan dalam pendirian dan berikan ajaran kepada orang lain. "Saya tidak minat politik, Politik tu KOTOR" sangat menyedihkan kepada Generasi Muda Negara Sabah yang cuba keluarkan ayat ini dari minda, kerana POLITIK KOTOR ITU YANG KOTORKAN KAMU SELAMA INI!! DAN KAMU CUBA BIARKAN KAMU DIKOTORI OLEH POLITIK KOTOR ITU!! Tidakkah kamu mahu mengubah politik kotor itu kepada bersih? (tiada kaitan dengan NGO BERSIH).
Jika kita Generasi Muda Negara Sabah, marilah bersatupadu, biarlah tertulis dan terlakar dalam Sejarah Negara Sabah nanti bahawa Generasi Muda Negara Sabah telah Bersatupadu dan Berjaya dan kita semua sudah selamatkan Negara Sabah ini. Bukan untuk kita seorang tetapi untuk semua orang, Bangsa Negara Sabah yang terdiri puluhan etnik yang Hebat dan Unik!.. Kejayaan semakin hampir!!!
Kesimpulannya, Perpaduan sangat besar kuasanya untuk menuntut kembali hak Bangsa Negara Sabah! Bersatupadulah didalam satu parti politik yang berdiri diatas kaki sendiri dan bersuara untuk selamatkan Negara Sabah itu sebaik-baiknya menjadi pilihan kita! Maka kita nilai semula dan fikir semula secara sedar dan bijaksana. ingatlah politik juga licik bila masa kamu percaya kepada suatu parti, dan bila-bila masa minda kamu diputarbelitkan dan kamu hilang percaya, jawapannya kamu teguhkan pendirian kamu dengan parti yang akan selamatkan Masa Hadapan Negara Sabah. Tanggungjawap sebagai Generasi Muda kepada Negara Sabah SANGAT DIPERLUKAN!!!
"KITA GENERASI MUDA NEGARA SABAH, KITA PEJUANG NEGARA SABAH, BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK KITA SEMUA!!! BANGSA NEGARA SABAH!!!"
0 comments :
Post a Comment