We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

Serangan Poster Sabah Merdeka Day

Beaufort, 25 Ogos 2014 - Seorang anak muda Negara Sabah kelahiran Beaufort telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyebarkan Kesedaran Kemerdekaan Negara Sabah Kali Ke-51 Tahun dengan menggunakan poster manilakat dan telah menggantungkannya disekitar jalan utama Pekan Beaufort.


Anak muda ini yang tidak mahu identitinya didedahkan mengatakan bahawa tindakan beliau ini adalah disebabkan oleh dorongan diri yang lahir daripada kesedaran dengan sendirinya untuk menyebarkan kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut beliau, selama ini anak-anak Bangsa Negara Sabah telah disajikan dengan fakta auta ataupun fakta palsu dan sampai bila perkara ini harus berterusan? Seperti yang tercatat dalam sejarah yang boleh diperolehi di Arkib Negeri (Negara) Sabah, British telah memberikan Kemerdekaan kepada Negara Sabah pada 31 Ogos 1963 tetapi mengapa sejarah ini tidak didedahkan didalam buku teks? Mengapa pula sejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dihebohkan, dicatatkan dan diajar di sekolah, kolej serta di peringkat universiti? Mengapa ia terang-terangan disiarkan di televisyen dengan fakta yang salah? Apakah kita yang telah mengetahui kebenaran ini harus mengangguk dan membiarkan kepalsuan fakta ini menjadi satu kepercayaan selamanya? Sudah tentut tidak, ulasnya.

Tambahan beliau lagi, tidak salah untuk menghebohkan 31 Ogos 1957 kepada umum tetapi ia harus memaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan bukan Malaysia. Ini kerana Persekutuan Malaysia tidak pernah dijajah. Jadi, kalau tidak pernah dijajah, mengapa menyambut hari kemerdekaan? Jikalau anda mengatakan bahawa Persekutuan Malaysia pernah dijajah, negara dan kuasa manakah yang pernah menjajah Persekutuan Malaysia? Setahu saya, hanya negara-negara anggota dalam Persekutuan Malaysia sahaja yang pernah dijajah oleh British iaitu Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo), Negara Sarawak, Negara Singapura (telah disingkirkan oleh Malaya) dan juga Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Mengulasnya dengan lebih terperinci, mengapa tidak negara-negara dalam Persekutuan Malaysia merayakan Hari Kebangsaan negara masing-masing dan pada 16 September barulah bersama-sama merayakan Hari Pembentukkan Malaysia secara besar-besaran yang mana ia juga dikenali sebagai Malaysia Day. Ini kerana Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Beliau menyatakan bahawa Negara Sabah diberikan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, Negara Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Sepanjang aktivitinya semalam, beliau mengatakan bahawa ada seorang lelaki samseng jalanan telah menghampiri dan mahu menyerangnya serta mengugut untuk mencederakan dengan menggunakan sebatang pembuka skru tayar kereta (spanar) atas alasan orang tersebut mahu melarangnya daripada meneruskan aktiviti penyebaran kesedaran tersebut. Namun, beliau mengatakan kepada lelaki tersebut bahawa ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang yang sedar untuk memberikan kesedaran kepada orang lain. Mengapa pula anda mahu menghalang? Saya tidak menggangu anda dan jangan menggangu saya juga. 

Kejadian tersebut berlarutan sehingga ahli keluarga pihak samseng jalanan tersebut telah datang dan keadaan bertambah rumit. Akhirnya kes tersebut dibawakan ke Balai Polis Beaufort tetapi tidak direkodkan kerana lelaki samseng jalanan tersebut telah meminta maaf setelah menimbang segala risiko yang bakal dihadapi kerana tindakannya yang tidak menggunakan akal. Difahamkan lelaki tersebut merupakan orang samseng umno Beaufort.

Apabila ditanya mengenai jumlah perbelanjaan untuk menampung kos aktiviti tersebut, beliau mengatakan bahawa aktiviti yang telah dilakukannya adalah dalam sekitar RM50 sahaja. Beliau mengatakan juga bahawa kebenaran itu adalah pelita yang akan menerangi kegelapan dan atas sebab itu, beliau sanggup untuk membelanjakan duit kerana untuk menyedarkan anak-anak bangsa Negara Sabah yang belum mengetahuinya khususnya di daerah Beaufort.

Laporan disediakan oleh pihak Media Eksmerd

Program Kesedaran Sabah Merdeka Day

RANAU, 23 Ogos 2014 - Sekumpulan Nasionalis Negara Sabah yang terdiri daripada 38 peserta termasuk seorang kanak daripada sebuah Kumpulan NGO yang bernama Sabah for Sabahan Punya Ranau (SSPR) dari Daerah Ranau telah menjalankan satu Program Kesedaran Sabah Merdeka Day di Pekan Ranau.

Kumpulan Nasionalis ini yang diketuai oleh En.Jalibin Paidi, merupakan seorang bekas Pengetua sekolah di SMK Entilibon, Tongod. Beliau mengatakan bahawa program seumpama ini harus dan mesti dilakukan berterusan setiap tahun agar rakyat Negara Sabah khususnya di daerah Ranau mendapat fakta sejarah yang tepat dan sahih tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Negara Sabah dan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun dahulu sehingga sekarang.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku kini di Negara Sabah adalah disebabkan oleh manipulasi kuasa luar dan campur tangan politik daripada malaya secara tidak langsung melalui parti politik UMNO-BN dalam hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negara Sabah. Walaupun pada zahirnya Kerajaan Sabah dipimpim oleh pemimpin tempatan, tetapi secara batinnya ia dikawal oleh kuasa luar iaitu daripada pemimpin-pemimpin malaya. Ini kerana segala apa yang telah berlaku di Negara Sabah harus dan mesti mendapat persetujuan dan peruntukkan daripada kerajaan persekutuan malaysia sedangkan pada asas pembentukkan Persekutuan Malaysia, mana-mana Negara anggota dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran politik anggota.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai sejarah pembentukkan Persekutuan Malaysia, beliau menyatakan perasaan kecewa dan hampa terhadap Kerajaan Negara Sabah dibawah pimpinan Musa Aman  selaku Ketua Menteri Sabah kerana tidak jujur dalam menyampaikan fakta sejarah Negara Sabah yang sebenar. Kerajaan Negara Sabah juga gagal untuk bertegas dalam mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah telah Merdeka pada 31 Ogos 1963 dan kini sudah mencapai 51 tahun ia berlalu.

Beliau menambah lagi, berlainan pula dengan keadaan yang berlaku di Kerajaan Negara Sarawak yang mana pemimpin tertingginya iaitu Datuk Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak dengan tegas dan yakin mengatakan secara rasmi bahawa Sarawak merupakan satu Wilayah (Negara) yang telah membentuk Persekutuan Malaysia. Tiada istilah "masuk Malaysia" kerana tidak ada apa yang mahu masuk. Ini kerana menurut beliau (Adenan) lagi, sejarah jelas mencatatkan bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh Negara Sarawak, Negara North Borneo (kini Sabah), Negara Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu).

En.Jalibin juga memaklumkan bahawa pengedaran risalah sebanyak 2,000 keping telah berjaya diedarkan kepada orang awam di Pekan Ranau. Aktiviti seumpama ini tidak seharusnya dilakukan hanya pada bulan Ogos tetapi ia perlu berterusan tanpa mengira masa dan waktu.

Sepanjang Program Kesedaran ini dijalankan melalui pengedaran risalah dan penerangan ringkas kepada orang awam, beliau mengatakan bahawa NGO mereka telah mendapat maklumbalas yang positif  daripada orang awam dan mereka menunjukkan minat untuk membacanya serta ia telah menjadi topik perbualan yang hangat dikalangan masyarakat Pekan Ranau.

Apabila beliau diminta untuk memberikan sedikit pandangan mengenai kenyataan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Datuk Masidi Manjun yang merupakan salah seorang pemimpin daripada UMNO-BN DUN Keranaan tentang isu "Melayu", beliau mengatakan bahawa ia sangat tidak bersetuju dan membantah akan kenyataan itu sebulat-bulatnya. Menurut beliau, Dusun adalah Dusun dan Melayu adalah Melayu. Perkara ini sangat jelas melalui Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 160 yang menyatakan bahawa "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

Beliau juga menasihati Datuk Masidi Manjun untuk pertahankan hak Orang Asal dengan memperjuangkannya didalam parti naungan khususnya di Ranau dan bukan meracuni pemikiran etnik Dusun semata-mata untuk memperluaskan penerimaan agenda politik malaya melalui UMNO agar mudah diterima. Ini kerana ia suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku.

Laporan berita ini disampaikan oleh Pihak Media EksMerd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...