Sunday, 17 November 2013

Politik Tiada Dalam Kamus Hidup Saya!

Generasi Muda Ranau amat sedar dengan segala penipuan yang telah disebarkan di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Buktinya, Lyj' Sya William diangkat sebagai Ketua Pemuda Star Cawangan Ranau. Walaupun kawasan Ranau ramai Generasi Muda yang sedar akan segala PENIPUAN dan KORUPSI, namun ramai juga yang saya lihat tidak mengambil peduli atau tidak kisah dengan keadaan politik semasa, yang mana bagi saya, amat penting untuk dijadikan sebagai satu sebab untuk semua Pemuda Negara Sabah BANGKIT untuk MENUNTUT HAK-HAK ORANG ASAL NEGARA SABAH. Bukan sahaja isu "Royalti Minyak", atau "Perkara 18/20", tetapi hak Orang Asal yang semakin hilang. 

Contohnya:-

Kebebasan Beragama. 
Negara Sabah dan Negara Sarawak TIDAK terikat kepada mana-mana agama rasmi mengikut Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun, ramai pihak terutamanya pemimpin melayu yang buta sejarah mempertikaikan "HAK MUTLAK NEGARA SABAH & NEGARA SARAWAK" ini. Persoalannya, mengapa perkara ini harus timbul selepas 50 tahun Penubuhan Malaysia? Mengapa tidak di bahaskan sebelum menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia pada tahun 1963? 


Untuk ini, saya menyeru semua Generasi Muda Negara Sabah untuk bersama-sama BANGKIT dan memperjuangkan Hak-Hak kita, kerana KITA ADALAH PEWARIS KEPADA KEPIMPINAN NEGARA KITA SENDIRI. Tun Fuad sendiri telah memulakan "LANGKAH KANAN" Beliau ketika Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk membatalkan penyertaan Negara Singapura. "LANGKAH KANAN" kita sebagai Generasi Muda yang menyambung Perjuangan Tun Fuad dan SEHARUSNYA bermula Daripada Sekarang! 

Bukannya, "nanti"
Bukannya, "diorang saja bah, saya tidak payah pun buli"
Bukannya, "isk, saya malu bei"

Tetapi, "SEKARANG"

***Artikel ini telah dihantar sendiri oleh Mr.Jose melalui email UVSB. Jikalau anda ingin kongsikan pendapat, idea dan seumpamanya dilaman blog ini, sila hantarkan artikel anda melalui email kami iaitu uvsborneo@gmail.com atau anda juga boleh menghubungi kami melalui Facebook Page.***

1 comment :

  1. Pertahankan “kedudukan, hak dan masa depan” Sabah dalam Malaysia dengan pemikiran positif "generasi baru" sabahan tentang apa itu politik.

    1. Konsep politik yang diajarkan oleh regim Malaya ialah mengisi borang politik, memegang jawatan dalam politik dan bertanding dalam pilihanraya. Pada hal, konsep politik adalah mempertahankan kebenaran agar sesuatu itu berjalan dengan adil, kerana Pelaksanaan keadilan menjadi prinsip tatacara masyarakat berpolitik.

    2. Ternyata, politik tidak bergantung kepada mengisi borang politik. Menurut Aristotle dalam bukunya (Politics) “...Justice is the bond of men in states, for the administration of justice, which is the determination of what is just, is the principle of order in political society...”.

    3. Demikian juga dengan Alexis De Tocqueville yang menjelaskan fungsi keadilan dalam bukunya (Democracy in America) bahawa, “...There is one universal law that has been formed by the majority of mankind. That law is justice. Justice forms the cornerstone of each nation’s law...”.

    4. Justeru, generasi baru Sabah dekatilah politik dan fahamilah poltik demi mempertahankan hak Sabah dalam Malaysia dengan pemikiran yang dinamik, positif dan komprehensif. Janganlah menjauhkan diri dari politik dalam usaha mempertahankan kebenaran agar keadilan hak Sabah dalam Malaysia dapat diserlahkan buat Sabahan sepanjang zaman.

    ILMU ITU SENI PENYELAMAT NEGARA BANGSA!
    - Naspazi (17/11/2013)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...