We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Showing posts with label Sarawak Independence Day. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Independence Day. Show all posts

Saturday, 12 July 2014

Segalanya Di Tangan Kita...

Walau pun saya tidak pernah menyanyikan lagu "Fair Land Sarawak" dan saya tidak pernah mengetahuinya dalam buku sejarah malaysia namun saya yakin moyang-moyangku ku pernah menyanyikannya suatu ketika dahulu. Saya lahir dan menyanyikan lagu "Negeri" yang sekarang iaitu lagu "Ibu Pertiwiku" walaupun saya bangga dan hormat akan lagu Ibu Pertiwiku sarawak namun saya berasa kecewa kerana perkataan "Negara" diubah kepada "Negeri" dalam liriknya. walaupun begitu ia tidak bermakna saya tidak sayangkan Negara saya SARAWAK. 

Jadi, Generasi Muda Negara SABAH dan Negara SARAWAK sedarlah bahawa kita mempunyai kedaulatan dan maruah tanah air kita yang dinafikan oleh pihak tertentu selama ini. Buka mata dan minda anda. Belajarlah dari kesilapan masa lalu iaitu sejarah. Kalau kita tidak tentukan nasib kita sendiri, tidak akan ada orang yang akan tentukan nasib kita. Jikalau ada, mereka akan dan pasti mengambil kesempatan keatas kita. Dan ini sedang berlaku sekarang. Masa depan kita terletak pada diri kita generasi muda sekarang. Cukup-cukuplah kita diperdayakan seperti apa yang kita lihat sekarang dan cukupah kita ditipu selama ini.

Malah selama ini kita ditipu bahawa keluarga Brooke adalah penjajah sedangkan keluarga Brooke adalah Pengasas kepada Negara Sarawak. Ingat kepada generasi muda Negara SARAWAK khasnya, jangan pernah kita melupakan asal usul kita. Kalau tidak ada keluarga Brooke di Negara Sarawak, tidak akan ada sebesar apa yang kita lihat sekarang. Generasi muda di Negara Sabah pula, anda juga perlu tahu bahawa North Borneo Company merupakan pengasas kepada Kerajaan Negara Sabah.

Secara peribadi saya bukan untuk meghasut tetapi ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati bersama-sama untuk kita tegakkan hak kita. Sampai bila kita harus  tunduk kepada mereka, orang malaya? Sampai bilakah kita mampu bertahan melihat maruah dan tanah air kita dihina, dicabuli dan dirampas sedikit demi sedikit? Malah dalam sistem pendidikan pun kita ditipu dengan fakta yang diputar- belitkan oleh pihak tertentu demi menjaga kepentingan mereka??? Adakah kita kita begitu mudah untuk ditipu??? Adakah generasi muda sekarang mahu mengikut kesalahan yang pernah dibuat oleh generasi masa lampau??? Sedarlah, jangan sampai kita sudah tiada apa-apa untuk diperjuangkan barulah kita sedar yang selama ini kita tersilap... 

Cukuplah kita telah ditipu selama ini dan janganlah kita generasi muda juga turut ditipu lagi! Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya hanya tahu menaip dan melaung-laungkanya di alam maya ini tetapi ingatlah bahawa satu hari nanti saya yakin suara perjuangan kita di alam maya akan didengari oleh masyarakat dunia. Hanya masa yang menentukan dan ia terpulang kepada anda Generasi Muda sebagai penentu masa depan........


Dari sarawak; ‪
‎Dum_spiro_spero atau bermaksud "While I breathe, I hope". Jadi jangan kita pernah berhenti berharap dan mengalah selagi kita diberikan peluang untuk berjuang.

Stanley Jupong merupakan seorang anak kelahiran Negara Sarawak. Beliau merupakan peserta yang ke-10 untuk Kempen Kesedaran Borneo (Borneo Awareness Campaign). Luahan perasaan yang terbenam dalam jiwa beliau selama ini telah dikongsikan kepada umum agar semua Generasi Muda Negara Sarawak khususnya dan Generasi Muda Negara Sabah amnya, akan mendapat iktibar dan inspirasi untuk tidak berdiam lagi kerana masanya telah tiba. Sila berikan sokongan anda kepada beliau sebagai tanda sokongan dengan "Like & Share" artikel beliau ini semampu yang boleh.

Friday, 26 July 2013

My Experience during the Independence Walk and Freedom Ride for Sarawak 50th Independence Day

Before start the Walk at Telung Usan Hotel Kuching Sarawak
On 21th of July 2013 (eve of Sarawak Independence Day), Borneo Heritage Foundation organized an Independence Walk which supported by NGOs including UVSB, Sarawakians and even Sabahans for the purpose of celebrating Sarawak gained independence from British in 22/7/1963 and telling the public about this “forgotten history”.  The Independence Walk was started from Telang Usan Hotel Kuching walked until Padang Merdeka, participants were shouting “Sarawak merdeka pada 22/7” all along the walk. 

Padang Merdeka Kuching Sarawak
We noticed that many of the public from the street was shocked because most of they never know when actually Sarawak gained independence, some even think that Sarawak gained merdeka in 16/9/1963 during the Formation of Malaysia. After the Independence Walk, there was a forum at Telang Usan Hotel which was also organized by Borneo Heritage Foundation.

Interview one of the Shop Owner
 From the forum, many important histories about Sarawak and Formation of Malaysia which were not being taught in School were highlighted to remind the people. For example, Sarawak was a sovereignty nation (gained independence in 22/7/1963) that “formed” Malaysia with Malaya, Singapore and North Borneo (Sabah) in 16/9/1963, which is not a 13th state that “join” Malaysia because Malaysia was not exist before 16/9/1963.


Thian Kian Phin 
President
United Varsity Students of Borneo (Malaya)

LAPORAN LIPUTAN MEDIA INDEPENDENCE WALK AND FREEDOM RIDE BY MR.LOURANCE DANATIUS

Undangan yang tidak dapat ditolak apabila saya diberi penghormatan untuk mewakili persatuan United Varsity Students of Borneo ke Negara Sarawak untuk program Independence Walk and Freedom Ride sempena hari kemerdekaan Sarawak yang ke-50. Program ini diadakan di Kuching Sarawak pada 20-21 Julai 2013 yang dianjurkan oleh Borneo Heritage Foundation.
Muzium Etnologi di Kuching Sarawak
Pada hari pertama di Kuching, tidak ada aktiviti yang melibatkan program ini. Rombongan dari negara Sabah telah meluangkan masa ke Muzium Sarawak untuk melihat sendiri adat dan kebudayaan masyarakat peribumi Sarawak yang sememang unik. Selepas melawat Muzium Sarawak, kami menghabiskan masa di penginapan untuk berehat.

Peserta berkumpul di Telang Usan Hotel
Program sebenar bermula pada 21 Julai 2013. Seawal jam 7.30, para peserta telah berkumpul di Hotel Telang Usan untuk berarak di sekitar Bandaraya Kuching. Terdapat peserta yang mewakili badan-badan bukan kerajaan daripada negara Sarawak. Peserta-peserta perarakan memakai baju yang bercetak “WE MUST KNOW/KITA PERLU TAHU” iaitu baju yang mendedahkan sejarah Pembentukan Malaysia yang sebenar. Perarakan dimulakan sekitar jam9 pagi.

Perarakan Bermula
Perarakan ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat Sarawak yang masih belum tahu akan tarikh kemerdekaan Sarawak yang sebenar. Rakyat Sarawak telah menyambut hari kemerdekaan Persekutuan Melayu selama 49 tahun iaitu setiap 31 Ogos. Selain itu, perarakan ini bertujuan membuka mata kerajaan tentang hak-hak rakyat Sarawak yang telah dicabuli.
Paluan Drum Perarakan

Sepanjang perarakan ini, para peserta mengibarkan bendera Sarawak dan Sabah yang menunjukkan bahawa kedua-dua negara berjuang bersama-sama untuk menuntut hak negara Sarawak khususnya hak kemerdekaan Sarawak. Para peserta juga melaungkan laungan WE MUST KNOW yang diketuai oleh saudara Peter John Jaban. Sepanjang perarakan ini, saya dapat melihat riak muka daripada penduduk sekitar yang masih tertanya-tanya tujuan perarakan ini.

Padang Merdeka Kuching Sarawak

Perarakan ini berakhir di Padang Merdeka Kuching sekitar jam11 pagi. Selepas upacara melafazkan tuntutan tentang hak-hak kemerdekaan Sarawak, para peserta meneruskan perarakan untuk kembali ke Hotel Telang Usan.

Forum 50th Sarawak Independence Day


Program diteruskan di Hotel Telang Usan dengan mendengar forum-forum yang menarik daripada penceramah yang dijemput khas untuk membuat pengisian sepanjang program. Antaranya ialah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Peter John Jaban dan beberapa lagi penceramah yang lain. Forum-forum yang disampaikan menfokuskan kepada sejarah Negara Sarawak itu sendiri. Program selesai sekitar jam5 petang. Pengisian yang saya tidak akan lupakan ialah menurunkan tandangan untuk menuntut hak Sarawak di sebuah skrol yang akan disampaikan kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Antara tuntutan yang terkandung ialah menuntut pengisytiharaan kemerdekaan Sarawak setiap 22 Julai.

Plaza Merdeka Kuching Sarawak
Secara jujur, saya sangat berbangga dapat menyertai program ini. Semangat saya untuk berjuang demi negara Sabah dan Sarawak semakin membara dalam memperjuangkan hak-hak yang sudah dicabuli. Walaupun suara kita masih kecil pada waktu ini tetapi saya tetap percaya bahawa suara yang kecil ini akan semakin kuat melaungkan tuntutan demi tuntutan kepada kerajaan persekutuan.

Laporan disediakan oleh,

Lourance Danatius
United Varsity Student’s of Borneo

WE ARE THE FUTURE OF SABAH




          


Laporan Liputan Media Sempena Sambutan Kemerdekaan Negara Sarawak ke 50 Tahun oleh Cik.Harnefer

Harnefer Johumin
Pada tanggal 20 haribulan Julai yang lepas bersamaan dengan hari sabtu, saya telah mewakili pertubuhan United Varsity Students of Borneo untuk membuat liputan media di Negara Sarawak mengenai sambutan hari kemerdekaan Negara Sarawak yang ke 50 tahun. Saya beserta rakan-rakan yang lain telah bertolak dari Negara Sabah pada jam 7.50 pagi dan tiba di sana sekitar jam 9.40 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia dan setibanya di sana kami disambut dengan sangat baik oleh wakil dari Negara Sarawak dan kami menginap di Hotel Telang Usan, Kuching Sarawak selama 3 hari dua malam. Negara Sarawak adalah amat bersih pada pandangan saya kerana tidak terdapat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana mereka masih mengekalkan kuasa Imigresen dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Muzium Negara Sarawak 
Pada hari itu, tidak ada sebarang aktiviti kerana aktiviti yang sebenarnya bermula pada keesokkan harinya dan kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di Muzium Negara Sarawak dan yang tidak jauh dari tempat penginapan kami. Dalam Muzium itu juga banyak memaparkan peninggalan dan khazanah bernilai semasa pemerintahan Kerajaan Brooke di Negara Sarawak iaitu pada tahun 1841 lagi. Muzium tersebut amat besar dan mempunyai peninggalan yang sangat tinggi nilainya dan bangunan muzium itu merupakan Muzium yang dibina khas oleh Brooke semasa zamannya dan sekarang menjadi pusat tarikan tumpuan pelancong untuk melawat Negara Sarawak.

Pedang James Brooke
          Setelah puas mencuci mata di Muzium Sarawak saya beserta rombongan pun kembali ke penginapan untuk beristrihat kami kerana kami tahu bahawa kami mempunyai tugas yang sangat penting pada keesokkan harinya. Pada keesokkan harinya, iaitu bersamaan 20 haribulan Julai adalah aktiviti yang sebenar iaitu pada sebelah paginya kami mengadakan perarakan di sekitar bandaraya Kuching. Saya berserta rombongan dari Sabah turut terlibat serta dalam perarakan tersebut sebagai tanda sokongan yang padu dan sebagai penghormatan dari rakyat Sabah akan hari kemerdekaan Sarawak yang ke 50 tahun dan julung kali disambut di Negara Sarawak itu sendiri.

Bergambar bersama denga Panglima Gagah Berani
Perarakan itu adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat Negara Sarawak tentang hari yang sangat bersejarah bagi Negara mereka kerana ramai dari mereka tidak tahu bahkan generasi muda Sarawak masih tidak tahu akan hari kemerdekaan Negara mereka yang sebenar. Hal ini sangat menyedihkan dan adalah wajar bagi generasi muda tidak mengetahui kemerdekaan negara mereka yang sebenar kerana dalam buku teks Sejarah yang diajar di sekolah langsung tidak disebut akan hal ini.

Temu ramah dengan orang awam
Semasa perarakan itu sedang berlangsung, saya sempat menemu bual seorang ibu yang sedang melihat perarakan itu, dan juga dua orang pelajar yang kelihatan masih menuntut di sekolah. Saya mengajukan soalan kepada ibu itu bahawa adakah dia tahu tentang kemerdekaan mereka yang sebenar dan ibu itu menjawab “ ya, saya tahu” dan dia juga menyatakan bahawa dia mengetahui semua itu melalui perarakan yang sedang berlangsung. Hal ini menunjukkan bahawa perarakan tersebut mampu memberi mesej yang jelas kepada rakyat Negara Sarawak itu sendiri. Perarakan tersebut lebih riuh dengan laungan suara “Sarawak merdeka!, kami ini bukan gila, Sarawak merdeka!” oleh saudara Peter John Jaban.

Temu ramah dengan pelajar sekolah
Seterusnya pertanyaan yang sama saya ajukan kepada dua orang pelajar sekolah sebentar tadi dan kelihatan mereka tidak mengetahui tarikh sebenar kemerdekaan mereka malah mengatakan bahawa 16 September merupakan tarikh negara mereka mencapai kemerdekaan dan maka dengan itu saya telah memperbetulkan fakta tersebut dan menyeru mereka agar mereka juga menyatakan hal yang demikian kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Temu ramah bersama dengan YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan
Saya juga sempat menemu bual Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengenai apakah mesej beliau terhadap generasi muda Negara Sabah dan Sarawak pada masa kini dan beliau berkata “generasi muda pada masa kini mesti tahu dan harus tahu akan asal usul dan tarikh kemerdekaan kita yang sebenar-benarnya”. Kata-kata beliau menyuntik semangat saya untuk terus berjuang dalam mengembalikan maruah Negara yang telah tercalar dan juga sejarah yang selama ini telah dimanipulasi oleh golongan yang mementingkan diri sendiri.
Perarakan menuju ke Padang Merdeka Kuching Sarawak

Satu hal juga yang memberi semangat dan membuka mata saya ialah ketika melihat orang kurang upaya (OKU) yang tidak sempurna anggota tangan juga  yang tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan itu sambil mengibarkan bendera negara Sarawak di tangannya. Hal ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya itu juga sedar akan hari yang sangat bersejarah bagi mereka inikan pula bagi mereka yang sempurna anggota fizikal.  Perarakan tersebut selesai sekitar jam 11.00 pada pagi itu dan setelah itu kami pun kembali ke penginapan kami dan menjamah makanan tengahari yang disediakan di Hotel tersebut.

Forum Kemerdekaan Negara Sarawak

Setelah selesai menjamu selera, kami pun berehat sebentar dan bersedia untuk menyaksikan forum yang juga bertempat di Hotel tersebut. Forum itu banyak membincangkan mesej yang penting mengenai asal usul dan juga banyak menbincangkan tentang Negara Sarawak sehinggalah mencapai kemerdekaan yang diperoleh dari pihak British pada 22 Julai 1963.

Forum 50th Sarawak Independence Day
Forum itu disertai oleh beberapa orang penceramah, antaranya ialah Saudara Peter John Jaban, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan beberapa orang lagi. Saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang mendengar dan melihat sendiri perbincangan oleh orang-orang kuat yang mana mereka adalah orang yang benar-benar prihatin dalam memperjuangkan nasib dan masa depan negara mereka dan secara tidak langsung hal ini memupuk dan mengukuhkan semangat patriotisme yang lebih dalam diri saya sendiri secara peribadi. Aktiviti pada petang itu berakhir sekitar jam 5.00 petang setelah selesai sesi soal jawab bersama para penceramah yang turut serta di dalam forum tersebut.

Bersama dengan Presiden UVSB (Malaya)
Walaupun dalam keadaan yang sangat penat pada hari itu namun ianya merupakan pengalaman yang paling manis dan berharga dan tidak mungkin dilupakan kerana saya berpeluang bersama-sama dengan rakyat Negara Sarawak dan juga beberapa orang penting  untuk turut serta dalam menyambut hari kemerdekaan Negara Sarawak dan sambutan itu juga merupakan sambutan yang pertama diadakan di negara mereka seterusnya menjadi kebanggaan kedua-dua buah negara iaitu Sabah dan Sarawak.

Saya berserta rombongan dari negara Sabah kembali ke Sabah pada keesokkan harinya iaitu pada 22 Julai juga menaiki pesawat Air Asia pada jam 9.40 pagi dan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kota kinabalu pada jam 11.00 pagi. Sekian.

Laporan disediakan oleh,

HARNEFER JOHUMIN
President Of UVSB (Sabah)
United Varsity Students of Borneo.

Saturday, 6 July 2013

SARAWAK 50TH INDEPENDENCE DAY: WE MUST KNOW!


Date : Sunday 21st July 2013
Time : 7:30am - 5:00pm
Venue : Telan Usan Hotel, Kuching
________________________________________________
1. Independence Day Forum
2. Independence Walk
3. Big Bike Freedom Ride
4. Freedom Fun Run (to be confirmed)

This is the first time ever in 50 years, an event has been organized to mark 22 July as Sarawak Independence Day. Few Sarawakians realize, but 22 July 1963 was the day Sarawak became independent again with the swearing-in of our first Sarawak Chief Minister Stephen Kalong Ningkan and assembly, our flag, our anthem and our Sarawak Constitution.

Our theme is “We Must Know”, and this commemoration is a cross-party event to revisit the genesis of Sarawak and the formation of Malaysia, to create a space of co-operation amongst Sarawakians and engage them in the discussion about the future of Sarawak.

Sarawak 50th Independence Day is to make our statement on our sovereignty and territorial integrity as one of three nations in the federation of Malaysia and not as one of thirteen states.

Invited speakers at the Forum include Dato Seri Daniel Tajem, YB Datuk Jeffrey Kitingan, Dr Awang Hasmadi Awang Mois, Dato Morshidi bin Abdul Rahman, Paul Raja and Peter John Jaban.

Participation in all events are free of charge, but prior registration to attend the Forum is mandatory to secure a seat. Please email: linasoo@yahoo.com for application form. Places to the Forum only are limited, first come first serve policy applies.
_________________________________________________
ULANG TAHUN KE 50 HARI KEMERDEKAAN SARAWAK: WAJIB TAHU

Tarikh : 21hb Julai 2013 bersamaan dgn Hari Ahad
(Hari Menjelang Tarikh Kemerdekaan Sarawak)
Jam : 7.30pagi – 5.00petang
Tempat : Hotel Telang Usan, Kuching

Acara-acara:
1. Independence Day Forum
2. Independence Walk
3. Big Bike Freedom Ride
4. Freedom Fun Run (akan disahkan nanti)

Kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. Terbuka kpd semua rakyat Sarawak yg ingin mengetahui erti sebenarnya Kemerdekaan Sarawak terutamanya di dalam kontek penubuhan sebuah negara yg bernama Malaysia.

Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklum dari masa ke semasa.

Sesiapa yg berminat utk menyertai forum ini, sila emel kpd linasoo@yahoo.com utk pengesahan penyertaan anda. Penyertaan adalah terhad.
_______________________________________________
砂劳越独立50周年:我们一定要知道

日期:星期天2013年7月21日(砂劳越独立50周年前夕)
时间:7:30am - 5:00pm
地点:Telan Usan Hotel, Kuching

1. 独立日讨论会
2. 独立步行
3. 大型摩托车自由乘车运动
4. 欢乐自由跑步(待确认)

所有节目可免费参与,公开给所有热爱砂劳越的人。更多细节将在此公布。
讨论会座位有限,有意参与者,请电邮 linasoo@yahoo.com,我们将提供注册表格。


Credit to Mr.Anthony Dylan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...