United Varsity Student of Borneo (UVSB) atau Pelajar Universiti Bersatu Borneo (PUBB) telah diwujudkan adalah untuk menyedarkan Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak tentang sejarah sebenar Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat pada 31 Ogos 1963 & 22 Julai 1963 dan isu-isu yang menjadi penyebab mengapa keadaan Negara Sabah dan Negara Sarawak telah mengalami kemerosotan dalam aspek pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Atas kemerosotan ini, Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak telah menerima kesan yang negatif sehinggakan tidak memahami akan peranan mereka dalam pembangunan Negara Sabah dan Negara Sarawak.
Tidak mengetahui sejarah sebenar Negara Sabah dan Negara Sarawak telah menyebabkan Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak mempunyai semangat Patriotik terhadap Tanah Tumpah Darah, Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ini mengakibatkan Generasi Muda leka dan tersisih dalam arus pembangunan yang menuntut kematangan dan kebijaksanaan dalam menjaga Kepentingan golongan ini seterusnya Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara Sabah dan Negara Sarawak.
Selain itu juga, UVSB atau PUBB diwujudkan adalah untuk memimpin Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak dalam berdepan dengan keadaan genting terutamanya sekali yang melibatkan kepentingan seperti sosial, ekonomi dan politik Negara Sabah & Negara Sarawak pada masa ini. UVSB atau PUBB juga akan berperanan dalam menegur dasar kerajaan yang tidak menguntungkan Generasi Muda dan mencadangkan penambahbaikan dalam perlaksanaan suatu dasar mahupun polisi.
Kumpulan ini iaitu United Varsity Student of Borneo (UVSB) atau Pelajar Universiti Bersatu Borneo (PUBB) mempunyai hak mutlak dalam melibatkan diri dengan urusan rasmi Negara Sabah & Negara Sarawak seperti Sosial, Ekonomi dan Politik sama ada secara langsung mahupun tidak. UVSB atau PUBB tidak terikat dengan pihak Kerajaan mahupun Pembangkang dalam menyuarakan isu-isu semasa. Selagi perjuangan itu untuk Rakyat Bangsa Negara Sabah & Negara Sarawak yang Merdeka dan Berdaulat, mengikut Perjanjian yang telah dimeteraikan di London pada 9 Julai 1963 berkenaan dengan Persetujuan dalam Pembentukkan Negara Bersekutu iaitu Persekutuan Malaysia, selagi itulah UVSB atau PUBB akan terus menyokong. Tetapi, jikalau ia berlaku sebaliknya, maka disitulah UVSB atau PUBB akan memainkan peranannya yang penting untuk kepentingan golongan Generasi Muda Negara Sabah & Negara Sarawak khasnya dan Bangsa Sabah & Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik yang Hidup Aman dan Damai selama ini, umumnya.
Oleh itu, UVSB atau PUBB ingin menyeru kepada semua golongan Muda Generasi Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berpayungkan dibawah kumpulan ini agar suara golongan Generasi Muda Negara Sabah & Negara Sarawak akan lantang bergumandang di Udara Negara Sabah & Negara Sarawak dengan Harapan agar KETIDAKADILAN DIHAPUSKAN dan Pembangunan secara menyeluruh dalam aspek Sosial, Ekonomi dan Politik diangkat dan dijayakan oleh Bangsa Sabah & Bangsa Sarawak yang Merdeka dan Berdaulat tanpa campur tangan pihak luar (Negara Luar). Golongan Generasi Muda Negara Sabah & Negara Sarawak menyokong penuh konsep Borneonisasi iaitu "Sabah for Sabahan @ Sabah untuk Orang Sabah! & Sarawak for Sarawakian @ Sarawak untuk Orang Sarawak! " Kumpulan ini akan melakukan yang terbaik agar setiap Generasi Muda Negara Sabah & Negara Sarawak yang mempunyai kelayakan diserap masuk ke dalam Kerajaan Negara Sabah & Negara Sarawak agar pengetahuan mereka dapat disumbangkan sepenuhnya, semaksima kepada Bangsa, Agama dan Negara Sabah & Negara Sarawak.
Edited on 23 June 2013 at 9.15pm
0 comments :
Post a Comment