Thursday, 21 November 2013

SCOTLAND DAN BORNEO

Haji Julaihi Haji Suut

Keyboard Warrior Haji Julaihi Haji Suut

Pakcik percaya semua di sini tahu sejarah pemberontakan Scotland menentang England suatu ketika dahulu. England masa itu memang kejam. Mereka rampas hasil bumi Scotland dan kenakan cukai ke atas rakyat Scotland. Bahkan England juga keluarkan satu undang-undang "Prima Noctis" berkuat-kuasa di seluruh Scotland. Undang-undang ini mewajibkan setiap pengantin perempuan Scotland yang baru berkahwin kena tidur semalaman pada malam pertama dengan YB England yang mentadbir daerah mereka.

Kepada mereka-mereka yang tak kenal sejarah Scotland, sebagai permulaan, silakan menonton cerita wayang "Braveheart", lakonan Mel Gibson. Di sini pula, pakcik nak tiru (dan tokok tambah) kata-kata hero Scotland William Wallace. Renung-renungkan lah persamaan Scotland dengan senario Borneo hari ini.

William Wallace
There's a difference between us. You think the people of this country exist to provide you with position. I think your position exists to provide those people with freedom. And I go to make sure that they have it.

PAKCIK JULAIHI:
Ada beza antara Malaya dan Borneo. Jangan awak ingat rakyat di Borneo ujud untuk membekalkan awak dengan kedudukan, kuasa dan harta. Kedudukan awak diujudkan untuk membekalkan rakyat Borneo dengan erti kebebasan. Pakcik berjuang sekarang untuk pastikan rakyat Borneo mendapat hak kebebasan mereka. Kami juga ada hak ke atas Malaysia!

William Wallace
It's all for nothing if you don't have freedom.

PAKCIK JULAIHI:
Kalau benar kami tiada hak, apa lah yang datuk-nenek kita buatkan pada tanggal 16 September tahun 1963 tu?

William Wallace
I am William Wallace! And I see a whole army of my countrymen, here in defiance of tyranny. You've come to fight as free men... and free men you are. What will you do with that freedom? Will you fight?

PAKCIK JULAIHI:
Saya -- Pakcik Julaihi dari Negara Borneo di Bawah Bayu di Bumi Kenyalang -- datang ke sini mahu bangkit menentang kekejaman Malaya. Kalian juga datang ke sini sebagai insan merdeka untuk menentang penjajahan Malaya. Demi hak-hak awak, berani kah awak berlawan?

YB-YB pengecut:
Nak lawan? Tak nak lah. Lagi baik lari. Selamatkan kehidupan kita sendiri.

PAKCIK JULAIHI:
Betul! Awak boleh lari dan hidup senang-lenang hari ini. Tapi boleh kah awak menjamin kehidupan anak-anak awak pun akan terjamin masa depan mereka? Atau awak lebih rela melihat anak-anak awak nanti yang berjuang untuk hak-hak bapa mereka?

Sekaranglah masanya. Kita tahu kita BENAR, kita tahu kita BERHAK dan kita tahu kita BOLEH buat sesuatu. Jangan kata jangan. Suatu hari nanti, 10 tahun dari sekarang, bila anak-anak kita bertanya mengapa mereka dijajah oleh Malaya, apa jawab kita? Bila anak-anak bertanya adakah kita pernah cuba menentang penjajahan Malaya, apa jawab kita? Bila anak-anak bertanya mengapa kita tak pernah cuba berbuat sesuatu, APA JAWAB KITA?! 

Silakan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=530590947036780&set=a.151869741575571.32028.100002576394697&type=1&theater

***Artikel ini diambil daripada Facebook untuk dijadikan satu wadah pembacaan khasnya untuk Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak***

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...