We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Showing posts with label Generasi Y. Show all posts
Showing posts with label Generasi Y. Show all posts

Friday, 9 January 2015

"PENYELESAIAN ATAU PENAMBAH PARAH???"

Isu SABAH SARAWAK keluar dari MALAYSIA menjadi isu yang semakin panas diperkatakan sejak kebelakangan ini. Adakah isu ini boleh dipandang enteng atau perlu diberikan perhatian? Siapakah punya angkara yang menyebabkan isu ini timbul? Adakah ia disebabkan oleh KERAKUSAN dan KETAMAKAN kuasa atau disebabkan oleh KELALAIAN menunaikan tanggungjawab mahupun janji? Siapakah yang patut dipersalahkan dalam isu ini? Adakah mereka yang digelar penghasut? Atau Rakyat yang TER”hasut”? Atau mereka yang GAGAL menunaikan dan mengotakan janji? Jika mereka yang digelar pengahasut dikenakan tindakan? Adakah isu ini akan selesai? Dan adakah isu ini akan selesai jika mereka yang TERhasut dikenakan tindakan? Atau adakah isu ini akan selesai jika mereka yang GAGAL menunaikan dan mengotakan janji dikenakan tindakan?

Isu ini tidak akan selesai jika PANGKAT dan KUASA diletakkan sebagai kepentingan utama. Jika pangkat dan kuasa diletakkan sebagai tiang utama penyelesaian, isu ini akan semakin parah dan pastinya akan memberikan impak yang negatif. Sedangkan luka yang sudah berkeruping boleh berdarah kembali, inikan pula luka yang masih bernanah. Tersilap langkah keruping boleh menjadi luka yang parah kembali, dan sudah tentu luka yang masih bernanah pasti menjadi semakin parah dan mungkin tidak akan ditemukan ubat sebagai penawarnya. Isu ini perlu dilihat sehingga ke akar umbinya dan bukan hanya memandang sekilas pucuknya. Sekadar memandang pucuk tidak akan membolehkan kita memahami kedaan akarnya.

Langkah penyelesaian segera perlu diambil bagi mengelakkan tercetusnya satu peristiwa yang mungkin akan memberi kesan yang besar. Adakah melalui UGUTAN atau ANCAMAN isu ini akan selesai? Atau adakah melalui PENANGKAPAN isu ini akan selesai? Atau adakah perlu, mereka yang TERLIBAT dengan isu perlu diheret bersama dikenakan tindakan, akan menyelesaikan masalah ini? Jika kita mengatakan melalui PENANGKAPAN isu ini akan selesai, adakah ia benar-benar berkesan? Lihat suatu ketika dulu Dr Jeffrey yang merupakan antara individu yang lantang menyuarakan tuntutan mengenai Hak Sabah (MA63/ 20 PERKARA) pernah ditahan di bawah ISA disebabkan oleh suara lantangnya menuntut hak yang dikatakan dinodai oleh pihak Pemerintah. Sekarang, adakah isu ini telah selesai? Atau semakin parah? Dalam konteks ini perkara yang kita harus tahu, penangkapan terhadap Jeffrey atau Doris untuk menyelesaikan isu ini hanya mengundang kewujudan Jefrrey dan Doris yang lebih ramai. Kenapa?? Untuk memahami isu ini kita perlu masuk ke dalam golongan mereka dan bukan hanya bergantung kepada informasi media atau sesetengah pihak sahaja.

Semakin hari, sokongan terhadap apa yang disuarakan oleh Jeffrey dan Doris semakin mendapat sokongan dari khalayak. kita mungkin pernah mendengar bahawa mereka yang menyokong perjuangan ini hanyalah golongan MINORITI dan bukan MAJORITI. Sejauh manakah kebenaran tahap kebolehpercayaan kita terhadap kenyataan tersebut? Adakah kita pernah bergaul dengan “Penyokong” tersebut atau hanya melalui tafsiran pemikiran logik semata-mata? Tetapi yang pastinya tidak kira sama ada mendapat sokongan secara majoriti atau minoriti ISU ini akan tetap memberikan kesan yang tidak boleh dijangka oleh pemikiran logik semata-mata.

Golongan generasi muda merupakan antara inidividu yang bakal memberi impak terhadap isu ini. Hal ini demikian kerana, mereka masih dalam proses “berjinak-jinak” dengan politik. Tersilap bimbing, jauh lencong langkahnya dari jalan yang sedia ada. Kenapa generasi muda? Kenapa bukan generasi pertengahan atau yang sudah lanjut usianya? Apa yang dimainkan oleh generasi muda sehingga boleh memberikan impak terhadap isu ini? Perkara yang kita harus tahu, pemikiran generasi muda sekarang tidak akan sama dengan pemikiran generasi pertengahan atau yang sudah lanjut usia ketika zaman remajanya. MEREKA MENJADI PEMERHATI SENARIO POLITIK YANG BERLAKU DI SEKITARNYA.

Apa yang pasti, PENANGKAPAN, UGUTAN atau ANCAMAN tidak akan dapat menyelesaikan isu ini MELAINKAN MELALUI RUNDINGAN.

~LLRY~

Thursday, 14 August 2014

"Kisah Perjuangan Politik Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk Bangsa Negara Sabah..."

Sungguh menyedihkan apabila kita mendengar komen-komen pesaing politik Datuk Dr.Jeffrey yang sering menghebohkan bahawa Datuk Jeffrey tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dalam perjuangannya dan selalu "melompat" seperti "katak" berpindah parti. Mereka yang memberi komen ini membuat penilaian semata-mata mengikut standard pemikiran mereka sendiri tanpa memahami perjalanan perjuangan politik Datuk Dr.Jeffrey. Walaupun Datuk Dr.Jeffrey "melompat" dari parti-parti politik, perjuangan beliau tidak pernah berubah atau tidak "melompat" dari perjuangannya. Beliau sering memberi ilustrasi perjalanan politiknya seperti perjalanan dari Tambunan menuju ke Kota Kinabalu... Ini penjelasannya...

Pertama sekali, beliau telah meninggalkan PBS kerana beliau tidak sanggup untuk melihat abangnya sengsara kerana mendapat tekanan daripada kerajaan persekutuan malaysia/malaya kepada kerajaan negara Sabah... Untuk sebab itu, beliau telah keluar daripada PBS agar abangnya mendapat ketenangan daripada gangguan malaya... Dan ini adalah ceritanya...

Beliau mahu pergi ke KK dari Tambunan untuk urusan yang sangat-sangat penting (mengkaji semula perjanjian malaysia, minyak & gas dan 20 Perkara Negara Sabah) tetapi tidak mempunyai kereta sendiri kerana itu syarikat penjual kereta tidak mahu menjual kereta kepadanya. Bukan dia tidak mahu beli tetapi tidak kena kasi jual dengan dia. Maksudnya disini, dia mahu memperjuangkan agenda borneo tetapi tidak mempunyai parti politik dia sendiri. Bukan tidak mahu buat parti dia sendiri tetapi tidak kena kasi lulus oleh badan pendaftar parti politik, itu ROS atas arahan malaya.

slepas itu, seorang pemilik kereta, si Datuk Mark Koding kasi guna kereta dia (parti AKAR) supaya beliau dapat sampai ke KK untuk urusan yang sangat-sangat penting itu. Dan tidak lama kemudian, pemilik kereta itu kasi terus itu kereta dengan dia. Bah, apa lagi, gembira lah Datuk Dr.Jeffrey. Dia terima kereta tu dan terus kasi bikin bagus. Tapi tiba-tiba, ada orang dalam kereta yang bernama datuk pandikar amin tuntut hak milik kreta pula. Dia cakap yang dia lagi berhak keatas kreta tu. Trus berlaku perebutan kunci dan ini membuatkan Datuk Dr.Jeffrey kasi tinggal tu kreta walaupun baru sampai gunung Alab. Tapi yang pelik dan hairannya, pemilik baru kreta tu sanggup kasi bakar/hapus tu kreta daripada kasi dengan Datuk Dr.Jeffrey sebaik sahaja dia berjaya merampas parti tersebut. Maksudnya, Datuk Mark Koding kasi Datuk Dr.Jeffrey parti AKAR untuk berjuang tetapi tiba-tiba si pandikar amin tuntut hak pemilikan parti tersebut bahawa dia yang empunya parti tersebut. Dan Datuk Dr.Jeffrey berjaung untuk mempertahankan kesahihan pemilikn parti tu kerana telah diberikan oleh datuk Mark Koding kepada beliau. Tapi akhirnya, datuk Dr.Jeffrey meninggalkan parti tu kerana tidak mahu memanjangkan masalah tersebut. Sebaik sahaja pandikar berjaya ambil tu parti akar, terus si pandikar amin kasi bubar parti akar. 

Tidak lama lepas tu semasa dalam perjalanan kaki pigi KK dari tambunan, ada kreta tiba-tiba berhenti dan kasi tumpang dia kreta (datuk joseph kurup kasi dia parti PBRS) supaya dia bule sampai ke destinasinya. Tapi awal-awal lagi pemilik kreta tu kasi tau dengan Datuk Dr.Jeffrey bahawa kreta dia tu tidak brapa bagus dan perlu diperbaiki. Dengan senang hati datuk gembira dan sekali lagi memperbaiki kreta tu agar bule sampai ke KK. Tetapi semasa dalam perjalanan baru sampai moyog, pemilik kenderaan itu berubah hati dan keputusan. pemilik kreta tu tiba-tiba tidak mahu meneruskan perjalanan bersama dengan Datuk Dr.Jeffrey. Mahu tidak mahu, Datuk Dr.Jeffrey pun terpaksa keluar daripada kreta tersebut kerana tidak mungkin dia akan sampai ke KK kalau terus bersama-sama dengan kreta tu.

Jadi sekali lagi dia berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan tersebut pergi ke kk, dan tiba-tiba ada kreta yang lebih besar yang berasal daripada malaya (anwar) kasi tumpang dia kreta (parti PKR) dan memberi jaminan bahawa dia akan sampai ke KK dengan kretanya. Datuk Dr.Jeffrey pun naik agar bule sampai ke KK. Tapi selepas beberapa seketika, Datuk Dr.Jeffrey prasan yang pemilik kenderaan tu tidak ikhlas dan mahu mengawal pergerakan datuk Dr.Jeffrey. 

Pemilik kreta tu juga sudah tidak memberi jaminan yang kukuh terhadap komitmen untuk melaksanakan deklarasi Tambunan dan juga tidak ada jaminan bahawa Datuk Dr.Jeffrey akan sampai ke KK. Atas sebab itulah datuk dr.jeffrey meninggalkan kenderaan tersebut.

Presiden STAR Sarawak
Jawapan kepada mereka yang mengatakan tentang mengapa DDJK menggunakan parti dari Sarawak...

"Sabah dan Sarawak mempunyai sama hak dan kedudukan dalam malaysia. Sebab itu Sabah dan Sarawak patut bekerjasama untuk menuntut hak. Apa salah saya gunakan parti daripada Sarawak sedangkan kamu menggunakan parti daripada malaya???"

Begitulah perjalanan politik Datuk DrJeffrey G Kitingan dalam perjuangannya untuk Negara Sabah sehingga beliau dilabelkan sebagai "katak". Manakala Presiden PBRS pula telah mendapat Jawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan Mantan Presiden AKAR (sudah dibubarkan) mendapat jawatan Speaker Dewan Rakyat. Ramai yang mengatakan bahawa itulah tuah kepada mereka berdua kerana berjaya menghalang Datuk Dr.Jeffrey mengetuai parti politik...

Sebenarnya semua pemimpin Negara Sabah dalam Barisan Nasional boleh diibaratkan sebagai katak-katak yang dimasukkan dalam sebuah kuali yang kononnya membawa perjuangan Negara Sabah dari dalam kuali tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan kuali itu disediakan sedemikian rupa sehingga katak-katak dalam kuali berasa selesa dan selamat. Namun, suatu perkara yang mereka tidak sedar adalah, kuali tersebut perlahan-lahan dipanaskan tanpa disedari oleh katak-katak didalam kuali tersebut. Mereka yang sedar akan cepat melompat keluar daripada kuali tersebut, namun malangnya kaki mereka "dipatah-patahkan" sehingga mereka tidak bermaya. Manakala mereka yang tidak menyedari atau sedar tetapi tidak mahu keluar daripada kuali tersebut kerana takut berhadapan dengan perubahan, akhirnya mati tanpa sempat melompat. Perjuangan mereka pun turut mati bersama. Walaupun "kaki Datuk DrJeffrey Kitingan" dipatah-patahkan dengan memasukkannya ke dalam ISA selama 2 tahun 7 bulan, beliau tidak "mati" dan terus berusaha untuk memastikan kakinya sembuh diluar kuali tersebut. Kini, kakinya sudah sembuh, pulih semula dan beliau bebas menerokai dunia di luar kuali (Friends of BN - Barisan Nasional), dan meneruskan perjuangan mendidik rakyat Bangsa Sabah untuk memahami hak-hak Negara Sabah yang telah sekian lama dicabul, dinafikan, dipijak dan dihina...

Sebarkan mesej ini

Source: 

Forum Kemerdekaan Negara Sarawak pada 21 Julai 2013

Pada 21 Julai 2013, pihak UVSB telah menghadiri satu Forum Kemerdekaan Negara Sarawak yang diadakan di Telung Usan, Kuching Sarawak. Dalam forum tersebut, Pembentangan demi pembentangan oleh golongan Penceramah Professional telah membuka mata dan memberikan mesej baru bahawa Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat! Apa yang diperlukan oleh Bangsa Negara Sarawak ialah Keberanian dan semangat Patriotik yang TINGGI mampu mengubah Masa Depan Negara Sarawak ke arah yang lebih cerah. Ini semuanya bergantung kepada Generasi Muda Negara Sarawak.

Bagaimana untuk mencapai ini semua? Caranya ialah dengan mempelajari Sejarah Sebenar Negara Sendiri. Dengan itu, satu kesedaran akan timbul dan bila kesedaran telah timbul maka akan disusuli oleh tindakan. Selain itu juga, kesedaran dan keminatan dalam politik juga harus dan mesti diserapkan kepada generasi muda Negara Sarawak kerana dengan minat dan kepekaan yang menghasilkan kesedaran serta tindakan sahaja yang mampu mempertahankan hak-hak Kemerdekaan serta Kedaulatan Negara Sarawak.

Dalam forum ini juga, golongan Penceramah Professional ini telah mengkongsikan pandangan dan harapan yang mesti disampaikan kepada semua generasi muda Negara Sarawak. Apa yang penting ialah sebarkan Tarikh Kemerdekaan Negara Sarawak iaitu Negara Sarawak telah diberikan Kemerdekaan oleh pihak British pada 22 Julai 1963. Negara Sarawak telah MERDEKA terlebih dahulu sebelum bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.

Istilah dan persepsi orang yang mengatakan "Sarawak masuk Malaysia" adalah satu kenyataan dan persepsi yang MESTI DIPERBETULKAN! Satu persoalan yang MESTI dijawab oleh setiap orang yang mengatakan seumpama itu ialah "Bagaimana Sarawak masuk Malaysia sedangkan Malaysia telah dibentuk oleh Sarawak bersama-sama dengan Borneo Utara (Sabah), Singapura dan malaya?" 

Oleh itu, marilah bersama-sama mendengar Forum Kemerdekaan Negara Sarawak walaupun sudah hampir satu tahun berlalu tetapi dalam beberapa bulan lagi ia bakal menjelang semula...

En.Rajah Paul, seorang Peguam Bertauliah di Negara Sarawak

Wednesday, 13 August 2014

Salleh PROKSI malaya yang melaksanakan agenda malaya di Negara Sabah melalui parti umno-bn

Sebagai anak muda Sabah saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit respon mengenai kecaman dan amukan beberapa pemimpin UMNO Sabah berkaitan kenyataan YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengenai 16 September iaitu Hari Malaysia.

Menurut terjemahan Bahasa Melayu daripada artikel Dr Jeffrey dalam Bahasa Inggeris, Occupation Day dimaksudkan sebagai Hari Penjajahan. Saya yakin dan percaya bahawa maksud daripada istilah Occupation tidak membawa maksud secara langsung sebagai penjajahan. Ia lebih merujuk kepada makna pengambialihan.

Walau bagaimanapun, terjemahan media berbahasa Melayu menyebutkan secara jelas sebagai Hari Penjajahan yang menyebabkan Datuk Salleh Said melenting sehingga mengeluarkan perkataan biadap yang pada saya sangat keterlaluan untuk diucapkan oleh seorang pemimpin lama seperti beliau. Seorang pemimpin haruslah sentiasa tenang dan berhemah dalam mengeluarkan ucapan.

Saya memberi respon kali ini bukan kerana saya ahli STAR pimpinan Dr Jeffrey. Namun saya ingin menyatakan pandangan sebagai anak jati Sabah. Beberapa tahun sebelum ini, 16 September hanya disambut sebagai Harijadi TYT. Bahkan pada zaman penggiliran Ketua Menteri yang sepatutnya tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak selari dengan konsep demokrasi, malah di luar batas Perlembagaan Malaysia mahupun Perlembagaan Sabah. Anehnya salah satu Ketua Menteri dalam sistem penggiliran ini ialah Datuk Salleh Said sendiri. Sedarkah beliau semasa pimpinan beliau, Hari Malaysia tidak pernah diraikan? Jadi saya tidak fikir beliau layak memberi komen berkaitan Hari Malaysia kerana sebagai pemimpin nombor satu Sabah ketika itu, tiada apa yang beliau perjuangkan untuk Sabah.

Saya juga tidak memahami alur pemikiran Datuk Salleh yang mengatakan bahawa 31 Ogos 1957 ialah permulaan Kemerdekaan Malaysia sedangkan pada waktu itu, Malaysia belum pun wujud. Bahkan lebih tepat lagi Malaysia tidak pernah pun merdeka kerana Malaysia tidak pernah dijajah. Hanya Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang akhirnya membentuk Malaysia sahaja yang pernah dijajah dan sudah tentunya pernah merdeka. Agak lucu juga saya membaca kenyataan beliau yang mengambil contoh Amerika Syarikat. Sedangkan keadaannya jauh berbeza. Ketika Hawaii menyertai Amerika Syarikat, nama Amerika Syarikat sebagai sebuah negara merdeka sudah pun wujud dan diterimapakai secara kukuh. Jika Hawaii tidak menyertai Amerika Syarikat, Amerika Syarikat tetap berdiri sebagai sebuah negara. Sedangkan pada 31 Ogos 1957, jelas merupakan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya Malaysia. Malaysia hanya wujud ketika persetujuan penggabungan. Jika Sabah, Sarawak dan Singapura tidak menandatangani Perjanjian Malaysia sudah pasti nama Malaysia tidak akan pernah wujud di peta dunia sehingga kini.

Saya ingin mengajak Datuk Salleh dan semua pemimpin serta penyokong UMNO yang berada di Sabah. Mari kita renungkan sejenak dan buatlah perbandingan secara ilmiah dan bukannya emosi semata-mata. Jika kita marah apabila disebutkan perkataan penjajahan, cuba kita nilaikan kedudukan Sabah ketika ini apakah dengan bergabung dalam Malaysia kita menjadi semakin baik atau sebaliknya. Sebagai perbandingan pertama, pada tahun 2010, Bank Dunia mengeluarkan senarai 10 negara terkaya dunia yang mana dua daripada negara tersebut adalah negara-negara yang bersama atau hampir bersama-sama membentuk Malaysia iaitu Singapura pada kedudukan ketiga dan Brunei pada kedudukan kelima. Ironinya, pada tahun yang sama Sabah diiktiraf pula oleh badan dunia yang sama sebagai negeri termiskin di Malaysia. Bayangkan betapa miskinnya Sabah kerana Malaysia pun tidak tersenarai langsung sebagai 10 negara terkaya dunia. Bermakna Malaysia antara negara yang tidak kaya atau bahasa mudahnya negara miskin. Lebih menyedihkan dalam negara miskin itu terdapat pula negeri yang lebih miskin iaitu Sabah. Di mana silapnya penggabungan ini? Penggabungan yang sepatutnya memberi harapan baru kepada rakyat Sabah.

Sedangkan Sabah antara negeri pengeluar minyak yang terbesar di Malaysia. Sejak kewujudan Petronas, Malaysia telah mengaut RM431 Bilion dan lebih kurang 35% hasil itu datangnya daripada sumber minyak Sabah. Sayangnya kerana penggabungan Malaysia Sabah cuma mendapat 5% bayaran tunai daripada keseluruhan hasil minyak Sabah. Pemimpin menjustifikasikan keadaan ini dengan mengatakan bahawa Sabah diberikan pelbagai bentuk bantuan lain berupa peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Jika ini benar, mengapa Sabah jadi negeri termiskin? Mengapa jurang pembangunan amat jauh ketara antara Sabah dan Semenanjung Malaysia? Ketika rakyat Malaysia di Semenanjung bermegah dengan LRT, Komuter, Monorel dan sebagainya, anak Malaysia di Sabah masih dengan keretapi zaman penjajahan British. Ketika anak Malaysia di Semenanjung bergembira dengan keindahan dan keluasan lebuhraya, anak Malaysia di Sabah masih bergelumang lumpur di jalanan, bahkan dengan jalan utama bertar juga berlubang di sana sini. Ketika anak Malaysia di Semenanjung Malaysia bergembira di taman-taman tema yang canggih dan indah, anak Malaysia di Sabah masih ternanti-nanti kehadiran FUN FAIR. Inikah Malaysia yang pemimpin Sabah terdahulu impikan?

Selain itu, Sabah dengan keluasan 71,613 km persegi yang dilimpahi nikmat kesuburan tanah dan cuaca yang baik, agak menghairankan kita tidak berjaya meningkatkan kekayaan anak Sabah yang hanya 3.2 juta populasi. Ataukah kerana dengan Malaysia, memberi justifikasi kepada FELDA untuk menguruskan 590,824 ekar tanah Sabah dan hanya memberikan sewaan kepada Kerajaan Sabah sedangkan Kerajaan Sabah kehilangan hak untuk menguruskan tanah itu agar hasilnya, 100% untuk rakyat Sabah agar rakyat Sabah khusunya anak-anak muda tidak perlu lagi menjadi kuli di Singapura, Brunei bahkan di Tanah Melayu sendiri?

Sehingga hari ini, kuasa Ketua Menteri Sabah juga kita ragui kerana sebagai ahli parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan, pastinya Ketua Menteri Sabah tidak boleh lari daripada konsep konflik kepentingan antara menjaga hak Sabah dan menjaga jawatan dan kedudukan dalam parti dan kerusi pentadbiran. Adakah ini juga antara impian pemimpin terdahulu untuk melihat pemimpin utama Sabah sekadar boneka? Ketua Menteri juga bersetuju bahawa Malaya antara entiti yang membentuk Malaysia. Di manakah sudah Malaya kini?

Nah, kepada Datuk Abdul Rahim Ismail, jangan tanya siapa Dr Jeffrey tetapi tanyalah kepada semua anak Sabah yang memahami hakikat keadaan Sabah kini, jauh di lubuk hati mereka, apakah Sabah megah dan hebat dalam Malaysia? 

Semoga beberapa contoh perbandingan yang saya sebutkan di atas mampu membuka minda dan pemikiran kita. Saya boleh berikan lebih banyak contoh lain tetapi lebih baik sekiranya Datuk Salleh Said dan Datuk Abdul Rahim tentukan tempat pertemuan, jika lebih baik disebutkan sebagai dialog terbuka, saya pasti tidak akan ragu-ragu untuk hadir. Saya mungkin sangat muda dan kelihatan enteng, tetapi zaman ini anak muda bukan lagi anak muda pak turut yang hanya mengangguk atau menggeleng. Tetapi zaman ini zaman teknologi maklumat. Banyak perkara didominasi oleh kuasa maklumat. Tidak semudah itu untuk membohongi kita lagi seperti waktu-waktu yang sudah.

Selepas perbandingan yang saya buat ini, jika perkataan Hari Penjajahan itu kedengaran amat ekstrim, kita ertikanlah Occupation Day itu sebagai Hari Pengambilalihan hak Sabah. Sama-sama kita mencari jawapan, apakah Malaysia ini sekadar untuk menjustifikasikan pengambilalihan sumber minyak Sabah? Apakah Malaysia ini sekadar untuk memberikan ruang kepada Persekutuan membuka tanah-tanah di Sabah? Atau melalui kebenaran khas Datuk Harris Salleh maka Sabah kehilangan hak terhadap Labuan yang juga dilimpahi sumber kekayaan minyak? Jika begitu walau apa pun istilah yang kita gunakan ia sebenanrnya membawa makna yang hampir sama. Mungkin juga menghampiri kebenaran kata-kata Bung Karno yang pernah mengatakan pentadbiran kolonial ini hanya dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur. 

Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia kita tentunya sayangkan Malaysia yang sudah pun berusia setengah kurun. Jika ada pemimpin yang tidak senang dengan istilah penjajahan, maka kembalikan hak Sabah yang sepatutnya, khusunya kuasa pemerintahan dengan autoriti nyata tanpa konflik kepentingan dan juga kuasa mengurus hasil bumi serta kewangan sendiri. Hanya inilah kunci untuk kita selamatkan Malaysia kerana Malaysia hari ini tentunya bukan Malaysia yang diimpikan pemimpin terdahulu khusunya pemimpin yang terlibat dalam Tragedi Double Six. Apa sahaja sistem yang kelihatan lebih kepada proses pengambilalihan, maka itulah punca kepada wujudnya perkataan penjajahan ini. Jadi jangan salahkan penggunaan istilah ini tetapi sama-sama kita fikirkan mengapa istilah ini terluah akhirnya.

Source: Hasmin Azroy Abdullah

"Sedar daripada lena..."

Saya tertarik dengan gambar ini yang diperolehi daripada Page Facebook The Future of Sabah/Sarawak and The Federation of Malaysia.

Melalui pandangan saya sebagai Generasi Muda Negara Sabah, saya melihat dan memahami dua perkara tersirat dalam gambar ini (saya yakin anda mampu melihat lebih daripada dua).

Pertama: Kemenangan malaya untuk menyekat penggunaan kalimah "Allah" untuk penganut Kristian di "persekutuan tanah melayu (malaya/malaysia) sebenarnya merupakan Kemenangan kepada Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Mengapa? Ini kerana malaya yang menyamar menjadi malaysia terang-terangan, jelas lagi bersuluh telah mencabul dan seterusnya Melanggari Hak Kebebasan Beragama sepertimana yang dipersetujui suatu ketika dahulu sebelum Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Negara Sarawak bersetuju membentuk "Persekutuan malaysia". Tindakan malaya ini sememangnya telah memberi markah tambahan dalam hujah-hujah Pejuang-pejuang Kebangsaan Borneo tentang mengapa Negara Sabah dan Negara Sarawak MESTI berpisah daripada "persekutuan haram" ini.

***persekutuan malaysia adalah HARAM dan TIDAK SAH apabila malaya telah menyingkirkan Negara Singapura daripada persekutuan malaysia tanpa mendapatkan persetujuan daripada pemimpin-pemimpin negara Sabah dan Negara Sarawak. Sehingga kini, buku perjanjian malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 masih menyatakan Negara Singapura sebagai Negara dalam persekutuan malaysia***

Kedua: Seperti yang tertulis dalam page Facebook tersebut, walaupun malaya berusaha untuk menghilangkan identiti diri mereka sebagai orang malaya tetapi nampaknya mereka tidak juga sepintar kancil yang penuh dengan tipu muslihat. Adakah anda nampak "Chief Judge of Sabah & Sarawak" dan "Chief Judge of malaya"? Mengapa tidak "Chief Judge of malaysia"? Ini adalah disebabkan melalui undang-undang terdahulu, malaysia itu merupakan nama yang merangkumi Negara-negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (malaya). Jikalau mereka menggunakan "Chief Judge of malaysia", ia jelas sekali menampakkan malaya meninggikan diri mereka daripada Negara Sabah & Negara Sarawak sedangkan mereka sebenarnya adalah RAKAN KONGSI SAMA TARAF.

Walau bagaimanapun, mengapa "Chief Justice of Sabah & Sarawak" dan tidak dipisahkan kepada "Chief Judge of Sabah" dan "Chief Judge of Sarawak"??? Apakah Negara Sarawak tidak mempunyai Peguam yang Layak untuk menjawat Jawatan tertinggi itu? Ataupun sistem itu direka sedemikian rupa untuk mengekang kekuatan Borneo kerana jikalau wujud sedemikian rupa, maka Borneo mempunyai dua "Chief of Judge" manakala malaya hanya mempunyai satu sahaja...

Ini adalah pandangan dan kefahaman saya secara peribadi. Jikalau anda tidak bersetuju, itu HAK anda. Dan jikalau anda bersetuju dan ingin kongsikan pandangan ini, itu HAK anda juga. Jikalau anda telah mentafsirkan pandangan ini sebagai "Menghasut", maka saya dengan penuh tegas mengatakan bahawa "Saya TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" terhadap persepsi anda kerana tujuan pandangan ini dikongsikan adalah ingin membuka mata Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dalam satu sudut yang berlainan daripada yang lain khususnya kepada Generasi Muda di kedua-dua Negara iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak.. 

Harap maklum.

Source

"BANGSA MALAYSIA" yang "SEBENAR"

Bermula daripada tahun 1990an, kerajaan persekutuan telah memulakan doktrinasinya (proses pengajaran) mengenai bangsa malaysia yang terdiri daripada kaum melayu, cina, india dan "lain-lain". Setelah berfikir untuk perkara ini, saya telah menyedari bahawa betapa kejinya permainan pemimpin malaya yang cuba menghapuskan identiti rakan-rakan senegaranya melalui proses malayanisasi terhadap rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Untuk pengetahuan umum, sebenarnya Persekutuan Malaysia terdiri daripada EMPAT BANGSA UTAMA ialah Bangsa Negara Sabah, Bangsa Negara Sarawak, Bangsa Negara Singapura dan Bangsa Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Setiap Negara dalam persekutuan malaysia ini terdiri daripada pelbagai etnik.

Di Negara Sabah, Bangsanya terdiri daripada lebih 37 etnik. Bermula daripada etnik majoriti sehinggalah kepada minoriti iaitu etnik KadazanDusunMurutRungus, Bajau, Suluk, Cina dan seterusnya.

Di Negara Sarawak pula, Bangsanya terdiri daripada lebih 41 etnik. Sama seperti Negara Sabah iaitu bermula daripada etnik majoriti kepada etnik minoriti. Etnik Majoriti iaitu Dayak (Iban, Bidayuh), Cina, Melanau dan seterusnya.

***Perlu diingatkan bahawa etnik Majoriti tidak bermaksud mereka adalah 1st Class dalam sesebuah negara tetapi peranan etnik majoriti adalah untuk melindungi dan membantu etnik minoriti serta bersama-sama dengan etnik yang ada dalam sesebuah negara membangunkan serta memajukan negara dengan semangat Kebangsaan untuk Negara yang didiami***

Di Negara singapura pula ia terdiri daripada 3 etnik utama iaitu Cina, melayu, India manakala di Persekutuan tanah melayu (malaya), majoritinya ialah etnik melayu, cina, india dan seterusnya.

Adalah TIDAK BETUL jikalau mengatakan bahawa malaysia terdiri daripada 3 etnik yang majoriti/terbesar iaitu melayu, cina dan india. Jikalau kenyataan seumpama ini dibuat, ia sebenarnya merujuk kepada bangsa persekutuan tanah melayu (malaya).

Credits to SSKM
Ia adalah TEPAT apabila membuat kenyataan mengenai Bangsa Persekutuan malaysia sebagai sebuah persekutuan Negara yang mempunyai Empat Bangsa Utama iaitu;

1. Bangsa Negara Sabah.
2. Bangsa Negara Sarawak.
3. Bangsa Negara Singapura.
4. Bangsa Persekutuan tanah melayu (malaya)

Inilah yang sepatutnya diajar dalam subjek sejarah untuk topik Kenegaraan tetapi sayang sekali kerana malaya sebenarnya TIDAK MAHU perkara kefahaman seperti ini diketahui kerana mereka seperti yang kita sedia maklum mempunyai agenda tersembunyi iaitu "Ingin dan Sedang Menjajah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak" melalui pendidikan sejarah yang salah.

Maka tepatlah kata-kata seorang ilmuan Timur Barat yang mengatakan bahawa "jikalau anda ingin menghancurkan sesuatu Bangsa dan Negara, anda perlu Putar-Belitkan sejarah Asal-usul Bangsa Mereka agar identiti mereka sebenar tidak diketahui oleh generasi-generasi muda dan akan datang. Dengan itu, mudahlah penguasaan terhadap bangsa tersebut."

Ini adalah pandangan dan kefahaman saya secara peribadi. Jikalau anda tidak bersetuju, itu HAK anda. Dan jikalau anda bersetuju dan ingin kongsikan pandangan ini, itu HAK anda juga. Jikalau anda telah mentafsirkan pandangan ini sebagai "Menghasut", maka saya dengan penuh tegas mengatakan bahawa "Saya TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" terhadap persepsi anda kerana tujuan pandangan ini dikongsikan adalah ingin membuka mata Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dalam satu sudut yang berlainan daripada yang lain khususnya kepada Generasi Muda di kedua-dua Negara iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak.. 

Harap maklum.

Source

Wednesday, 6 August 2014

"Tiada masa, untuk berdiam... Kerana masa telah tiba..."

Sedar atau tidak sedar, suatu penipuan PASTI akan terbongkar dengan sendirinya. Ia umpama durian yang jatuh di dalam belukar, bersembunyi disebalik semak daun. Apabila sampai masanya, ia akan pasti ditemui kerana durian tersebut akan menghasilkan bau yang sangat kuat dan ia akan memudahkan seseorang untuk mencarinya. Demikian juga tindakan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar untuk menjadi kerajaan persekutuan Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, pembentukkan persekutuan Malaysia sebenarnya adalah berlandaskan kepada konsep “United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland” yang mengandungi empat buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat bersekutu dalam satu persekutuan tersebut. Negara-negara tersebut ialah Negara England, Negara Scotland, Negara Wales dan Negara Northern Ireland. Begitu jugalah yang seharusnya dan semestinya terjadi kepada persekutuan Malaysia. 

Credits to Rajah Raqafluze
Persekutuan Malaysia berlandaskan kepada konsep dan kefahaman asal iaitu ia sebenarnya HANYA terdiri daripada EMPAT buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat; Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Negara Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura (tetapi telah dikeluarkan daripada persekutuan oleh kerajaan Malaya) dan akhir sekali ialah persekutuan tanah melayu (malaya). Namun apa yang berlaku kini, konsep dan kefahaman asal telah diubah oleh seorang anggota dalam persekutuan Malaysia dengan niat yang jahat untuk menguasai atau dalam erti kata yang lain untuk menjajah anggota-anggota dalam persekutuan tersebut. Anggota tersebut ialah kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya).

Sila rujuk kepada gambar rajah dibawah.

Credits to SSKM
Dapatkah anda memahami apa yang diperkatakan sebentar tadi melalui gambar rajah diatas ini?

Sekarang, cuba anda rujuk gambar rajah dibawah ini pula dan sila fahaminya.

Credits to SSKM
Dapatkah anda memahami tentang bagaimana kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak di manipulasikan dengan cara menurunkan statusnya daripada Negara kepada negeri?

Credits to SSKM
Inilah yang sebenarnya terjadi kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Atas sebab kesedaran inilah maka timbul semangat untuk berjuang! Berjuang untuk mendapatkan semula Hak Mutlak yang telah kita hilang. Apakah anda yang sudah memahaminya akan merelakan sahaja? Atau mahu melakukan sesuatu? Jikalau anda berbangga mengatakan diri adalah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, sila dengan sepenuh jiwa, sertai perjuangan ini… Jadilah Pejuang Bangsa yang sejati… Bukan pangkat atau darjat yang menjadi perhitungan dalam konteks perjuangan ini tetapi sejauh mana kesungguhan anda untuk bersama-sama mengembalikan Hak Mutlak Kerajaan kita, Kuasa Kemerdekaan dan Kuasa Kedaulatan kita! Sudah 51 tahun lamanya kita telah ditipu dan ditindas, adakah kita mahu memberikan mereka 51 tahun lagi untuk menipu dan menindas kita semua? Suara anak-anak Bangsa kita yang kian membesar ini yang juga merupakan pelapis kepada kita, generasi masa depan kita kini bergantung sepenuhnya terhadap tindakan kita pada hari ini. Apakah kita akan disumpah celaka kerana berdiam dan bodoh tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika kita mempunyai tenaga yang kuat ataupun di kenang sebagai pejuang Bangsa yang dihormati selama-lamanya?
Semuanya kini terletak pada tindakan kita pada hari ini. 


Tiada masa untuk berdiam,
Kerana masa telah tiba,
Tiada erti untuk berputus asa,
Kerana ini baru bermula…

Kuatkan hatimu,
Tempuhi cabaran,
Kita perlu, bersatu hati..

Perjuangan ini, 
Bebaskan Negara,
Dari kuasa peluntur bangsa…


Artikel ini telah dihantar melalui email oleh seorang yang ingin menggelarkan dirinya Bornean Nationalist. Artikel ini tidak dinafikan sangat kontroversi namun pihak UVSB percaya bahawa terdapat kebenaran dalam artikel beliau ini. Jikalau anda merasakan bahawa artikel ini tidak baik untuk dibaca, sila jangan sebarkan. Namun jikalau ia adalah penting untuk diketahui, sila sebarkan mesej ini...

Monday, 14 July 2014

"Tolong Jangan Terlena Sehingga Ku Terabai..."

Dalam usia kecilku memikul beratnya beban ibubapaku. Ku korbankan masa mainku, masa ceriaku dan saat manis bersama guru kesayanganku. Mereka layak mendapatkannya! Namun aku harungi panas terik demi hidup tegarku. Dari jauh ku melihat mereka tertawa bersama, gembira bersama layang-layang diudara bersama sahabat. Dari jauh air mata ku jatuh bersama peluh-peluh derita melihat mereka. Didalam hati ku berbisik “ ya Tuhan, sesungguhnya aku layak menerima hidup seperti itu, berilah harapan kepadaku”. Terbenamnya mentari maka gelap tiba mengisi ruang rumah kotakku, bersama gelap malam bersama burung malam yang sunyi, sepi dan sayu menunggu bulan tiba, begitulah juga hidupku. bersama air mataku terlena dalam khayalan ku….

Ku Tanya ibu ku akan keperluanku namun ibu ku terdiam, ku Tanya ayah ku namun ayah ku tak terdaya kerana derita tubuhnya. Ku hidup dengan tangan kecil ku sendiri, bergantung kepada sisa-sisa buangan manusia yang boleh ku jual. Ku kimpalnya dengan batu hingga tangan kecil ku tak berdaya lagi. Dahulunya tubuh ku berisi dan kini seperti tin kosong yang ku kimpal. Aku budak yang rajin, aku tidak mengharapkan orang lain namun aku sedar yang aku perlukan mereka menghulurkan simpati kepada ku kerana aku tidak berdaya lagi. 

Dalam khayalan ku terdiam dan hati ku berbisik “Kenapa Bumi ini membuat ku derita?” . Ibu ku mengatakan “Bumi ini kaya, lihatlah sebelah kiri mu Hijau, lihatlah sebelah kanan mu kuning dan lihatlah sekeliling mu pulau yang sangat indah” seusia kecilku mampu berfikir akan tuntutan-tuntutan itu terhadap alam ini. Semasa datuk ku kesayang ku belum pergi, datuk ceritakan kepada ku bahawa hak ku sudah hilang dan hak cucu-cucu ku nanti juga akan hilang dirampas oleh manusia jahil. Air mata ku mengalir lagi, dengan siapakah aku bergantung? Siapakah pejuang untuk aku? “ya Tuhan, sesungguhnya itu adalah takdir buat hidupku, aku tidak akan bersyukur”.  Aku tidak mahu hidup di bumi yang kaya ini seperti yang emakku ceritakan kepada ku dangan hidup ku yang derita ini !!!. siapakah yang paduli kepada ku?. Emakku cakap kita ditindas, kenapa? Kenapa kanak-kanak lemah seperti aku dilakukan seperti itu? Sehingga aku menderita di bumi kaya ini. Dimanakah hati murni mereka?

Air mata kanak-kanak itu  mengalir sepanjang tidur hingga ke pagi. Seawal subuh, ayam berkokok menandakan bermulanya derita hidup kanak-kanak itu untuk mencari kehidupan dan berterusan sehingga diakhir hidupnya.

Anak sabahan tidak layak mendapat hidup seperti ini, sabah bumi yang kaya dengan hasilnya yang layak dimiliki oleh mereka. Siapakah yang berhati zalim yang bertopengkan malaikat yang merampas segalanya hak mereka? Tanya hati kita bagaimana kita boleh mengubah takdir kanak-kanak ini? 

Mar Yomon merupakan peserta yang ke-11 untuk Kempen Kesedaran Borneo (Borneo Awareness Campaign). Beliau telah memilih untuk membuat satu bentuk perjalanan cerita mengenai kesusahan seorang anak didalam sebuah keluarga yang susah. Imiganasi beliau tidak jauh daripada realiti yang dialami oleh kebanyakkan anak-anak kecil di Negara Sabah. Berilah sokongan anda kepada beliau dengan menyebarkan artikel beliau semampu yang boleh agar mereka yang membacanya mampu terbuka mata untuk memahami peranan yang perlu diambil untuk menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk.

Saturday, 12 July 2014

Segalanya Di Tangan Kita...

Walau pun saya tidak pernah menyanyikan lagu "Fair Land Sarawak" dan saya tidak pernah mengetahuinya dalam buku sejarah malaysia namun saya yakin moyang-moyangku ku pernah menyanyikannya suatu ketika dahulu. Saya lahir dan menyanyikan lagu "Negeri" yang sekarang iaitu lagu "Ibu Pertiwiku" walaupun saya bangga dan hormat akan lagu Ibu Pertiwiku sarawak namun saya berasa kecewa kerana perkataan "Negara" diubah kepada "Negeri" dalam liriknya. walaupun begitu ia tidak bermakna saya tidak sayangkan Negara saya SARAWAK. 

Jadi, Generasi Muda Negara SABAH dan Negara SARAWAK sedarlah bahawa kita mempunyai kedaulatan dan maruah tanah air kita yang dinafikan oleh pihak tertentu selama ini. Buka mata dan minda anda. Belajarlah dari kesilapan masa lalu iaitu sejarah. Kalau kita tidak tentukan nasib kita sendiri, tidak akan ada orang yang akan tentukan nasib kita. Jikalau ada, mereka akan dan pasti mengambil kesempatan keatas kita. Dan ini sedang berlaku sekarang. Masa depan kita terletak pada diri kita generasi muda sekarang. Cukup-cukuplah kita diperdayakan seperti apa yang kita lihat sekarang dan cukupah kita ditipu selama ini.

Malah selama ini kita ditipu bahawa keluarga Brooke adalah penjajah sedangkan keluarga Brooke adalah Pengasas kepada Negara Sarawak. Ingat kepada generasi muda Negara SARAWAK khasnya, jangan pernah kita melupakan asal usul kita. Kalau tidak ada keluarga Brooke di Negara Sarawak, tidak akan ada sebesar apa yang kita lihat sekarang. Generasi muda di Negara Sabah pula, anda juga perlu tahu bahawa North Borneo Company merupakan pengasas kepada Kerajaan Negara Sabah.

Secara peribadi saya bukan untuk meghasut tetapi ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati bersama-sama untuk kita tegakkan hak kita. Sampai bila kita harus  tunduk kepada mereka, orang malaya? Sampai bilakah kita mampu bertahan melihat maruah dan tanah air kita dihina, dicabuli dan dirampas sedikit demi sedikit? Malah dalam sistem pendidikan pun kita ditipu dengan fakta yang diputar- belitkan oleh pihak tertentu demi menjaga kepentingan mereka??? Adakah kita kita begitu mudah untuk ditipu??? Adakah generasi muda sekarang mahu mengikut kesalahan yang pernah dibuat oleh generasi masa lampau??? Sedarlah, jangan sampai kita sudah tiada apa-apa untuk diperjuangkan barulah kita sedar yang selama ini kita tersilap... 

Cukuplah kita telah ditipu selama ini dan janganlah kita generasi muda juga turut ditipu lagi! Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya hanya tahu menaip dan melaung-laungkanya di alam maya ini tetapi ingatlah bahawa satu hari nanti saya yakin suara perjuangan kita di alam maya akan didengari oleh masyarakat dunia. Hanya masa yang menentukan dan ia terpulang kepada anda Generasi Muda sebagai penentu masa depan........


Dari sarawak; ‪
‎Dum_spiro_spero atau bermaksud "While I breathe, I hope". Jadi jangan kita pernah berhenti berharap dan mengalah selagi kita diberikan peluang untuk berjuang.

Stanley Jupong merupakan seorang anak kelahiran Negara Sarawak. Beliau merupakan peserta yang ke-10 untuk Kempen Kesedaran Borneo (Borneo Awareness Campaign). Luahan perasaan yang terbenam dalam jiwa beliau selama ini telah dikongsikan kepada umum agar semua Generasi Muda Negara Sarawak khususnya dan Generasi Muda Negara Sabah amnya, akan mendapat iktibar dan inspirasi untuk tidak berdiam lagi kerana masanya telah tiba. Sila berikan sokongan anda kepada beliau sebagai tanda sokongan dengan "Like & Share" artikel beliau ini semampu yang boleh.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU



KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU 
Kerana anda kami kehilangan Hak, 
Kerana anda kami dibanjiri PTI, 
Kerana anda kami kehilangan keselamatan,
Kerana anda kami dihina tinggal di atas Pokok.
Kerana anda kami dihina miskin,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kerana anda pentingkan nama,
Kerana anda pentingkan pangkat,
Kerana anda pentingkan wang sendiri,
Anda lupa ramai yg sengsara kerana tindakkan Mu,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kerana anda tidak tahu menjaga Negara,
Anda berikan dengan penjajah Malaya,
Anda berikan kepada pendatang asing,
Kami kehilangan tempat untuk berteduh,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kami menangis dalam perjuangan,
Kami tersungkur dan lalu berdiri,
Kami menangis membayangkan generasi masa depan kami akan sengsara,
Kami menyaksikan mereka sengsara didepan mata kami sendiri, 
Di kala anda sudah hilang ditelan bumi.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Layakkah anda dipanggil nenek moyang kmi,
Layakkah anda dipanggil datuk nenek kami,
Layakkah anda dipanggil ibu bapa kami,
Layakkah anda dipanggil saudara kami. 
Sedangkan anda tidak berjuang menjaga hak dan kedudukan kmi.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Berjuanglah bersama kami,
Sementara anda punya tenaga,
Bantulah kami menuntut hak,
Kami akan mengampuni kesalahanMu,
Kami akan teruskan perjuanganMu,
Itulah peninggalan Mu yg kami akan hargai, 
Setiap namaMu, GenarasiMu akan kami hormati.



Dihasilkan oleh Cinice An 

Monday, 16 June 2014

"Pemuda-Pemudi Semua Marilah, Bangunlah Bersatu Semua...."

Ibarat "keluar mulut harimau, masuk mulut buaya".Sinonim dengan perumpamaan ini begitulah hal yang terjadi kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pada tahun 1962-1966 telah berlaku satu Perang Konfrontasi diantara Indonesia dan "persekutuan malaysia". Ia diketuai oleh Sukarno yang menentang penubuhan ""persekutuan malaysia". Beliau menyatakan bahawa "pembentukan persekutuan malaysia merupakan satu bentuk penjajahan zaman moden."

Apabila "persekutuan malaysia" telah dibentuk maka bermulalah satu bentuk era penjajahan kuasa baru oleh semenanjung tanah melayu. Kita sedia maklum bahawa apabila berlakunya di mana sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain maka ia adalah satu bentuk penjajahan. Terjadinya penguasaan politik dan ekonomi, samada secara langsung atau tidak langsung. Kesudahanya, Negara Sabah tidak mendapatkan kemerdekaan secara hakiki apabila Negara Sabah telah diturunkan taraf daripada sebuah Negara kepada Negeri yang ke-12 dalam "persekutuan malaysia". 

Menurut Datuk Dr. Jeffery Kitingan dalam kenyataanya di dalam The Malaysian Insider bertarikh 6 Mac 2014, beliau mendesak supaya Perjanjian Malaysia dipenuhi justeru pembebasan Borneo. Beliau menjelaskan bahawa banyak pindaan perlembagaan yang dibuat telah menghakis hak dan kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Selain itu, sudah terlalu banyak kekayaan minyak dan sumber Negara Sabah dan Negara Sarawak telah dihakis secara berterusan oleh malaya sedangkan keuntungan yang diperolehi hanya digunakan untuk kepentingan malaya secara keseluruhannya sahaja.

Peranan pemerintah sangat kuat. Di mana pemerintah bertindak dalam semua aspek bermula daripada perencanaan, perlaksanaan hingga ke tahap pengawasan.Dalam hal ini,tingkat harga akan ditentukan oleh pemerintah dan bukannya ditentukan oleh mekanisme pasar. Produksi sudah semestinya dikelolakan dan dimiliki oleh pemerintah.Sedangkan keuntungan yang diperolehi oleh mereka ini akan digunakan untuk kepentingan peribadi tertentu.Ketuanan Melayu dengan rakusnya telah menjarah sumber asli di Sabah dan hasilnya dibawa keluar ke semenanjung bagi tujuan pertumbuhan ekonomi mereka sahaja.Hasilnya, Sabah sendiri menjadi negeri termiskin di dalam Malaysia.

Kesan daripada kenaikan tarif elektrik oleh kerajaan sebenarnya telah memberikan impak yang besar kepada semua pihak.Sektor perindustrian khasnya terkesan dengan impak ini.Pembuatan dan penghasilan produk yang dilihat banyak menggunakan jana kuasa elektrik yang menyebabkan pengeluar primer terpaksa menaikkan harga barangan secara mendadak membuatkan pengguna daripada golongan seisi rumah terbeban.Dasar orang tengah yang turut menaikan harga barang turut menjejaskan orang awam.

Ekoran daripada kenaikan kos sara hidup ini menyebabkan masyarakat yang terbeban tidak ada kelebihan memilih pekerjaan. Kreativiti yang dimiliki terhambat, produktiviti menurun oleh itu produksi dan perekonomian terhenti.Kos hidup semuanya bergantung kepada keputusan politik.Saya sangat berharap berlakunya satu kebangkitan rakyat di mana kita semua akan bangkit agar dapat menemukan dan mengungkapkan kesalahan oleh pemerintah supaya permasalahan ini segera ditangani.

Rakyat Negara Sabah semakin terhimpit dengan kenaikan harga makanan dan bahan api seperti petrol dan elektrik.Walaupun kerajaan Malaysia menyediakan keperluan asas untuk mengurangkan beban rakyat seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan sewaktu dengannya, segala perlaksanaan ini hanyalah sebagai penyelesaian jangka masa pendek dan bersifat tidak telus, malahan mungkin bermotifkan sesuatu berpaksikan kepada jenama 1 Malaysia yang dibawa ke Sabah. 

Umumnya negara memperolehi kebenaran politik berdasarkan penyertaan aktif rakyatnya. Kita sebagai rakyat Negara Sabah mestilah bersama sama menyatukan budaya dan bangsa atau kaum yang ada di Sabah. Sebelum Persekutuan Malaysia dibentuk pada 1963 terdapat sejumlah 700, 000 penduduk di Sabah terdiri daripada kaum kadazan, dusun dan murut.Tetapi setelah kita menyertai Malaysia hanya dianggarkan 400, 000 yang mewakili 40 peratus kepada populasi ini.Sehingga ke hari ini, kita hanya mewakili 19 peratus. Kaum Orang Asal semakin lenyap daripada Sabah diambil alih oleh orang "melayu" (mengikut definisi perlembagaan yang telah digubal; sesiapa yang boleh bercakap bahasa melayu, beragama Islam dan merayakan Hari Raya, mereka secara langsung adalah dikategorikan sebagai orang melayu). Adalah sangat membimbangkan jika bahasa ibunda kita juga turut hilang dari bumi Sabah. 

Dianggarkan sebanyak 1.6 juta penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak yang membentuk 64 peratusan daripada jumlah keseluruhan penganut agama kristian di Malaysia. Ideologi perkauman dan keagamaan yang melampau telah dibawa masuk oleh orang luar ke Sabah. Mereka yang dipimpin oleh orang melayu yang menganut agama islam bukannya berjuang memartabatkan fahaman semata mata.Kebanyakkan kelompok agama tersebut hanya merupakan simbol bukannya motivasi utama untuk memimpin sesetengah kaum.Lebih parah lagi apabila sentimen perkauman yang berlaku di semenanjung turut dibawa bawa ke Sabah. Agama rasmi Malaysia sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo.

Sabah merupakan negeri (Negara) ke-2 terbesar di "malaysia" selepas negeri (Negara) Sarawak. Dasar kapitalisme ekonomi oleh ketuanan melayu menyebabkan banyak tanah penduduk di Negara Sabah telah dirampas untuk dijadikan modal (Felda, Felcra, etc). "Mereka" mengusahakan tanah tersebut untuk meraih keuntungan sebesar-besarnya untuk kepentingan peribadi. "Mereka" telah menjadikan kaum orang asal sebagai hamba di negeri (negara) sendiri. Kita dapat lihat kebergantungan kaum Orang Asal terhadap syarikat-syarikat milik golongan kapitalisme untuk meneruskan hidup. Badan-badan berkait milik kerajaan negeri (negara) sepatutnya memajukan sektor pertanian untuk membantu petani-petani dalam jangka masa panjang untuk kelangsungan hidup dan menghapus dasar kebergantungan ini.

Mereka telah mengabaikan pendidikan moral. Semua kegiatan diambil untuk mencapai tujuan ekonomi mereka. Pendidikan individu telah diabaikan sehinggahkan berlakunya permasalahan sosial seperti pelacuran, pengabaian kanak-kanak dan kecurian. Semua kepuasan kebendaan mereka ialah tujuan utama, sehingga nilai-nilai moral tidak diperhatikan lagi. Mereka mensasarkan masyarakat sebagai permasalahan sosial sedangkan kenyataan sosial tersebut tidak mengancam kestabilan negara. Sebagai contoh, penggunaan kalimah 'Allah'. "Mereka" telah mengabaikan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak, mereka sepatutnya melayan negeri (ngara-negara) Borneo dengan hormat dan memberikan layanan sama rata.

Terdapat begitu ramai anak-anak muda Negara Sabah yang masih menganggur. Ketiadaan peluang pekerjaan menyebabkan mereka hilang arah tuju selepas tamat belajar. Apabila tiada peluang pekerjaan diberi untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di negeri (negara) Sabah, anak-anak muda terpaksa melakukan penghijrahan ke semenanjung tanah melayu (malaya). Terdapat 70 peratus bukan Orang Asal Negara Sabah dihantar ke Sabah untuk mengisi kekosongan jawatan sektor awam kerajaan, selebihnya hanya 30 peratus sahaja Orang Asal Negara Sabah. Kita harus mempersoalkan integrasi kebangsaan yang diwujudkan oleh Malaysia (malaya), ianya sangat bersifat berat sebelah dan tidak ada pengagihan secara sama rata.


Adalah afdal untuk mewujudkan hak kesetaraan dan lebih otonomi untuk Orang Asal Negara Sabah. Nasionalisme Negara Sabah semakin kuat untuk menarik kesetiaan masyarakat terhadap Negara sendiri. Jelaslah bahawa, penglibatan Negara Sabah dalam "persekutuan malaysia" tidak membawa banyak perubahan dari aspek pentadbiran, politik, ekonomi mahupun sosial. Negara Sabah dan lebih teruk lagi ia langsung tidak mengalami sebarang perubahan malah gagal memasuki era baru sebagai sebuah Negara dalam "persekutuan malaysia".

Greylydia Gillod merupakan peserta yang ke-9 dalam Kempen Kesedaran Bangsa Borneo (Borneo Awareness Campaign). Artikel yang dikongsikan oleh beliau penuh dengan kematangan dan memperlihatkan perspektif dalam pelbagai sudut. Berikan sokongan anda dengan menyebarkan buah fikirannya melalui "Share" dan "Like".

Thursday, 17 April 2014

DUN Speaker Sabah MENOLAK USUL "Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas Negara Sabah"

Pada tarikh 14 April 2014 bersamaan dengan hari Isnin, satu Perhimpunan Aman telah dilakukan oleh sekumpulan orang awam bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap dua usul yang ingin dibentangkan  oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G. Kitingan.

Beberapa orang awam sudah berkumpul seawal jam 8.30 pagi di luar pagar DUN. Di sebabkan orang awam tidak berpakaian formal, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan persidangan pada hari tersebut. Keadaan di luar pagar DUN Sabah, lebih kurang jam 9.15 pagi, bilangan orang yang datang semakin bertambah, dalam anggaran lebih daripada 60 orang yang hadir.  Yang hadir terdiri daripada golongan generasi muda dan veteran. 

Disebabkan hanya mereka yang berpakaian formal ketika itu dibenarkan masuk, saya dan beberapa rakan berkesempatan untuk turut serta dalam menyaksikan Persidangan di Dewan Undangan Negeri (NEGARA). Tepat pada jam 10.00 pagi, Persidangan telah bermula dengan bacaan doa dan seterusnya pembentangan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Sabah, diikuti dengan Menteri yang lain dan seterusnya ADUN. ADUN dari Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers) Negeri Melaka yang diketuai oleh Speaker DUN Melaka ketika itu telah datang berkunjung dan turut serta dalam dewan menyaksikan Persidangan tersebut.

Saya dan beberapa rakan yang lainnya datang hanya untuk menyaksikan dan menyokong dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB.Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan, iaitu usul mengenai “Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas Negara Sabah” tapi malangnya pembentangan ditolak oleh Tuan Speaker atas alasan lambat dan tidak diterangkan atas peraturan apa yang digunakan untuk membentangkan usul tersebut.


Mendengar Tuan Speaker berkata demikian, terpancar kekecewaan di wajah-wajah beberapa rakan yang turut hadir dalam dewan ketika itu. Dalam hati pasti ada yang tertanya-tanya mengapa usul yang ingin dibentangkan tidak diterima. Kalau dikatakan ianya tidak penting, itu sesekali tidak masuk akal, sebab kenapa? Sebab usul yang ingin dibentangkan itu adalah soal kepentingan rakyat Negara Sabah dan juga untuk kepentingan generasi yang akan datang.

Walaubagaimanapun, Persidangan tetap diteruskan dengan membincangkan dan membentangkan usul yang dibawa oleh ADUN masing-masing. Dalam Persidangan tersebut, walaupun usul yang ingin dibentangkan oleh YB. Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan tidak dapat dibentangkan, beliau tetap menyelitkan soal mengenai hak-hak dalam setiap sesi soal jawab sepanjang berada di dalam dewan tersebut.

Dan kira-kira jam 5.00 petang, Persidangan pada hari tersebut telah berakhir. Walaupun di dalam Dewan Undangan Negeri (NEGARA), motion ditolak atas alasan ataupun masalah teknikal tetapi, ketika  berada diluar pagar Dewan Undanga Negeri (NEGARA), Pejuang berjaya menyerahkan memorendum berkaitan kepada kedua-dua Timbalan Speaker DUN iaitu Datuk Johnny Mositon dan Datuk Johnson Tee.


Tahniah kepada Pejuang-pejuang dan terima kasih kepada warga Sabahan yang sentiasa menyokong. Teruskan menyokong. Ini baru permulaan. Kepada generasi muda Sabahan, mari bangkit bersama menuntut Hak kita yang sudah dirampas oleh si penjajah. Jangan takut sebab kita tidak akan berjalan sendiri. “You’ll Never Walk Alone” Come together we fight for our right. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? BAH ! HARAPAN !


Tak kan mau yang ‘mumu-mumu’ lagi kita dapat kan?. Belum terlambat kalau kau, saya dan kita bersatu. Come Sabahan!!



Friday, 11 April 2014

Rakyat Negara Sabah menyokong sepenuhnya Usul Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas

Kota Kinabalu: Satu Undian rawak secara online telah dijalankan oleh sebuah Page Facebook yang bernama "The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia" telah menarik perhatian sebanyak 1409 orang untuk menyatakan sokongan mereka terhadap usul yang bakal dibawakan oleh seorang YB daripada Negara Sabah iaitu YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Usul yang bakal dibawakan oleh beliau adalah usul "Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963" dan "Hak Pemilikan Minyak & Gas". Diramalkan melalui kenyataan yang disampaikan oleh beliau baru-baru ini, usul ini akan dibentangkan pada 14 April dan 17 April 2014.

Sebaik sahaja Undian secara online dipaparkan dalam Page Facebook tersebut pada 3 April 2014, ia telah mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakan di Negara Sabah mahupun di Negara Sarawak. Jumlah yang telah dikongsikan adalah sebanyak 873 dan jumlah "like" adalah sebanyak 2763.

Daripada 1,409 jumlah orang yang telah mengundi secara online, sebanyak 15 orang sahaja yang "Tidak" bersetuju untuk usul ini dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah manakala sebanyak 1,394 orang telah bersetuju untuk usul ini dibentangkan di DUN Sabah. Secara peratusannya, hanya 1.1% sahaja yang menentang akan usul ini manakala sebanyak 98.9% orang menyokong akan usul ini dibawakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Daripada komen-komen yang diberikan dalam Page Facebook dibawah pos Undian online ini dan juga salah satu poster mengenai kenyataan YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berhubung usul tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan. Beberapa pengguna Facebook telah memberikan pandangan mereka terhadap usul ini.

En.Rayner salah seorang pengguna Facebook telah memberikan komennya dengan mengatakan bahawa demi Hak Sabahan dan kepentingan semua Sabahan. Sekarang dan masa depan generasi Sabahan yang mana Sabah telah sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia. Saya setuju 100%. En.Roslan Kuruak Mohd Roslan juga seorang pengguna halaman social tersebut mengatakan bahawa sudah tiba masanya kita lenyapkan kuasa malaya keatas negara kita, Sabah. Sudah waktunya orang kita menikmati hasil bumi sendiri tanpa campurtangan malaya. Saya sokong 100% Manakala En.Pete Malone Petrus juga menyokong kenyataan mereka dan juga usul tersebut melalui komennya iaitu beliau mengatakan bahawa kalaulah Negara Sabah dan Negara Sarawak dapat dijaga kemajuan dan pembangunannya, tiada juga kita bising isu ini. This is 13 Mei all over again. Jelas jurang perbezaan ekonomi kita dengan Malaya. Ini sudahlah miskin, hak pun tidak kena hormat. Memang natural lah rakyat mahu revolt bangkit. Jangan risau Dr.Jeffrey. Sejuta Rakyat Negara Sabah dibelakang Datuk.


Kesimpulan yang dapat dibuat daripada undian online ini ialah rakyat Negara Sabah menyokong penuh usul-usul yang dibawakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan ke DUN Sabah. Sokongan penuh ini harus dipandang serius oleh Dewan Speaker DUN Sabah agar tidak menolak usul-usul tersebut. Penolakkan usul-usul ini bakal mengundang pelbagai spekulasi yang negatif. Usul ini juga tidak mengira parti-parti politik untuk menyokongnya kerana ia bersifat neutral dan harus mendapat sokongan penuh oleh semua pemimpin-pemimpin Negara Sabah. Ia bakal melakar sejarah baru untuk menjadi renungan kepada Generasi Muda dimasa depan. Maka dengan itu, semua pemimpin dimohon untuk melakukan yang terbaik untuk Bangsa Negara Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...