Friday, 15 November 2013

Kalaulah Suatu Hari Nanti Negara Sabah Dan Negara Sarawak Sudah 'Betul-Betul' Jatuh Ke Dalam Tangan Si 'Penjajah'

Saya sangat tidak suka bila ada orang di luar sana yang mentertawakan perjuangan Anak Muda / Generasi muda teutamanya mereka-mereka yang ada di Negara Sabah ini sendiri. Kenapa mahu ditertawakan? Kenapa bukan mahu menyokong dan turut serta dalam perjuangan ini?

Kalau bukan Generasi Muda, siapa lagi yang akan menggantikan tempat-tempat pemimpin di masa akan datang? Siapa lagi harapan yang mahu memperjuangkan hak sebenar Negara Sabah dan Negara Sarawak? Mengharapkan pemimpin sekarang??? Belum tentu mereka boleh hidup sampai 100 tahun. 

Kalau anda sedar, anda akan bertindak dan bukan mentertawakan mereka yang bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan hak sebenar Negara Sabah atau Negara Sarawak. Jangan tanya apa Negara boleh bantu kamu, tapi tanya apakah yang anda sudah membantu kepada Negara anda???

Mungkin sekarang anda semua masih boleh mentertawakan perjuangan Generasi Muda dengan mengatakan, "Budak mentah" , "Minta Puji" , "tidak tahu apa-apa

Tapi saya yakin satu hari nanti anda akan menyesal kerana tidak turut serata dalam perjuangan ini. 

Ketawalah sepuas-puasnya. Kalaulah suatu hari nanti Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah 'betul-betul' jatuh ke dalam tangan si 'penjajah', dan hak-hak Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah tidak lagi kelihatan, anda menangis darah sekali pun tidak mungkin berkesempatan untuk memulikan keadaan tersebut!

Jadi sekarang ini, selagi punyai kesempatan, marilah bersama-sama bangkit memperjuangkan hak kita. Hak Negara Sabah dan Negara Sarawak!

Katakanlah... "WE ARE THE FUTURE OF SABAH AND SARAWAK!"


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...