Pada 27 haribulan 2013 bersamaan
dengan hari ahad yang lepas saya telah menyertai satu ceramah yang telah
diadakan di Muzium Sabah mengenai Keusahawanan dan cara-cara untuk menjana
pendapatan. Ceramah tersebut bermula pada jam 3.00 dan berakhir pada jam 5.00 pada petang itu
dan pada hari itu cuaca sangat baik untuk memudahkan perjalanan saya sampai ke
tempat itu. Walaupun sedikit lewat tiba ke tempat itu namun masih banyak
perkara yang saya ingin kongsikan dan kami hanya hanya lebih kurang 20 orang
sahaja yang menghadiri ceramah tersebut.
Setibanya di sana, saya beserta
dua orang rakan saya bersedia untuk mengambil tempat duduk dan mula mendengar tersebut
walaupun ianya sudahpun bermula. Salah satu perkara yang saya pelajari daripada
ceramah tersebut ialah bagaimana kita boleh menjana pendapatan kita dalam
kehidupan sehari-hari yang kita mungkin tidak sedari. Puan Carol Fung berkongsi
bahawa salah satu benda yang boleh kita jadikan sebagai bahan perniagaan kita
ialah dengan menjual apa-apa sahaja barang terpakai atau yang tidak digunakan
oleh kita. Kita mungkin tidak menyedari bahawa benda yang boleh kita jadikan
sebagai salah satu bahan jualan kita ialah “benda” yang dianggap remeh iaitu barang percuma yang kita perolehi daripada satu
pembelian barangan di kedai. Sebagai contoh, apabila kita membeli “colgate”
dalam jumlah yang banyak kita akan memperoleh percuma seperti cawan atau
kontena dan sekiranya kita memerlukan barang-barang tersebut kita boleh
menjualnya kepada sesiapa pun maka dengan itu ia adalah salah satu cara
bagaimana kita boleh menjana pendapat kita dalam kehidupan seharian. Sekiranya
kita tidak mempunyai sebarang modal maka kita boleh mulakan ia dari rumah
terlebih dahulu sebagai contoh yang telah diberikan di atas.
Selain itu, Puan Carol Fung
telah berkongsi satu perkara yang amat
menarik dan saya fikir sangat membantu di dalam menjana dana di dalam
Pertubuhan kita iaitu dengan mendaftarkan diri untuk mendapatkan Lesen Berniaga
dan menurut Puan Fung lagi, ianya boleh diperoleh dengan RM20 sahaja. Setelah
mendapatkan lesen tersebut maka beliau juga menyarankan supaya mendaftar di
dalam website www.weebly.com dengan
secepatnya untuk membina “website” kita dalam memulakan perniagaan kita atas
talian. Tetapi sebelum itu, Puan Fung menasihati agar sebelum kita bersedia
untuk “publish” website kita hendaklah menunjukkan kepada beliau terlebih
dahulu untuk meminta pandangan mengenai website tersebut sekiranya terdapat
penambahbaikan atau cadangan beliau. Melalui ceramah tersebut, apa yang saya
peroleh ialah bagaimana kita dapat dapat menjana pendapatan kita ialah dengan
memulainya dari rumah anda dan membuat perniagaan secara atas talian dan beliau
juga menyarankan untuk membeli bukunya mengenai bagaimana memulakan bisnes
tersebut dan buku tersebut boleh diperoleh di kedai buku Popular yang ada di
Centre Point Kota Kinabalu dengan nombor sirinya iaitu ISBN : 978-9674151287.
Buku ini sangat penting dalam membantu kita lebih memahami kita bagaimana untuk
memulakan sesuatu bisnes secara atas talian.
Ceramah pada petang itu berakhir
dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur dan berakhir pada jam
5.00 petang itu.
Laporan disediakan oleh,
(HARNEFER JOHUMIN)
Presiden UVSB (SABAH).
0 comments :
Post a Comment