Wednesday, 20 November 2013

"Pertama kali mengetahui Negara Sabah dan Negara Sarawak mempunyai tarikh Kemerdekaan yang berbeza dengan Tanah Melayu"

Saya sangat bangga menjadi salah seorang anak muda Negara Sabah yang berani menyahut cabaran untuk bersama-sama menuntut hak Negara Sabah yang sudah dilupakan. Jujur saya katakan bahawa saya pernah menidakkan/menafikan 31 Ogos 1963 sebagai Hari Kemerdekaan Negara Sabah kerana manipulasi fakta yang mengatakan "Negeri Sabah" Merdeka 31 ogos 1957. Namun begitu, saya sangat bersyukur kerana adanya peluang belajar di IPTA membantu saya untuk sedar bahawa Negara Sabah telah Merdeka pada 31 Ogos 1963 dan selamanya TETAP MERDEKA

Suatu ketika saya sangat beremosi apabila rakan dari Negara Sarawak yang menangis kerana Pertama kali mengetahui Negara Sabah dan Negara Sarawak mempunyai tarikh Kemerdekaan yang berbeza dengan Tanah Melayu. Semangat saya ketika itu semakin berkobar-kobar untuk berjuang untuk Negara Sabah yang tercinta. Namun begitu, saya disedarkan daripada kebencian yang sangat mendalam kepada pemimpin-pemimpin Malaya dan pemimpin kita sendiri yang hanya mementingkan kepentingan peribadi sehingga maruah dan hak rakyat Sabah tergadai. “Belajarlah sejarah utk memperbaiki masa depan kita, bukan belajar sejarah untuk menghancurkan orang lain”. Apa bezanya kita dengan pemimpin Malaya sekiranya kita bertindak hanya berdasarkan emosi semata-mata?


Walaupun saya sendiri melihat orang asal ditindas di bumi sendiri, saya masih optimis terhadap MALAYSIA. Saya tetap percaya suatu ketika nanti, orang asal akan mendapat kembali hak-hak yang dilupakan ataupun yang terlepas daripada tangan kita. 

We are the Future of Sabah

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...