Monday 18 November 2013

MUSLIM DI ANTARA BERJUTA KRISTIAN

Testimony Haji Julaihi Haji Suut 

Memang mudah bagi Muslim di Semenanjung Malaysia nak diskriminasi agama lain, kerana mereka lebih ramai daripada orang bukan Islam. Bayangkan kedudukan pakcik pulak. Pakcik adalah minoriti di kalangan orang-orang Kristian yang majoriti besar di Sarawak. Tetapi mereka tak pernah buat zalim pada pakcik semata-mata perbezaan agama. 

Dan bila pakcik melawat saudara-saudara di kampung, mereka sanggup beli pinggan mangkuk dan kuali yang baru untuk kegunaan pakcik. Entah siapa yang ajar mereka tapi mereka tahu halal-haram bagi orang Islam. Bahkan bila azan berkumandang di kaca TV, mereka tak pergi tukar channel. Kanak-kanak ditegur supaya tak buat bising sepanjang Azan.

Pakcik bukan nak bagi dakwah pro-Kristian di sini, jangan salah anggap. Mesej yang penting di sini ialah TOLERANSI hidup bermasyarakat. Orang-orang Islam di Semenanjung Malaysia bukan nya tahu pun maksud toleransi yang betul-betul toleransi. Mereka cuma tahu dan mahu ber-toleransi di musim-musim pilihanraya umum sahaja. Betul tak cakap pakcik?

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...