Friday, 8 November 2013

Sebagai seorang yang "SEDAR"...

        

       Sebagai seorang yang sedar, saya sangat berasa kecewa dan sakit hati bila saya bertanya kepada generasi muda di luar sana tentang pendapat dan pandangan mereka mengenai politik zaman sekarang terutamanya politik di tempat kita sendiri. Dengan panjang lebar saya bertanya, menjelaskan dan berkata-kata, mudah saja mereka memberi jawaban, “Sorry, I don’t like politic. Saya tidak berminat”.

Bagi kamu, sebagai seorang yang sedar apa perasaan kamu bila kamu dijawab begitu??.. Kecewa bukan??.. Apa yang perlu kita buat untuk membawa mereka untuk lebih menyedari keadaan sebenar yang sedang Negara kita Sabah dan Sarawak alami sekarang?. Kita semakin hari bukan semakin merasa selesa, bebas atau apa, tapi kita semakin hari semakin rasa tidak selesa, bukan?. Tidak selesa dengan omongan kosong, tidak selesa dengan kedatangan orang asing tanpa dokumen (PTI), dan banyak lagi ketidak selesaan yang kita rasa dan alami. Generasi muda, apakah kamu rasa kamu selesa dengan kedudukanmu di Persekutuan Malaysia sekarang ini?. Apakah kamu selesa diperlaku seperti ‘orang gaji’ di persekutuan ini?. Adakah kamu tahu yang kita (Sabah&Sarawak) sebenarnya ini bukanlah sebuah negeri??. Adakah kamu tahu kedudukan sebenar kita (Sabah&Sarawak)?. Kita membentuk persekutuan ini, bukannya menjadi ‘negeri’ seperti negeri-negeri dalam Malaya.
Gambar (I)
Gambar (I) di atas menunjukkan, kita sebenarnya sebuah Negara. Apa tindakan kita?. Dari mana kita harus memulakakannya?. Bukan saja hak kita sebagai sebuah Negara yang ‘dirampas’ tapi sedarkah kamu bahawa semua hasil yang dikeluarkan oleh kita (Sabah dan Sarawak) juga ‘dirampas’??. Tidak rasa ‘marah’ kah kamu dengan semua ini??.. Selesakah kamu diperbuat seperti ini??.. Siapa yang harus kita salahkan??. Pemimpin terdahulu??.. Siapa yang harus menegakkan kembali kebenaran??.. Mereka juga kah??.. Politik bukan saja seperti apa yang kita lihat di media massa sekarang, yang keluar di kaca TV atau yang hanya menjadi ‘wakil rakyat’. “Media bukan pembawa kebenaran terakhir, media hanya dari ikhtiar bersama untuk menemukan apa yang benar”(Mahfud MD).

Ini juga politik! Kita harus menegakkan kembali apa yang sudah hampir rebah!. You say you don’t like politic, but how about your kids in the future??. Mahukah kamu mereka juga rasa ketidakadilan ini seperti apa yang kita rasa? Ketidakselesaan seperti apa yang kita rasa ini? Mahukah kamu terus menerus diperlaku sebegini? Kita selalunya cakap saja besar, “We want to out from Malaysia!”, komen itu komen ini, tapi mana tindakan kamu sebagai Orang Asal Negara Sabah??. Orang Asal Negara Sarawak??. Apakah kamu sudah bangun dari mimpi lena mu?? Bila ada di antara rakan kamu yang cuba membawa kamu untuk sedar, apa tindakan kamu?. Apa yang kamu katakan kepada mereka??. “Wow!.Hebat politik oohh!” , “Wow! Orang politik bah ni” , “Uiseh! Kau buat saja bah, kau kan hebat” , “Saya belum tua, saya tidak main politik” .
Adakah kamu sedar dengan kata-kata kamu itu??? Kamu mau tunggu jadi tua dulu baru mau melibatkan diri?? Wake up!! Sekarang inilah masa kita. Kamu mahu terus dijajah?? Kamu tahu, kamu sedar dan kamu rasa ketidakadilan sedang berlaku di tempat kita sekarang, bukan baru sekarang tapi dari dulu. Tapi kenapa masih berdiam??? ‘menyalak’ saja lebih.

                Sekarang inilah kita sebagai generasi muda harus mengambil tahu, memulakan langkah, harus sedar akan keadaan sekeliling kita setiap hari. Perubahan apa yang kita dapat sekarang? Bila lagi kita mahu beranikan diri mengeluarkan suara menuntut kebenaran?? Mahukah kita terus-terus dikatakan ‘penakut’ oleh mereka di seberang sana? Jangan biarkan mereka terus menerus memperbodohkan kita. Buka mata hati dan fikiran!. Lihat keadaan Tanah Kelahiran kita yang kaya dengan sumber ini.

Ayuh generasi muda, mari bersama membuka mata si ‘pemimpin’ kita sekarang. Ayuh bersama menyedarkan mereka bahawa masa depan kita itu semakin tidak kelihatan cahayanya. Ayuh generasi muda, kitalah yang menentukan segalanya. ‘Pemimpin’ itu tiada jika kita tidak menyokong mereka, ‘Pemimpin’ itu tidak akan sedar selagi rakyatnya tidak bersuara. Lihat saja perkembangan di kawasan kita, di sekeliling kita. Adakah mereka sedar akan keadaan kalau tidak ada yang melaporkannya??? Begitu juga dengan hak kita, adakah ‘pemimpin’ itu sendiri sedar akan hak kita sebagai Orang Asal Negara Sabah dan Sarawak kalau kita tidak bersuara?? Terjaga kah mereka kalau kita tidak kejutkan??

                Bagaimanakah kita harus membantu mereka yang tidak mengetahui apa-apa, yang masih ‘kabur’ pengelihatannya kalau ‘pemimpin’ sendiri berkerjasama dengan ‘orang luar’?? Bagaimana kita mahu menolak si ‘penjajah’ sedangkan si ‘pemimpin’ sendiri berkerjasama membantu si ‘penjajah’ itu?? Sedarkah si ‘pemimpin’ yang Negara kita Sabah dan Sarawak sedang dijajah??. Seperti yang di katakan oleh seorang ahli politik Republik Indonesia, Bung Karno, dia mengatakan, “Aku tidak mahu mengambil sesuatu dari rakyatku. Aku justeru ingin memberi mereka”. Renungkan dan bandingkan apa yang kita alami di Negara kita Sabah dan Sarawak?? Adakah kita diberi sesuatu? Ya memang ada, seperti yang kita tahu, banyak bantuan. Tapi sedarkah kamu bahawa bantuan yang diberi itu sebenarnya darimana?? Kesiannya Negara Sabah dan Sarawak ini. Mahu salahkan siapa?? Tepuk dada tanya diri sendiri. Kamu sebenarnya sedar tapi ‘buat-buat tidak tahu’ dan ‘buat-buat’ buta untuk melihat kebenaran itu.

Rakan saya, Lawrence Loren pernah mengatakan, “Sejarah menimbulkan kesedaran, kesedaran menimbulkan semangat, dan semangat menimbulkan tindakan. Maka, bertindaklah sebagai Orang Sabah dan Sarawak yang berjuang untuk NEGARA SABAH dan SARAWAK”. Bersemangatkah kamu setelah mengetahui sejarah sebenar Sabah dan Sarawak?? Sekali lagi, apa tindakan kamu??
Gambar (II)
Kita boleh tahu mesej apa yang ingin disampaikan kepada kita melalui Gambar (II) di atas. Without Sabah dan Sarawak, apa yang akan terjadi kepada Malaya?? Jatuh bukan?? Tapi sebagai ‘tiang’ apa yang kita dapat?? Hanya dipukul ombak, hanya ditumbuhi oleh lumut, hanya menjadi tempat pembiakan hidupan air. Sanggup menjadi ‘tiang’ tapi apa yang kita dapat?? Kesenangan?? Kemudahan??. Keselesaan?? Apa yang kita dapat??? Hasil yang kita keluarkan memajukan kawasan si ‘penjajah’ tapi kawasan kita apa yang kita ada?? Apa yang kita dapat?? Mungkin si ‘pemimpin’ hidup mewah, hidup ‘senang’ sebab menjadi ‘kerbau’ kepada ‘tuannya’. Ditarik, disuruh kerja dan diberi makan. Tapi adakah si ‘pemimpin’ ini terfikir atau sedar mereka yang hidup di pedalaman?? Yang kononnya si ‘jiran sebelah’ katakan masih tinggal di atas pokok?? Adakah mereka hidup senang seperti si ‘pemimpin’?

Mahfud MD mengatakan, “Jangan sesekali melawan arus kepentingan rakyat”. Tapi apa kata wahai kamu Orang Asal Negara Sabah dan Sarawak??. Adakah kepentingan kamu diutamakan?.
                Bangkit! Generasi muda! Kitalah yang akan mengubahnya! Kitalah yang akan mengubah nasib kita! Kitalah yang akan mengubah masa depan kita. Kita mungkin akan berhadapan dengan bermacam dugaan hanya untuk membawa mereka untuk sedar dan yang paling menyedihkan ialah mungkin kita akan dipulaukan sendiri oleh rakan-rakan kita. Tapi jangan jatuh! Tunjukkan kepada mereka melalui tindakan, perjuangan dan perbuatan kita. Mari bersama menyedarkan antara satu dengan yang lain. Bangun dari tidur. Berjuang menuntut kebenaran.

                “Dalam sejarah menyimpan semua rahsia kebenaran dan kenegaraan”(Sir Wiston Leonard). Kitalah yang akan membongkar rahsia kebenaran dan sejarah itu akan ditulis oleh para pemenang. Kita semua adalah cacing-cacing! Tetapi saya percaya jika kita adalah cacing yang berkilauan!. Tiada guna mengatakan “Kami telah melakukan yang terbaik”. Kita harus sukses melakukan apa yang diperlukan. Sedarkah kamu??? Mari bangun! Tegakkan keadilan! Suarakan Kebenaran! Jangan takut kita sedang membina satu cahaya untuk menerangi mereka yang lain. Dan saya melihat sudah ada sedikit cahaya yang terkumpul. Marilah sama-sama kita menjadi cahaya itu. Cheers! Everyone! Together we will fight! Fight for our right!

4 comments :

  1. teuskan perjuangan kita untuk bangkit dan mendapatkan semula kedaulatan Sabah dan Sarawak!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan moral anda... Untuk itu, bantulah perjuangan ini sebab kalau bukan kita, siapa lagi? Maka, bersama-samalah kita dalam perjuangan ini....

    ReplyDelete
  3. Saya sangat berharap belia pada hari ini akan sedar dan kita akan bersatu untuk menjadi pemimpin sabah...teruskan usaha...

    ReplyDelete
  4. semoga kesedaran ini terus dipupuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...