We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Monday 14 July 2014

"Tolong Jangan Terlena Sehingga Ku Terabai..."

Dalam usia kecilku memikul beratnya beban ibubapaku. Ku korbankan masa mainku, masa ceriaku dan saat manis bersama guru kesayanganku. Mereka layak mendapatkannya! Namun aku harungi panas terik demi hidup tegarku. Dari jauh ku melihat mereka tertawa bersama, gembira bersama layang-layang diudara bersama sahabat. Dari jauh air mata ku jatuh bersama peluh-peluh derita melihat mereka. Didalam hati ku berbisik “ ya Tuhan, sesungguhnya aku layak menerima hidup seperti itu, berilah harapan kepadaku”. Terbenamnya mentari maka gelap tiba mengisi ruang rumah kotakku, bersama gelap malam bersama burung malam yang sunyi, sepi dan sayu menunggu bulan tiba, begitulah juga hidupku. bersama air mataku terlena dalam khayalan ku….

Ku Tanya ibu ku akan keperluanku namun ibu ku terdiam, ku Tanya ayah ku namun ayah ku tak terdaya kerana derita tubuhnya. Ku hidup dengan tangan kecil ku sendiri, bergantung kepada sisa-sisa buangan manusia yang boleh ku jual. Ku kimpalnya dengan batu hingga tangan kecil ku tak berdaya lagi. Dahulunya tubuh ku berisi dan kini seperti tin kosong yang ku kimpal. Aku budak yang rajin, aku tidak mengharapkan orang lain namun aku sedar yang aku perlukan mereka menghulurkan simpati kepada ku kerana aku tidak berdaya lagi. 

Dalam khayalan ku terdiam dan hati ku berbisik “Kenapa Bumi ini membuat ku derita?” . Ibu ku mengatakan “Bumi ini kaya, lihatlah sebelah kiri mu Hijau, lihatlah sebelah kanan mu kuning dan lihatlah sekeliling mu pulau yang sangat indah” seusia kecilku mampu berfikir akan tuntutan-tuntutan itu terhadap alam ini. Semasa datuk ku kesayang ku belum pergi, datuk ceritakan kepada ku bahawa hak ku sudah hilang dan hak cucu-cucu ku nanti juga akan hilang dirampas oleh manusia jahil. Air mata ku mengalir lagi, dengan siapakah aku bergantung? Siapakah pejuang untuk aku? “ya Tuhan, sesungguhnya itu adalah takdir buat hidupku, aku tidak akan bersyukur”.  Aku tidak mahu hidup di bumi yang kaya ini seperti yang emakku ceritakan kepada ku dangan hidup ku yang derita ini !!!. siapakah yang paduli kepada ku?. Emakku cakap kita ditindas, kenapa? Kenapa kanak-kanak lemah seperti aku dilakukan seperti itu? Sehingga aku menderita di bumi kaya ini. Dimanakah hati murni mereka?

Air mata kanak-kanak itu  mengalir sepanjang tidur hingga ke pagi. Seawal subuh, ayam berkokok menandakan bermulanya derita hidup kanak-kanak itu untuk mencari kehidupan dan berterusan sehingga diakhir hidupnya.

Anak sabahan tidak layak mendapat hidup seperti ini, sabah bumi yang kaya dengan hasilnya yang layak dimiliki oleh mereka. Siapakah yang berhati zalim yang bertopengkan malaikat yang merampas segalanya hak mereka? Tanya hati kita bagaimana kita boleh mengubah takdir kanak-kanak ini? 

Mar Yomon merupakan peserta yang ke-11 untuk Kempen Kesedaran Borneo (Borneo Awareness Campaign). Beliau telah memilih untuk membuat satu bentuk perjalanan cerita mengenai kesusahan seorang anak didalam sebuah keluarga yang susah. Imiganasi beliau tidak jauh daripada realiti yang dialami oleh kebanyakkan anak-anak kecil di Negara Sabah. Berilah sokongan anda kepada beliau dengan menyebarkan artikel beliau semampu yang boleh agar mereka yang membacanya mampu terbuka mata untuk memahami peranan yang perlu diambil untuk menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk.

Saturday 12 July 2014

Segalanya Di Tangan Kita...

Walau pun saya tidak pernah menyanyikan lagu "Fair Land Sarawak" dan saya tidak pernah mengetahuinya dalam buku sejarah malaysia namun saya yakin moyang-moyangku ku pernah menyanyikannya suatu ketika dahulu. Saya lahir dan menyanyikan lagu "Negeri" yang sekarang iaitu lagu "Ibu Pertiwiku" walaupun saya bangga dan hormat akan lagu Ibu Pertiwiku sarawak namun saya berasa kecewa kerana perkataan "Negara" diubah kepada "Negeri" dalam liriknya. walaupun begitu ia tidak bermakna saya tidak sayangkan Negara saya SARAWAK. 

Jadi, Generasi Muda Negara SABAH dan Negara SARAWAK sedarlah bahawa kita mempunyai kedaulatan dan maruah tanah air kita yang dinafikan oleh pihak tertentu selama ini. Buka mata dan minda anda. Belajarlah dari kesilapan masa lalu iaitu sejarah. Kalau kita tidak tentukan nasib kita sendiri, tidak akan ada orang yang akan tentukan nasib kita. Jikalau ada, mereka akan dan pasti mengambil kesempatan keatas kita. Dan ini sedang berlaku sekarang. Masa depan kita terletak pada diri kita generasi muda sekarang. Cukup-cukuplah kita diperdayakan seperti apa yang kita lihat sekarang dan cukupah kita ditipu selama ini.

Malah selama ini kita ditipu bahawa keluarga Brooke adalah penjajah sedangkan keluarga Brooke adalah Pengasas kepada Negara Sarawak. Ingat kepada generasi muda Negara SARAWAK khasnya, jangan pernah kita melupakan asal usul kita. Kalau tidak ada keluarga Brooke di Negara Sarawak, tidak akan ada sebesar apa yang kita lihat sekarang. Generasi muda di Negara Sabah pula, anda juga perlu tahu bahawa North Borneo Company merupakan pengasas kepada Kerajaan Negara Sabah.

Secara peribadi saya bukan untuk meghasut tetapi ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati bersama-sama untuk kita tegakkan hak kita. Sampai bila kita harus  tunduk kepada mereka, orang malaya? Sampai bilakah kita mampu bertahan melihat maruah dan tanah air kita dihina, dicabuli dan dirampas sedikit demi sedikit? Malah dalam sistem pendidikan pun kita ditipu dengan fakta yang diputar- belitkan oleh pihak tertentu demi menjaga kepentingan mereka??? Adakah kita kita begitu mudah untuk ditipu??? Adakah generasi muda sekarang mahu mengikut kesalahan yang pernah dibuat oleh generasi masa lampau??? Sedarlah, jangan sampai kita sudah tiada apa-apa untuk diperjuangkan barulah kita sedar yang selama ini kita tersilap... 

Cukuplah kita telah ditipu selama ini dan janganlah kita generasi muda juga turut ditipu lagi! Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya hanya tahu menaip dan melaung-laungkanya di alam maya ini tetapi ingatlah bahawa satu hari nanti saya yakin suara perjuangan kita di alam maya akan didengari oleh masyarakat dunia. Hanya masa yang menentukan dan ia terpulang kepada anda Generasi Muda sebagai penentu masa depan........


Dari sarawak; ‪
‎Dum_spiro_spero atau bermaksud "While I breathe, I hope". Jadi jangan kita pernah berhenti berharap dan mengalah selagi kita diberikan peluang untuk berjuang.

Stanley Jupong merupakan seorang anak kelahiran Negara Sarawak. Beliau merupakan peserta yang ke-10 untuk Kempen Kesedaran Borneo (Borneo Awareness Campaign). Luahan perasaan yang terbenam dalam jiwa beliau selama ini telah dikongsikan kepada umum agar semua Generasi Muda Negara Sarawak khususnya dan Generasi Muda Negara Sabah amnya, akan mendapat iktibar dan inspirasi untuk tidak berdiam lagi kerana masanya telah tiba. Sila berikan sokongan anda kepada beliau sebagai tanda sokongan dengan "Like & Share" artikel beliau ini semampu yang boleh.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU



KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU 
Kerana anda kami kehilangan Hak, 
Kerana anda kami dibanjiri PTI, 
Kerana anda kami kehilangan keselamatan,
Kerana anda kami dihina tinggal di atas Pokok.
Kerana anda kami dihina miskin,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kerana anda pentingkan nama,
Kerana anda pentingkan pangkat,
Kerana anda pentingkan wang sendiri,
Anda lupa ramai yg sengsara kerana tindakkan Mu,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kerana anda tidak tahu menjaga Negara,
Anda berikan dengan penjajah Malaya,
Anda berikan kepada pendatang asing,
Kami kehilangan tempat untuk berteduh,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kami menangis dalam perjuangan,
Kami tersungkur dan lalu berdiri,
Kami menangis membayangkan generasi masa depan kami akan sengsara,
Kami menyaksikan mereka sengsara didepan mata kami sendiri, 
Di kala anda sudah hilang ditelan bumi.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Layakkah anda dipanggil nenek moyang kmi,
Layakkah anda dipanggil datuk nenek kami,
Layakkah anda dipanggil ibu bapa kami,
Layakkah anda dipanggil saudara kami. 
Sedangkan anda tidak berjuang menjaga hak dan kedudukan kmi.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Berjuanglah bersama kami,
Sementara anda punya tenaga,
Bantulah kami menuntut hak,
Kami akan mengampuni kesalahanMu,
Kami akan teruskan perjuanganMu,
Itulah peninggalan Mu yg kami akan hargai, 
Setiap namaMu, GenarasiMu akan kami hormati.



Dihasilkan oleh Cinice An 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...