We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Friday 9 January 2015

"PENYELESAIAN ATAU PENAMBAH PARAH???"

Isu SABAH SARAWAK keluar dari MALAYSIA menjadi isu yang semakin panas diperkatakan sejak kebelakangan ini. Adakah isu ini boleh dipandang enteng atau perlu diberikan perhatian? Siapakah punya angkara yang menyebabkan isu ini timbul? Adakah ia disebabkan oleh KERAKUSAN dan KETAMAKAN kuasa atau disebabkan oleh KELALAIAN menunaikan tanggungjawab mahupun janji? Siapakah yang patut dipersalahkan dalam isu ini? Adakah mereka yang digelar penghasut? Atau Rakyat yang TER”hasut”? Atau mereka yang GAGAL menunaikan dan mengotakan janji? Jika mereka yang digelar pengahasut dikenakan tindakan? Adakah isu ini akan selesai? Dan adakah isu ini akan selesai jika mereka yang TERhasut dikenakan tindakan? Atau adakah isu ini akan selesai jika mereka yang GAGAL menunaikan dan mengotakan janji dikenakan tindakan?

Isu ini tidak akan selesai jika PANGKAT dan KUASA diletakkan sebagai kepentingan utama. Jika pangkat dan kuasa diletakkan sebagai tiang utama penyelesaian, isu ini akan semakin parah dan pastinya akan memberikan impak yang negatif. Sedangkan luka yang sudah berkeruping boleh berdarah kembali, inikan pula luka yang masih bernanah. Tersilap langkah keruping boleh menjadi luka yang parah kembali, dan sudah tentu luka yang masih bernanah pasti menjadi semakin parah dan mungkin tidak akan ditemukan ubat sebagai penawarnya. Isu ini perlu dilihat sehingga ke akar umbinya dan bukan hanya memandang sekilas pucuknya. Sekadar memandang pucuk tidak akan membolehkan kita memahami kedaan akarnya.

Langkah penyelesaian segera perlu diambil bagi mengelakkan tercetusnya satu peristiwa yang mungkin akan memberi kesan yang besar. Adakah melalui UGUTAN atau ANCAMAN isu ini akan selesai? Atau adakah melalui PENANGKAPAN isu ini akan selesai? Atau adakah perlu, mereka yang TERLIBAT dengan isu perlu diheret bersama dikenakan tindakan, akan menyelesaikan masalah ini? Jika kita mengatakan melalui PENANGKAPAN isu ini akan selesai, adakah ia benar-benar berkesan? Lihat suatu ketika dulu Dr Jeffrey yang merupakan antara individu yang lantang menyuarakan tuntutan mengenai Hak Sabah (MA63/ 20 PERKARA) pernah ditahan di bawah ISA disebabkan oleh suara lantangnya menuntut hak yang dikatakan dinodai oleh pihak Pemerintah. Sekarang, adakah isu ini telah selesai? Atau semakin parah? Dalam konteks ini perkara yang kita harus tahu, penangkapan terhadap Jeffrey atau Doris untuk menyelesaikan isu ini hanya mengundang kewujudan Jefrrey dan Doris yang lebih ramai. Kenapa?? Untuk memahami isu ini kita perlu masuk ke dalam golongan mereka dan bukan hanya bergantung kepada informasi media atau sesetengah pihak sahaja.

Semakin hari, sokongan terhadap apa yang disuarakan oleh Jeffrey dan Doris semakin mendapat sokongan dari khalayak. kita mungkin pernah mendengar bahawa mereka yang menyokong perjuangan ini hanyalah golongan MINORITI dan bukan MAJORITI. Sejauh manakah kebenaran tahap kebolehpercayaan kita terhadap kenyataan tersebut? Adakah kita pernah bergaul dengan “Penyokong” tersebut atau hanya melalui tafsiran pemikiran logik semata-mata? Tetapi yang pastinya tidak kira sama ada mendapat sokongan secara majoriti atau minoriti ISU ini akan tetap memberikan kesan yang tidak boleh dijangka oleh pemikiran logik semata-mata.

Golongan generasi muda merupakan antara inidividu yang bakal memberi impak terhadap isu ini. Hal ini demikian kerana, mereka masih dalam proses “berjinak-jinak” dengan politik. Tersilap bimbing, jauh lencong langkahnya dari jalan yang sedia ada. Kenapa generasi muda? Kenapa bukan generasi pertengahan atau yang sudah lanjut usianya? Apa yang dimainkan oleh generasi muda sehingga boleh memberikan impak terhadap isu ini? Perkara yang kita harus tahu, pemikiran generasi muda sekarang tidak akan sama dengan pemikiran generasi pertengahan atau yang sudah lanjut usia ketika zaman remajanya. MEREKA MENJADI PEMERHATI SENARIO POLITIK YANG BERLAKU DI SEKITARNYA.

Apa yang pasti, PENANGKAPAN, UGUTAN atau ANCAMAN tidak akan dapat menyelesaikan isu ini MELAINKAN MELALUI RUNDINGAN.

~LLRY~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...