Friday, 15 November 2013

Jadilah seorang Pemikir (Thinker) yang hebat

Ekonomi negara malaya sebenarnya akan "down" (jatuh). Ini kerana para pemimpin mereka terlalu boros berbelanja musim PRU-13. Kenapakah mereka sanggup berbelanja boros??? Ini kerana secara psikologinya, mereka mahu mengekalkan terus kuasa pemerintahan mereka dinegara ini. Itulah sebabnya mereka berani menanggung risiko ini tanpa memikirkan kesannya terhadap ekonomi rakyat miskin. Mengapakah subsidi gula harus dihapuskan? Adakah gula penyebab kencing manis ataupun diabetis yang dikatakan oleh para pemimpin mereka? Belajarlah untuk berfikir. Jadilah seorang Pemikir (Thinker) yang hebat. Walaupun kamu tidak mengambil gula dalam kehidupan seharian kamu. Kamu akan tetap terkena penyakit ini juga. Ini kerana makanan utama kita seperti beras pun mempunyai gula semulajadi. Rahsianya terletak pada pengeluaran hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas kita dalam mengawal kadar gula dalam tubuh manusia. Tanpa pengeluaran hormon insulin yang seimbang dalam tubuh manusia maka risiko untuk terkena penyakit kencing manis adalah tinggi.

Ini bermakna kenyataan para pemimpin daripada negara Malaya adalah tidak masuk akal. Jika kita berfikir secara mendalam, tujuan mereka adalah untuk "cover" balik perbelanjaan boros mereka musim PRU-13 lalu. Itulah sebabnya mereka menghapuskan subsidi gula dan mengurangkan subsidi minyak. Jangkaan saya ekonomi Malaysia akan down. Ini kerana ekonomi kita adalah berdasarkan sistem fiat. Hasil minyak negara Sabah dan negara Sarawak saja yang masih mampu membuatkan ekonomi Malaysia masih mampu bertahan. Tapi sampai bila ia akan mampu bertahan??? Tanpa hasil minyak ini, Malaysia boleh dikatakan sudah muflis ataupun dengan kata lain akan bankrap. Apa yang menakutkan jika seluruh dunia mengalami krisis ekonomi. Sudah tentu ekonomi Malaysia akan menghadapi kesannya. Bagaimanakah nanti dengan kehidupan majoriti rakyat negara Sabah yang kebanyakannya masih miskin. 

Kita kena ingat yang ekonomi kita adalah menggunakan sistem kapitalis. Sistem yang penuh dengan riba. Ribalah juga punca masalah ekonomi. Dengan menghapuskan amalan riba, sebenarnya boleh menstabilkan ekonomi kita. Tujuan riba dibuat adalah untuk mengkayakan golongan kaya dan memiskinkan golongan miskin.

Kesimpulannya, mampukah kerajaan persekutuan memajukan ekonomi Negara Sabah dan mengurangkan kemiskinan rakyat Negara Sabah yang rata-ratanya masih miskin. Dengan cara pengurusan kewangan Malaysia yang kini dan diurus oleh para pemimpin-pemimpin daripada negara Malaya. Saya fikir dan berpendapat bahawa impian rakyat Negara Sabah untuk mahu menjadikan Negara Sabah sebagai Negara Maju hanyalah sebuah angan-angan kosong disiang hari kerana keutamaan pembangunan masih dan akan terus difokuskan di malaya.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...