We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Thursday 31 October 2013

SABAH – TANAH JAJAHAN MALAYA ?

SABAH – TANAH JAJAHAN MALAYA ?

“Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanahair ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama kearah itu.”

Datuk Dr Jeffrey Kitingan
4 Mac 1991
Teman-teman dan rakyat Sabah yang dikasihi.

Kamu mungkin telah mendengar ataupun membaca ucapan Mahathir yang tidak ditapis di dalam suratkhabar pada 21 Februari 1991. Saya baru saja mengetahuinya. Kenyataan Mahathir bahawa Sabah adalah tanah jajahannya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Dia sendiri telah membawa UMNO ke Sabah untuk memastikan penguasaan sepenuhnya ke atas rakyat Sabah. Dia tidak mahu menghormati pemimpin yang kita pilih. Dia hendak melantik pemimpinnya sendiri dan menentukan sendiri haluan untuk mereka. Dia berpendapat bahawa Sabah adalah naungannya dan dia boleh berbuat apa saja yang dia suka. Dia juga berfikir yang tiada siapa yang dapat menghalangnya mahupun pemimpin dari Kuala Lumpur – malah mereka juga mengancam dengan menggunakan tentera, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Tujuan sebenar Kuala Lumpur akhirnya diketahui. Mahathir bertujuan manghapuskan 20 Perkara yang menjadi asas utama persetujuan Sabah untuk menjadi salah satu ahli Persekutuan Malaysia. Rancangan tersebut adalah sengaja dibuat untuk mengurangkan status rakan kongsi (partner) menjadi tanah jajahan Malaya sahaja.

Kenyataan bekas Presiden Sukarno dari Indonesia adalah tepat apabila beliau memberi amaran semasa pembentukan Malaysia, bahawa status Sabah sebagai tanah jajahan tidak akan berubah melalui penubuhan Malaysia, beliau mengatakan bahawa apa yang berubah hanyalah pertukaran pejabat penjajah dari London ke Kuala Lumpur. Kejadian-kejadian dan tindakan-tindakan Kuala Lumpur sejak 1963 telah membuktikan bahawa pendapat itu adalah benar.

Rakyat Sabah telah diajak secara tergesa-gesa dan pemimpin-pemimpin kita telah ditipu membentuk Persekutuan Malaysia. Bacalah semua buku-buku dan fakta-fakta tentang pembentukan Persekutuan Malaysia dan peristiwa-peristiwa yang terjadi selepasnya dan anda semua akan dapat memahami.

Pemimpin-pemimpin kita walaupun berat hati tapi akhirnya bersetuju menjadi sebahagian daripada ahli persekutuan yang baru, dengan jaminan beberapa syarat haruslah dipersetujui. Selepas beberapa siri rundingan, pemimpin-pemimpin Sabah termasuk Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Khoo Siak Siew, pemimpin-pemimpin dari Malaya dan wakil British telah bersetuju tentang apa yang dipanggil sebagai Syarat-Syarat DUA PULUH PERKARA. Syarat-syarat ini adalah SANGAT-SANGAT PENTING kerana ianya bermakna bahawa Sabah sebenarnya telah memperolehi kemerdekaan melalui Malaysia. Ini adalah tujuannya dan dipersetujui oleh kesemua pihak yang terlibat pada waktu itu. Kita semua menyokong ini.

Walau bagaimanapun segala-galanya telah berubah. Sebaik sahaja kita menumpukan perhatian ke dalam bidang politik, social dan pembangunan ekonomi, kebanyakan daripada bekas pemimpin kita semakin mementingkan status dan kepentingan mereka sendiri dan tidak lagi mengambil berat tentang apa yang berlaku ke atas negeri secara keseluruhan.

Apabila para pemimpin ini mabuk kuasa, kekayaan dan pembangunan, para pemimpin Kuala Lumpur telah mengambil peluang ini untuk mengubah status Sabah daripada sebuah negeri merdeka yang bersekutu dengan Malaya dan Sarawak (serta Singapura) kepada apa yang kita sedang alami sekarang – kembali kepada jajahan. Lebih buruk lagi, dalam proses ini pula, pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur juga telah menyebabkan rakyat Sabah menyerahkan hak minyak mereka, tanah dan hutan – kesemua ini dibuat dengan secara halus dan teratur supaya rakyat Sabah tidak menyedari bahawa perkara itu telah berlaku.

Saya adalah salah seorang yang menyedari apa yang sedang berlaku dan sedar ke mana kita akan dibawa. Tanpa mengambilkira apakah yang akan terjadi kepada saya dan keluarga saya dan sebagai seorang yang bernasib baik, berada dalam kedudukan, berpendidikan dan berstatus, saya telah merasakan bahawa adalah menjad tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Sabah tulin untuk membetulkan semua ini, dengan membangkitkan isu 20 Perkara dan membongkar sikap Kuala Lumpur yang tidak adil kepada Sabah, terutamanya sejak 1985.

Saya percaya perkara-perkara yang lain anda semua sudah tahu. Sekarang anda semua faham, mengapa Kerajaan Persekutuan tidak pernah berhenti untuk menganggu saya dan pemimpin-pemimpin PBS. Sekarang anda semua tahu apa sebenarnya yang BPR hendakkan dari saya.

Kuala Lumpur tahu dan Mahathir pun tahu bahawa saya adalah BENAR. Mereka lebih suka untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai seperti saya kerana mempersoalkan tindakan-tindakan mereka daripada mengakui kebenaran tentang apa yang mereka telah lakukan. Mereka, Mahathir dan sesetengah daripada mereka (bukan semua pemimpin Kuala Lumpur seperti mereka) memang boleh menghapuskan saya dan sesiapa juga yang sependapat dengan saya, kerana mereka mempunyai semua peralatan kuasa yang menyebelahi mereka – polis tentera, BPR, ISA, JHDN, OSA dan lain-lain lagi.

Beritahu saya, adakah salah bagi saya berjuang untuk negeri dan rakyat? Adakah saya salah mempersoalkan Kuala Lumpur? Patut atau tidakkah saya meminta bahagian daripada royalti minyak yang lebih munasabah bagi negeri ini? Adakah salah bagi saya berjuang untuk membebaskan Sabah daripada penjajahan? Adakah salah bagi saya mendidik masyarakat Sabah tentang fakta-fakta yang benar tentang Negara kita dan keadaan kehidupan kita?

Adakah salah bagi saya memperkenalkan idea-idea yang baru dan bercorak revolusinari dalam pembangunan, mengurangkan kemiskinan dan pengangguran dan mengembalikan nilai-nilai dan harga diri kepada rakyat? Jikalau saya salah, maka kita semua adalah salah kerana berada dalam kebenaran.

Adalah lebih mudah bagi saya untuk tidak terlibat di dalam soal-soal rakyat, negeri dan negara. Mungkin ada orang yang bertanya mengapa harus saya mengambil berat tentang semua ini? Benar, jika saya hanya mengabil berat tentang diri saya dan kepentingan keluarga saya sahaja dan jika saya kedekut – adalah lebih baik saya tidak melibatkan diri. Saya boleh mengekalkan kedudukan saya, bersenang-lenang dengan gaji besar dan ketawa tentang apa yang berlaku.

Jika saya mengambil hati para pemimpin persekutuan dan member rasuah kepada pegawai-pegawai penguatkuasa dan sebagainya, saya akan dilindungi dan tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepada saya. Adakah ini yang kamu ingin lihat dari saya? Saya fikir tidak. Salah seorang mesti berkorban. Namun, pengorbanan ini akan menjadi sia-sia dan tidak bererti tanpa sokongan dan dorongan anda semua. Anda semua adalah satu-satunya kuasa yang boleh menghentikan Mahathir dan membebaskan kita sekali lagi dari belenggu penjajahan.

Sekiranya kebangkitan Perkara 20 dan mempersoalkan sikap Kuala Lumpur dan tindakannya ke atas Sabah diinteprestasikan oleh Mahathir sebagai hasutan kepada rakyat Sabah untuk membenci rakyat di Semenajung Malaysia, maka dia semestinya samada bodoh atau penipu. Saya mempunyai ramai teman-teman di Semenanjung Malaysia dan telah mengenali saya dan kenal siapakah saya ini. Terdapat juga saudara-mara saya yang berkahwin dengan orang Semenanjung.

Saya menyemai rasa muhibah dan bukan kebencian. Mahathir sendirilah yang memperkenalkan dan mengundang kebencian. Dia telah mencaci pemimpin-pemimpin sabah yang dipilih dan dengan sengaja membohongi dan menipu rakyat Malaysia terutama dan dari segi isu-isu agama dan bangsa. Ingatkah anda dengan kes ‘sigar’ (tanjak) yang melibatkan Tengku Razaleigh?

Sewaktu saya berjumpa dengan Dr Mahathir pada Mei 1990, saya berbincang dengan beliau tentang beberapa isu. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan bertujuan untuk membincangkan masalah peribadi tetapi isu-isu yang berkaitan dengan hubungan persekutuan negeri. Salah satu daripada nasihat yang beliau berikan pada saya tentang 20 Perkara ialah, beliau berkata:

“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20 Perkara, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”

Buat seketika saya tidak dapat mempercayai kata-katanya sebab dia adalah Perdana Menteri Negara yang memberitahu saya untuk menipu rakyat yang mana sepatutnya menjadi tugas kita untuk mendidik mereka.
Apabila saya bertanya kepada Mahathir untuk menambah royalty negeri ini daripada pendapatan minyaknya, dia berkata:

“kamu bernasib baik Kerajaan Persekutuan member kamu lima peratus. Ingat bahawa tidak ada minyak di Sabah sehinggalah Malaysia wujud…”

Apa yang diperkatakan oleh Mahathir ialah negeri ini tidak mempunyai hak kepada minyak dan hasil buminya dan bukan Tuhan yang memberikan kita minyak tetapi Malaysia yang memberikannya.

Tentang hal-hal tanah, Dr Mahathir berkata adalah amat susah untuk pihak negeri melepaskan dan meluluskan tanah apabila Agensi Persekutuan memerlukannya. Dia berkata tanah seharusnya dikawal oleh Persekutuan.

Ini memperlihatkan objektif jangka panjang Mahathir – untuk mengawal tanah dan hutan di mana ia masih di bawah kuasa kerajaan negeri seperti mana yang termaktub di bawah 20 Perkara.
Objektif lain Mahathir ialah untuk menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan atau sebahagian daripada Malaya. Dia berkata:

“hak-hak negeri adalah sementara. Sabah adalah sepatutnya sama seperti Kedah ataupun Perlis…”

Ini adalah jelas bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Allayaraham Tunku abdul Rahman sewaktu pembentukan Malaysia, bila mana dia berkata:

“Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi negeri yang ke-13 atau ke-14 negeri-negeri Malaya kerana mereka akan masuk sebagai rakan yang sama taraf (dengan Malaya) dan mendapat kuasa dan status yang sama…”

Apabila Malaysia ditubuhkan pada September 1963, satu perjanjian yang dipanggil Perjanjian Malaysia telah ditandatangani, di antara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak – terikat dengan syarat-syarat perjanjian tersebut. Syarat-syarat itu adalah seperti perikatan di antara mereka, jadi jika salah satu rakan akan “renege” atau undur diri ia akan memberi kesan kepada syarat-syarat untuk rakan-rakan yang lain dan memerlukan penilaian semula, dan perjanjian baru harus ditandatangani oleh rakan-rakan yang tinggal. Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965 dan ini telah membatalkan Perjanjian Malaysia yang mana menjadi asas kepada Persekutuan Malaysia.

Bagi saya, kecuali Malaya, Sabah dan Sarawak berbincang bersama dan mengkaji semula untuk sahkan atau ubah Perjanjian Malaysia yang telah tidak sah, asas perundangan penubuhan Malaysia tidak lagi sah. Mengapa kita tidak melakukannya? Kenapa mereka takut untuk membincangkannya? Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Persekutuan, terutama Mahathir, menggunakan ancaman dan tangkapan untuk menghapuskan kita. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang.

Maka itu saya sangat-sangat tertekan dan terkejut dengan tindakan yang tidak adil, di mana Perdana Menteri negara kita membuat tuduhan-tuduhan yang liar dan tuduhan tidak benar terhadap saya, IDS dan kerajaan negeri PBS yang telah dipilih secara demokratik.

Berdasarkan dari kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuat oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain semasa lawatan mereka ke Kota Kinabalu minggu lepas, rakyat Sabah dan dunia keseluruhannya melihat bahawa “kuasa adalah benar”.

Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kebangsaan yang lain datang ke Sabah untuk memperlihatkan kuasa dan kekuatan mereka. Mereka datang untuk menunjukkan bahawa selagi mereka mempunyai kuasa persekutuan, polis dan tentera serta orang-orang di Sabah yang sanggup mengutamakan cita-cita mereka untuk melaksanakan kehendak UMNO di negeri ini dan rakyatnya. Pemimpin-pemimpin tersebut bersedia untuk menutup mata mereka terhadap hak-hak sah kerajaan negeri PBS untuk memerintah dengan aman tanpa penindasan.

Ini merupakan hari yang sedih untuk rakyat Sabah, Malaysia dan generasi akan datang. Sekarang saya dapat memahami sepenuhnya dan bersimpati dengan mereka yang berada di dalam perhimpunan USNO yang mana secara terbuka tanpa malu-malu mengeluarkan airmata. Mereka ini bersetuju dengan kami yang cintakan negeri ini dan ingin mengekalkan hak-hak asasi kita, mereka betul-betul kecewa melihat pemimpin-pemimpin kita di Sabah yang bersedia untuk menyerahkan kuasa politik dan negeri kepada Mahathir.

Mahathir telah membuat tuduhan yang serius terhadap saya. Dia berkata bahawa saya terlibat dengan komplot mengeluarkan Sabah dari Malaysia dan kononnya saya bercita-cita menjadi Presiden kepada negeri Sabah yang merdeka. Tuduhan-tuduhan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan sorakan yang kuat dari wakil-wakil USNO dan para pemerhati. Apakah yang terjadi dengan hak-hak saya sebagai warganegara Malaysia? Siapa yang memberikan hak-hak kepada Perdana Menteri untuk menganiaya seseorang rakyat Malaysia di hadapan orang ramai dan TV serta melalui media massa ke seluruh dunia? Adakah Perdana Menteri kita berdiri di atas undang-undang? Adakah undang-undang Malayisa hanya untuk keluarga Kitingan sahaja? Pemimpin-pemimpin PBS dan para pegawai negeri dan kepada sesiapa sahaja yang tidak menurut perintah Barisan Nasional?

Bagi saya, kelelakuan seperti ini adalah yang paling keji dan tidak mempunyai tempat di Negara ini yang kononnya Negara yang berprinsipkan demokrasi. Saya telahpun berbincang dengan peguam saya, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Perdana Menteri dan yang lain-lain yang telah menghina dan menuduh saya.

Sekiranya, saya terlibat dengan semua yang dikatakan tersebut, Perdana Menteri sepatutnya menggunakan kuasa-kuasanya untuk menahan saya dan membawa saya ke muka pengadilan di mahkamah. Kenapa dia membuat banyak kenyataan-kenyataan yang dramatic semasa berpolitik? Sekiranya ia adalah berkaitan dengan keselamatan Negara, maka ia seharusnya diselesaikan menurut apa yang sepatutnya.

Kenapa dibangkitkan hanya sewaktu kongres USNO berlangsung? Dan ia masih mengatakan bahawa semua tindakan ini tidak ada kena mengena dengan campur tangan politik. Ini adalah hipokrit. Kenapa Jeffrey Kitingan dihukum oleh Mahathir setiap kali adanya perhimpunan USNO? Bagi saya, ianya adalah satu penganiayaan politik yang teruk dan kejam sekali.

Kita di Malaysia tidaklah buta. Mereka dapat melihat sekarang bahawa kerajaan negeri PBS adalah di bawah kuasa pusat melalui politik (UMNO), ancaman secara fizikal (penambahan tentera), penahanan ISA, BPR dan tindakan-tindakan JHDN sehinggalah adanya orang-orang yang dapat menerima kehendak mereka tanpa mempertikaikan mereka.

Adakah ini yang kita telah runding semasa kita bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963? Tidak. Semestinya tidak. Kita tidak setuju untuk diperkecilkan seperti ini dan tidak bersetuju untuk dijajah oleh KL atau sesiapa pun.

Saya menyeru kepada kerajaan negeri PBS yang bertanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sabah secara serius, untuk mempersoalkan tentang kedudukan Sabah di Malaysia bersama-sama dengan kerajaan persekutuan melalui saluran perundangan yang sah.

Apa gunanya menjadi kerajaan negeri apabila Ketua Menterinya dan pemimpin-pemimpinnya diketepikan dan tidak dipelawa untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri yang dating ke tanah Sabah? Siapakah sebenarnya yang memperkenalkan sentiment anti-Malaysia dan terlibat dengan tindakan-tindakan anti-Malaysia? Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO lah yang terlibat.

Saya tidak akan tunduk kepada komplot ancaman persekutuan terhadap saya dan kepentingan negeri Sabah. Saya akan berdiri dengan apa yang saya telah katakan di dalam 20 Perkara, hak-hak negeri, keperluan keadilan dan kesaksamaan layanan oleh kuasa persekutuan kepada Sabah sepertimana yang terkandung di dalam kenyataan-kenyataan saya dahulu.

UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH: JANGAN PUTUS ASA, JANGANLAH SEKALI-KALI PUTUS HARAPAN, KERANA TUHAN AKAN MENOLONG KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERJUANG UNTUK KEBEBASAN DAN KEADILAN.

Kepada kakitangan kerajaan, kepada kakitangan saya di YS, IDS dan ICSB – teruskan dan buatlah kerja anda semua dengan tenang, cekap dan dedikasi. Buatlah kerja kamu dengan sepenuh hati dan bertanggungjawab. Misi saya adalah untuk melihat supaya kita hidup di dalam keamanan dan bebas dari penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Misi anda adalah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman kemiskinan dan kesakitan. Marilah bersama-sama membina satu negara yang progresif dari segi ekonomi, supaya kita semua boleh menjadi alat-alat TUHAN yang berkesan untuk melayani dan mencintai yang lain.

Kepada pelajar-pelajar, saya berseru kepada kamu untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran kamu kerana kamulah pemimpin generasi akan dating. Gunakanlah masa dan fikiran kamu untuk memahami dan mencari kebenaran sejarah dan pembangunan kita. Janganlah bataskan diri kamu dengan apa yang diajar di sekolah atau di kolej, kerana mereka hanya memberikan satu pandangan sahaja kepada cerita tersebut. Teruskan dan carilah kebenaran. Fahami tentang apa dia kehidupan, dan apa dia kebebasan dan keadilan.

Baca 20 Perkara dan buku “Sabah Commemorative Book – Sabah 25 Years Later” dan lain-lain. Janganlah kamu mengambil keputusan selagi kamu belum tahu kebenarannya. Apabila kamu mengetahui kebenaran, kamu akan tahu apa yang hendak dibuat.

Kepada semua ibubapa, kamu adalah juru kemudi di lautan yang bergelora. Bimbinglah anak-anak kamu menuju kebenaran dan kedestinasi hidup yang betul. Beri tahu mereka apa yang berlaku kepada negara kita supaya mereka boleh mencorakkan satu masa depan yang cerah. Displin adalah perlu dipupuk tetapi selain daripada itu, kita juga perlu menanamkan sikap yang betul kepada anak-anak kita yang sentiasa belajar daripada ibubapa.

Kepada suami-suami, hormati dan jagalah isteri-isteri anda semua. Isteri adalah sebahagian daripada diri kamu. Dia adalah rakan dan pasangan. Dia mengetahui banyak perkara dan dia boleh membantu kamu untuk mengetahui perbezaan apa yang benar dan palsu – antara keputusan yang baik dan tidak baik. Jangan abaikan isteri kamu.

Kepada isteri-isteri, cintailah suami-suami kamu dan jagalah mereka dengan baik. Dia adalah pasangan kamu, rakan dan penasihat. Dia juga adalah penegur bilamana kamu membuat kesilapan. Tetapi suami-suami kamu juga memerlukan bimbingan kamu untuk mencari kebenaran dan memahami situasi kita di Sabah.

Kepada rakyat di Semenanjung Malaysia, kamu adalah saudara-saudara kami. Kami memerlukan kamu untuk memahami keadaan kami di Sabah. Kami tidak membenci kamu sepertimana yang diberitahu oleh pemimpin-pemimpin kamu. Pemimpin-pemimpin kamu hanya menanamkan bibit-bibit kebencian di antara kita semata-mata untuk kepentingan politik peribadi mereka. Kami ini adalah ditindas, diganggu, dan dilayan dengan tidak adil. Kami ini dijajah dan dikawal, sehinggakan kami kehilangan kebebasan demokrasi dan juga maruah.

Kami telah diberitahu bahawa kami telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 tetapi kami kini tidak lagi mengundi masa depan politik kami sendiri. Pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia lah yang melakukannya. Tidak perlu bersimpati kepada perjuangan kami tetapi cubalah untuk memahami diri kami dan situasi yang kami hadapi. Hanya melalui ini, kamu dapat member sumbangan kepada kami. Dan hanya dngan begini sahajalah maka kamu akan mengetahui bagaimana pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur membohongi rakyat di Semananjung Malaysia.

Kepada peniaga-peniaga, pelabur-pelabur kamu yang sentiasa menggerakkan ekonomi, yang mana seterusnya membantu member nafkah kepada keluarga kami semua. Jangan hentikan pelaburan kamu. Bantulah supaya ekonomi berkembang, supaya tanah air ini menjadi makmur dan sesuai kepada perkembangan pelaburan-pelaburan. Bantulah supaya perjuangan rakyat Sabah Berjaya supaya kamu pun akan turut Berjaya.

Kepada pemimpin-pemimpin politik di Sabah, kamulah pemimpin-pemimpin jati. Pimpinlah rakyat menuju destinasi mereka. Berjuanglah untuk kebebasan dan keadilan mereka. Bebaskan tanahair ini dari ketidakadilan. Berpegang teguhlah kepada prinsip-prinsipmu. Jangan mudah tergoda untuk meninggalkan perjuangan mu semata-mata untuk beberapa ringgit sahaja. Jangan menganiayai rakyat kerana kepentingan peribadi, kekayaan dan kedudukan supaya tidak diganggu oleh musuh-musuh. Bezakanlah antara kepentingan-kepentingan peribadi dan kepentingan-kepentingan rakyat.

Kita semua akan mati pada suatu hari nanti dan semua tindakan kita akan tercacat dalam sejarah. Berapa banyakkah kekayaan dan pangkat yang kamu boleh bawa mati? Adakah anak-anak kamu nanti akan bangga dengan kamu? Tanyalah diri sendiri – “Apa misi saya? Apakah yang saya perjuangkan? Adakah untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan-kedudukan lain, ataupun adakah untuk membebaskan tanahair ini dari penindasan penjajah dan ketidakadilan supaya kita semua boleh hidup dengan aman dan dapat menentukan masa depan sendiri? Adakah saya berjuang untuk diri sendiri ataupun rakyat saya?”

Kamu dalah pemimpin. Jangan gadaikan tanahair dan rakyat kamu. Jika kamu keliru, cubalah bertenang, berfikir dan buat renungan. Tuhan akan membimbing kamu ke jalan yang benar. Jangan malu untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan. Mas belum terlewat. Ingatlah bahawa kita semua adalah manusia biasa sahaja.

Sebagai pemimpin, pengikut-pengikut mahukan panduan, maklumat dan nasihat. Mereka menaruh harapan kepada kamu, dan mereka menjangkakan kamu kuat. Apabila saja kamu tahu apa yang hendak dibuat, jangan menoleh ke belakang lagi. Kerana jika kamu begitu, kamu bukan lagi pemimpin. Jika Kuala Lumpur sudah mengawal kehidupan, dasar-dasar, sumber-sumber kita, kehidupan kita di Sabah bukan lagi seperti sediakala. Jadi, pesanan saya kepada kamu ialah BERSATUPADULAH , berganding bahu dan MEMIMPINLAH sebagaimana kamu diundi. Inilah tanahair mu dan politik adalah darah daging mu.

Kepada pemimpin-pemimpin lain di Kuala Lumpur, ada di antara kamu yang memahami kami. Kamu tahu bahawa beberapa rakan politik kamu bertindak keterlaluan, tidak adil dan bersikap kepenjajahan dalam tindakan dan semasa membuat keputusan-keputusan. Kenapa kamu hanya berdiam diri dan membiarkan ketidakadilan dilakukan? Kamu mempunyai fikiran yang waras, kenapa kamu tidak berusaha menyedarkan yang lain?

Apa yang dibuat oleh Mahathir, Ghafar Baba, Mohammad Rahmat, Najib Razak dan Megat Junid tidak lagi boleh diterima. Mereka mengancam, memenjara, menipu dan membohongi semua rakyat Malaysia. Adakah mereka sudah mabuk kuasa? Adakah mereka sudah gila? Kamu adalah berada pada kedudukan yang baik untuk mempengaruhi mereka untuk mengembalikan mereka kepada cara pemikiran yang betul. Bagi kami di Sabah, kami terpaksa bertindak dan membalas. Kami telah terpaksa. Kami berharap kamu semua akan faham.
Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, polis, askar, SPR dan sebagainya, kamu adalah penjaga rakyat. Saya menyeru supaya kamu melindungi rakyat yang tidak berdosa dan mereka yang memperjuangkan kebebasan. Jangan mematuhi arahan-arahan secara membabi buta.

Saya bukan satu ancaman kepada rakyat tetapi saya mungkin merupakan ancaman kepada Mahathir. Saya adalah suara rakyat. Dan saya juga adalah suara kamu. Jadikanlah diri kamu alat untuk mencapai keamanan dan menjadi pelindung rakyat, bukannya penindas. Pergi dan ambil tindakan ke atas penindas-penindas yang sebenar dan serahkan mereka kepada pengadilan rakyat.

Kepada kawan-kawan saya dan semua orang yang waras, kamu adalah harapan rakyat dan generasi kita. Ini bukanlah perjuangan saya seorang. Ini adalah perjuangan semua manusia yang berperikemanusiaan. Perjuangan untuk kebebasan daripada penindasan, ketidakstabilan dan penjajahan adalah perjuangan hak asasi. Adalah menjadi tugas saya untuk memikul beban ini kea rah destinasi bersama. Jika saya gagal, kamu mesti bersedia untuk meneruskan perjuangan ini. Apabila kita berjaya sampai ke destinasi kita, semua faedah adalah milik kamu.

"Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanahair ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama kearah itu."

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang!

"Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang" 

Sebuah coretan dariku.. Ya..peribahasa ini sangat sinonim dengan perjuanganku sebagai seorang anak Negara Sabah yang Merdeka dan Berdaulat.. Dikala aku lemah dan hampir jatuh dan ku rasakan hampir tidak berdaya..ini menegur aku bahawa aku tidak harus berhenti setakat waktu ini sahaja...Hatiku berkata "masih banyak yang perlu kamu lakukan harny" dan dengan berbekalan semangat Nasionalisme dalam jiwaku saat ini aku mulai bermonolog (berkata pada diri) sendiri "berhenti separuh jalan..?" Namun hatiku menangis dan pilu tatkala melihat bangsa-bangsaku masih ramai yang dibutakan oleh sejarah...Mahu saja aku menutup mulut dan berpura-pura tidak tahu... Namun ia semakin sakit terasa..aku tidak rela kerana aku sangat sayang bangsaku...

"Wahai sahabat mengapa kamu dengan tegarnya menafikan asal usul Negaraku?? Mengapa kamu begitu kejam memperlakukan kami seperti ini, di mana janji-janji yang ditabur selama bergelar rakan kongsi??? Aku tidak tahu dimana khilafnya mempercayai janji-janji manismu...Egomu terlalu tinggi..semakin menunduk, semakin ditindas" Hati kami ini walau disimbah tujuh lautan sekalipun ia tidak akan mampu memadamkan luka yang terguris dalam...Ingatlah wahai sahabat, sesungguhnya sejarah tidak pernah menipu...Tidak selamanya kami berdiam diri... Tidak akan...!!!

Ya!!! aku akan tetap bangkit untuk menegakkan kebenaran!!! Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang... Biar Berputih Tulang Jangan Sampai Putih Mata... Walau onak dan duri terpaksa ku tempuh.. Aku akan tetap mara ke hadapan..menyahut seruan Pemimpin terdahulu kerana inilah janjiku... Ini kerana... 

"Kita adalah Masa Depan Negara Sabah!!!"

Kita Satukan Tekad, Kuatkan Azam Bersama!

Satu kenyataan yang matang dan menunjukkan kesedaran dalam diri sangat jelas. Kesedaran ini juga menunjukkan kelahiran baru bakal-bakal Pemimpin Negara Sabah untuk memimpin Bangsa Negara Sabah kearah yang sepatutnya.

Terdapat satu persoalan telah diajukan kepada beliau mengenai maksud kenyataanya. Persoalan tersebut berbunyi begini; "Salam Tanah Negara Sabah tercinta. Disini ada satu soalan saya kepada En. Salbinus Tangkiris Salvryss. Bolehkah anda menerangkan apa sebenarnya yang berlaku ke atas Negara Sabah sekarang sehingga perlu diselamatkan?"

Jawapan kepada persoalan tersebut dijawab oleh beliau;
"Salam Tanah Negara Sabah tercinta En.Jairun Ilunz... Generasai seperti ini merupakan genersi yang menunjukkan sikap ambil berat terhadap Negara tercinta kita (kita orang tua-tua kalau tidak tahu tanya, anda seorang yang proaktif).

Sebenarnya Negara kita (Sabah) boleh diibaratkn "bagaikan telur di hujung tanduk". Masalah yang paling kronik sekarang adalah tahap kefahaman Genarasi Muda tentang kedudukan dan situasi termasuk politik Negara Sabah sangat rendahhh... Sabahan telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka dengan pelbagai cara "Orang Asal" Sabahan dikaburi dengan pemutar belitan sejarah dan apa yang dikenali Penjajahan secara halus melalui ideologi. 

Adakah kita sedar bahawa projek IC merupakan salah satu contoh terbesar yang dilakukan oleh mereka untuk menguasai Negara Sabah dan sumber alamnya untuk memajukan malaya??? Adakah anda faham dengan Perkara 20?Adakah anda faham proses pembentukan Malaysia? Adakah anda faham dengan sistem politik di Negara Sabah (malaya mengatakan Sabah merupakan simpanan tetap mereka)??? Adakah anda melihat apa yang di katakan perjudis berlaku??? Adakah anda menyedari Negara Sabah merupakan Negara yang paling mundur sedangkan mempunyai sumber alam yang banyak??? Adakah anda sedar kita dipedulikan atau di majukah??? Adakah anda sedar bahawa Negara Sabah menjadi rebutan oleh kuasa luar (malaya vs filipina)??? 

Saudara Jairun Ilunz yang dihormati, perhatikan hal-hal ini, mohon cari jawapan yang jitu terhadap persoalan-persoalan diatas mudah-mudahan sedikit sebanyak ianya mampu merungkai segala persoalan ataupun tetapkan masa kita boleh berbincang "Heart by heart to discuss more detail about Sabah and Sabahan's condition...."

Dan En.Heronay Sulorin telah menyokong kenyataan En.Salbinus Tangkiris Salvryss. Dalam hujah beliau, beliau menekankan "Tiada siapa yang dapat membantu negara Sabah yang sedang sakit tenat ini, melainkan generasi muda negara Sabah. Anda semua penentu nasib negara Sabah. Kita semua mesti menyembuhkan kesakitan yang sedang dialami oleh negara Sabah". Beliau juga telah menguatkan  lagi kenyataanya dengan mengatakan "Kita sebagai generasi muda negara Sabah harus menyelamatkan Sabah ataupun kehilangan Sabah. Hasil drp analisis sia negara Sabah adalah diantara kawasan yg paling Strategik di dunia, jika generasi muda negara Sabah mampu mentadbirnya......"

Wednesday 30 October 2013

Ulasan Bajet 2014 Daripada Perspektif Anak Muda Negara Sabah

Hasmin Azroy Abdullah
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Ada rakan meminta saya memberikan ulasan dan buah fikir berkenaan Bajet 2014 yang baru dibentangkan minggu lalu. Sebenarnya, sebagai orang yang tidak mempunyai latar belakang ekonomi (sekadar mengambil subjek ekonomi sewaktu Tingkatan 6), saya cuma ingin memahaminya dengan lebih baik melalui pembacaan dan pemahaman istilah-istilah ekonomi yang digunakan. Memberi ulasan pula sudah pasti sekadar ulasan umum tanpa sokongan fakta teknikal yang mantap. Namun setiap daripada rakyat Malaysia wajar memahami skop perbelanjaan kerajaan kerana itu merupakan hak rakyat. Ia tidak boleh dipandang mudah tetapi harus diusahakan untuk memahaminya sekalipun pada tahap minima.

Saya melihat bajet kali ini berdasarkan dua unsur iaitu : Unsur Janji Ditepati dan Unsur Keseimbangan.

Unsur Janji Ditepati:
1. Soalan yang harus diutarakan ialah apakah Bajet 2014 melambangkan JANJI yang dilaung-laungkan oleh UMNO/BN sebelum PRU13 tertunai dengan wajar?

2. Saya melihat Bajet 2014 merupakan satu jawapan kepada penafian semua JANJI pemimpin UMNO/BN. Dengan kata lain JANJI TIDAK DITEPATI. 

3. Kebanyakan keputusan dibuat bukan untuk membantu mengurangkan beban rakyat tetapi lebih kepada usaha menyelamatkan kewangan negara yang nazak akibat hutang yang terlalu tinggi dan kian menghampiri aras siling keterhutangan negara. Hutang melebihi RM500 Billion ini bukan kerana pembangunan negara semata-mata tetapi ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan, termasuk isu Pusat FIDLOT Nasional (NFC) sehinggalah kepada belanja menjelang PRU13 seperti kajian Dr Bridget Whelsh sejak tahun 2009 yang menyatakan bahawa DS Najib membelanjakan hampir RM58 Bilion untuk tujuan itu. Apatah lagi jika kita meneliti Laporan Audit Negara 2012 yang jelas memaparkan kepincangan kerajaan dalam mengurus dana awam.

4. Hutang yang tinggi ini menyebabkan kerajaan tidak mempunyai ruang fiskal yang sepatutnya untuk berbelanja, sehingga memaksa Bajet DEFISIT selama 16 tahun berturut-turut yang sudah pasti memberi impak yang buruk terhadap perkembangan ekonomi negara khususnya sektor pelaburan, negara bakal kehilangan keyakinan pelabur.

5. Akibat ketirisan perbelanjaan ini maka rakyat terpaksa menanggung kesannya apabila subsidi sebanyak RM7.29 Bilion dimansuhkan dengan menyaksikan peningkatan harga minyak masak dan harga gula dengan alasan untuk mengurangkan risiko diabetes, satu alasan yang amat dangkal dan kurang ilmiah.

6. Lebih malang menanti pada 2015 dengan pengumuman pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang boleh disifatkan tergesa-gesa demi menyelamatkan ekonomi negara kerana tadbirurus yang kurang efisien. GST mungkin melegakan golongan kaya tetapi pasti meresahkan golongan sederhana dan miskin.

7. Pada dasarnya GST memberi kesan positif terhadap pengukuhan ekonomi negara kerana semua lapisan masyarakat tidak terkecuali untuk membayar cukai. Persoalannya, dalam keadaan pendapatan isi rumah masih relatif rendah, sudah pasti kuasa beli turut jatuh dan ia mengakibatkan kadar peratusan inflasi meningkat.

8. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.Sehingga ini sangat sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST. Namun sebaliknya,pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

9. GST boleh dikatakan sistem yang lebih 'bussiness friendly' namun strategi ini sebenarnya cuma memindahkan beban cukai golongan kaya kepada golongan sederhana yang jumlahnya lebih ramai.

10. Apa yang dikhuatirkan ialah wujudnya keadaan 'underground economy'. Sebuah sistem cukai adalah cekap apabila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diwujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi tersembunyi. Jika tidak kerajaan akan hilang perolehan yang sepatutnya. (Itu rokok kaki lima, pusat perjudian haram, penyimpanan stok untuk mempengaruhi harga misalnya harus dihapuskan).

11. Pada ketika ini Malaysia sebagai sebuah negara membangun harus bersedia dari pelbagai aspek untuk mendepani GST, bahkan Kanada dan Australia sebagai sebuah negara maju juga mengalami keadaan yang agak tenat diawal pelaksanaan.Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan musabah ekonomi yang lebih besar.

Unsur Keseimbangan :
1. Daripada RM264.2 bilion jumlah bajet yang dibentangkan,hanya RM2.049 billion dikongsi bersama Sabah dan Sarawak. Sedangkan peruntukan untuk Jabatan Perdana menteri sahaja pun mencecah RM16 Bilion. Anehnya, DS Musa Aman merakamkan terima kasih atas 'keprihatinan' kerajaan persekutuan dalam hal ini. Mungkin kita perlu belajar semula untuk memahami makna terima kasih dalam versi yang lebih wajar.

2. Bajet 2013 pun masih banyak yang belum dikecapi oleh rakyat Sabah, sedangkan 'keistimewaan' Sabah sebagai FIXED DEPOSIT tetap tidak dipandang 'mulia' dalam Bajet 2014. Sebagai negeri pengeluar minyak mentah dan kelapa sawit yang menyumbang pendapatan besar kepada negara, apakah Sabah hanya layak menerima tidak sampai 1% daripada bajet keseluruhan negara?

3. Lebih menyedihkan apabila golongan luar bandar Sabah terus disogokkan dengan bantuan tangki berbanding usaha untuk memperbaiki kemudahan air bersih terawat yang lebih baik. Sedangkan duit hasil Sabah mengalir kepada kerajaan persekutuan untuk memperhebat kemajuan di SM. Sudah tentu sekali lagi BR1M yang dinaikkan sebanyak RM150 dikatakan sebagai justifikasi untuk membantu golongan sederhana dan miskin. Satu lagi pembohongan yang nyata.

4. Bagaimana pula bantuan sekali setahun itu mampu mengimbangi kadar peningkatan kos yang ditanggung rakyat setiap hari seperti kenikan harga petrol, gula dan minyak masak? Semua item ini mempengaruhi pola perbelanjaan kehidupan secara keseluruhan. 

5. Sabah boleh diumpamakan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Hasil sendiri tidak dapat dinikmati malah dapat kek ekonomi paling kecil. Tetapi beban sara hidup yang dialami akibat pemansuhan subsidi 'dinikmati' secara sama rata oleh rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Sengsara sama rata tetapi bahagia berbeza.

6. Malaysia Timur mengharapkan pemansuhan terus polisi kabotaj, tetapi diumpan dengan KR1M. Peniaga kecil pasti hilang daya saing, ekonomi pasti menguncup kerana sistem kembali kepada monopoli kerajaan.

7. Jika Sabah urus hasil sendiri, Sabah tidak sepatutnya terbeban dengan hutang kerajaan Malaysia kerana kelemahan tadbir urus kewangan kerajaan persekutuan. Malah Sabah sepatutnya berkemampuan dan tidak lagi perlu menunggu penarafan kemudahan internet secara berperingkat tetapi setanding dengan dengan kelajuan internet di Korea Selatan yang 14 kali lebih laju berbanding Malaysia.

Kesimpulannya, Bajet 2014 memperlihatkan JANJI TIDAK DITEPATI kerajaan UMNO/BN melalui tema memperteguh ketahanan ekonomi negara dengan memindahkan beban hutang fiskal negara untuk ditanggung oleh rakyat secara terang-terangan. Apa yang nyata, rakyat Sabah dan Sarawak, yang sepatutnya mewah dan kaya dengan hasil bumi terpaksa merelakan kekayaan itu untuk dikunyah dengan rakus oleh kerajaan persekutuan atas nama Malaysia. Mungkin inilah maksud TS Harris Salleh bahawa semua keputusannya dahulu demi kebaikan Malaysia. Beliau betul. Malaysia dapat kebaikannya kerana walapun kerajaan korupsi, ketirisan perbelanjaan dan pembaziran ketara namun masih mampu bertahan dengan hasil bumi daripada Sabah dan Sarawak. Sayangnya, apakah Sabah turut mendapat kebaikan daripada keputusan-keputusan yang beliau ambil itu? 

Jelas sekali, Bajet 2014 jauh daripada memenuhi hasrat sebagai 'equal partner' atau keseimbangan pembangunan ekonomi dan fizikal antara Negeri-negeri Borneo dan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang dipersetujui dulu.

Stop being afraid!

Kita adalah pemimpin tanah air kita.
Tanah tumpahnya darah kita.
Bila kamu perlukan sokongan,
datanglah pada saya, peganglah tangan saya.
Saya akan memastikan kamu selamat,
Saya akan memastikan setiap degupan
jantungmu itu berharga.

Sesetengah orang akan cuba mengheret kamu,
menjauh daripada kebenaran
tetapi tetaplah berdiri!.
ambillah semangat daripada kami!.
Anda pahlawan Borneo!
Anda pahlawan kami!
Tanyalah diri siapa anda!

Ketahuilah bahwa memegang hidup
lebih daripada yang kita lihat.
Bangkit generasi Sabah!
Bangkit generasi Sarawak!

Berjuang untuk hak kita!
Berjuang untuk generasi kita!
Lihat ke dalam mata saya dan percaya!
Little woman/man we will fight for you!
Kami akan berjuang untuk kamu!
Saya melihat diri saya dan kamu,
kita akan berdiri teguh, kita akan berjuang,
berjuang untuk mereka generasi akan datang.
Kami akan berdiri dan bersama kita berjuang!

Mungkin 'mereka' akan membakar kamu
jika kamu yang dipertaruhkan tidak bertindak
seperti yang mereka mahu.

Tetapi, KAU! Jadilah diri sendiri!.
Berbuat baik dan bantu dunia!
Bantu Negara kita Sabah/Sarawak!
Kalau bukan kita siapa lagi??

Hidup memegang lebih daripada apa yang kita lihat.
Bangkit generasi Sabah!
Bangkit generasi Sarawak!

Rise up! rise up little woman/man
Don't be afraid to risk it all
Know that life holds more than
what we see and what we get..

Berjuang untuk kita! Berjuang untuk generasi kita!
Lihat ke dalam mata saya dan percaya!
Little woman/man we will fight for you!
Saya melihat diri saya dan kamu,
kita akan berdiri teguh, kita akan berjuang,
berjuang untuk mereka generasi akan datang.
Kami akan berdiri dan bersama kita berjuang!

Fight for our right!. Stop being afraid!.
Let's move together.. We can do it!.

Cadangan Artikel untuk dibaca:
Kita Adalah Pemimpin Masa Depan Negara Sabah
Bukalah Mata Hatimu Untuk Mendengar...

Bangkit Rakyat Bangsa Negara Sarawak!



Salam Satu Borneo kepada semua warga Negara Sarawak dan juga Negara Sabah! Buat kali pertama saya mewakili UVSB (Sarawak) membuka lembaran bagi Negara Sarawak yang pertama. Saya berasa amat berbangga kerana dapat merangkap sepatah dua fikiran hati saya sebagai warga Negara Sarawak. 

Saya merupakan seorang pelajar yang kini sedang menuntut di sebuah universiti swasta di Kuching. Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui apa-apa tentang sejarah sebenar Negara Sarawak ataupun Malaysia, sehingga beberapa bulan yang lalu. Masa itu secara rambang saya menaip 'can Sarawak be an independent country' dan saat itulah saya 'dibanjiri' maklumat-maklumat yang begitu mengejutkan.

Keesokan harinya saya pun mencari group atau page dalam Facebook yang berkaitan dengan isu sebegitu. Dari situlah saya mengetahui bahawa Negara Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan membentuk, bukan menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Selama ini saya tahu bahawa pembangunan di Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak sama rata dengan pembangunan di Malaya dan saya sangat hairan kenapa begitu. Rupa-rupanya disebabkan oleh peruntukan wang pembangunan yang tidak adil dan akibat sumber minyak dan gas asli yang telah 'dicuri' oleh Malaya melalui Perjanjian Pembangunan Petroleum 1995. Di samping itu, sistem kabotaj yang dikenakan ke atas Sabah dan Sarawak menyebabkan harga barangan-barangan di sini lebih mahal berbanding di Malaya. Selain itu, perjanjian 18/20 Perkara turut banyak diabaikan dan tidak dipatuhi oleh kerajaan persekutuan, khususnya Perkara 1, 2, 8, 11 dan 15.

Saya berasa amat geram dan kecewa terhadap apa yang kami alami dan tanggung selama ini. Kesemua kesusahan dan kepayahan yang kami alami, terutama rakyat Negara Sarawak yang menetap di kawasan pedalaman Negara Sarawak. Mereka kebanyakannya tiada kemudahan asas yang sempurna seperti air bersih, bekalan elektrik dan gas. Ini telah banyak menyusahkan kehidupan mereka dan akibatnya, mereka mudah dipengaruhi semasa pilihanraya umum demi pertukaran barangan-barangan asas seperti beras. Saya amat kecewa terhadap pembangunan yang tidak setara dengan Malaya. Mereka menikmati kemudahan yang begitu selesa seperti perkhidmatan LRT/MRT/Monorel dan lebuh raya yang besar dan rata. Jalanraya di Sabah dan Sarawak, khususnya di kawasan pedalaman adalah tidak mencapai piawaian yang standard. Keseluruhannya, saya rasa kerajaan persekutuan telah meminggir kami dari segi pembangunan dan kebajikan rakyat. Terdapat banyak rintihan sehingga saya tidak mampu untuk menceritakan semua di sini. 

Jadi, marilah kita rakyat Negara Sarawak! Bangkit untuk mempertahankan  maruah negara kita yang tersayang! Ayuh anak-anak muda Negara Sarawak! Jangan butakan hatimu, jangan pekakan telingamu! Mari kita menuntut balik hak-hak kita sebagai sebuah negara dan kedaulatan tanahair kita! Kalau bukan kamu, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Unite Sarawak!

Saya harap anda semua memahami mesej saya dan harap-harap anda semua menyebarkan kesedaran ini kepada rakan-rakan anda yang masih tidak tahu tentang sejarah sebenar negara kita. Sekian saja post saya malam ini. Semoga Tuhan merahmati anda. Terima kasih!

Tuesday 29 October 2013

Kekuatan POLITIK bergantung penuh kepada kekuatan EKONOMI

Saya perhatikan, yang majoriti rakyat negara Sabah sangat suka menggunakan POLITIK dalam menuntut hak-hak Sabah. Sedangkan ada satu faktor lagi yang lebih berkuasa daripada POLITIK boleh menuntut hak rakyat negara Sabah. Iaitu kekuatan EKONOMI rakyat negara Sabah. Mengapa saya katakan EKONOMI ini sangat penting? Ini kerana kekuatan POLITIK bergantung penuh kepada kekuatan EKONOMI. Jika anda semua tidak percaya, cubalah buat kajian dan rujukan tentang sejarah. 

Lihatlah mengapa Pihak Portugis, Sepanyol, Inggris, Perancis dan Belanda berlumba-lumba mencari kawasan tanah jajahan baru untuk menjanakan EKONOMI negara mereka. Dengan ini, mereka mampu menguatkan POLITIK mereka. Ini kerana, mereka mampu membuat lebih banyak kapal layar, membina kota dan banyak perkara lain kerana kekuatan EKONOMI mereka. Oleh yang demikian, rakyat negara Sabah harus dan semestinya menjadi masyarakat USAHAWAN. Jika tidak, negara Sabah tidak akan mencapai apa-apa kemajuan. Jangan harapkan kerajaan memberikan bantuan sahaja. Rakyat negara Sabah harus belajar berdikari. 

Kalau rakyat Sabah mahu negara Sabah maju dan setanding dengan negara Jepun ataupun negara Korea Selatan. Satu-satunya jalan penyelesaian ialah rakyat Sabah harus melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Kalau anda seorang doktor, anda harus membuka klinik swasta. Kalau anda seorang peguam, anda harus membuka firma gauman anda sendiri. Kalau anda seorang arketik, anda harus menjadi pemaju perumahan ataupun bangunan dan banyak lagi bidang perniagaan yang lain. Jangan mengharap makan gaji dengan kerajaan ataupun syarikat swasta daripada luar. 

Tubuhkan syarikat anda sendiri!!! Jangan jadi pengecut!!! Kalau anda cintakan negara Sabah ini dan berjuang untuk kemajuannya. Maka, jadilah boss dan biar orang luar nampak kemampuan rakyat negara Sabah. Mereka akan dapat melihat yang rakyat Sabah adalah masyarakat yang INOVASI dan KREATIF. Rakyat Sabah mampu menjadi satu bangsa yang unggul dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Letakkan akal fikiran anda seluas seluruh alam semesta.......

Ubah minda dan mentaliti anda untuk memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik

Satu perkongsian daripada saya. Untuk mengubah persepsi anda mengenai politik. Seorang sahabat pernah mengatakan kepada saya 'tidak ada gunanya kamu terlibat dengan politik, itu hal orang-orang besar saja tu, kamu cakap-cakap banyak pun tidak ada guna bukan ada kuasa pun' saya terkedu sebentar apabila mendengar penyataan sedemikian. 

Benar sebelum ini saya juga mempunyai pandangan sedemikian tetapi apa sebenarnya yang mengubah saya ialah kesedaran saya mengenai apa sebenarnya ya berlaku di sekeliling tanpa kita sedari yang memberikan impak yang cukup besar bagi generasi muda Sabah..ramai yang tidak memahami makna politik sebenarnya apa sebut tentang politik mesti yang wujud dalam minda adalah kempen-kempen pilihanraya malah ada juga yang mengatakan 'saya tidak mau terlibat apa-apa, cukuplah di Sabah ni saya tidak dikenakan cukai' sebenarnya mereka tidak faham. 

Jika difikirkan lebih, hendak membeli 'selipar jepun'di kedai pun terpaksa bayar lebih untuk itu. Jangan katakan saya tidak terlibat kerana secara tidak langsung anda memang jelas terlibat. Maka dengan itu ubah minda dan mentaliti anda untuk memahami apa sebenarnya yang dmaksudkan dgn politik. Sedar sekarang adalah lebih baik daripada sesal kemudian tiada guna dan hanya mampu menggigit jari tetapi harus diingat kesedaran diikuti dengan tindakan barulah membuahkan hasil. Jangan sekadar melepaskan kata-kata...

Kita Adalah Pemimpin Masa Depan Negara Sabah!

Pemimpin bukan hanya manis mulut manabur janji, tapi bila di tuntut jauh lencongnya, pemimpin bukan hanya tahu memimpin tapi mahu dipimpin, Pemimpin bukan untuk mendapatkan pangkat tetapi menjadi suara rakyat. Pemimpin tidak semuanya disanjung malah ramai dlm kalangan pemimpin yang dihina dan digelar dengan segala macam gelaran, pemimpin bukan hanya tahu mengumpul kekayaan peribadi tetapi mengumpul kekayaan untuk negara. 

Dalam konteks negara kita Sabah, berapa ramaikah pemimpin yang benar-benar bersuara untuk rakyat dan berapa ramaikah pemimpin kita yang hanya tahu bersuara untuk memancing undi. Generasi muda sabah sedarkah kita bahawa keadilan politik tidak semestinya menuntut kita untuk melakukan kekerasan, berdemontrasi di jalanan menuntut hak kita. Tetapi tidak bermakna kita harus berdiam diri, kerana suara kita boleh mengubah satu penindasan menjadi pembelaan, semakin kita berdiam maka semakin tenggelamlah semangat utk mempertahankan apa yang sepatutnya milik kita. 

Memulakan langkah perjuangan tidak bermakna kita harus terus maju ke tingkat tertinggi, tidak semestinya kita perlu mencari populariti dahulu baru bangkit. Saat inilah saat yang kita boleh gunakan untuk memulakan langkah perjuangan kita kerana tidak selamanya kita bergelar “GENERASI MUDA”. Jadilah generasi muda yang SEDAR dan bukan generasi muda yang SEDAR tetapi berpura-pura TIDAK TAHU


Jangan berbohong dengan diri sendiri sekiranya kita mengetahui itu adalah perkara yang benar untuk kita lakukan. Berjuang secara berseorangan tidak semestinya kita akan gagal kerana suatu masa nanti org akan tahu kenapa kita berjuang. Tetapi adalah lebih baik kita sebagai “GENERASI MUDA NEGARA SABAH” bergandingan tangan memulakan langkah untuk menjaga apa yg sepatutnya menjadi milik kita. Jadilah generasi muda yang aktif, jangan membutakan diri jika kita tidak buta, jangan mengiyakan sesuatu jika kita tidak merelakannya, jangan ikut jika tahu itu salah….GENERASI MUDA NEGARA SABAH BANGKIT!!!!!!!! Kita Adalah Pemimpin Masa Depan Negara Sabah!

BAH!!!!! HARAPAN!!!! POLITIK ADALAH KITA DAN KITA ADALAH POLITIK!!!

Politik bukan urusanmu? Benarkah? - Part 2/2

Ok, saya meluah dulu kunu.. hehe... kalau ada salah dan silap tolong betulkan aaah.. hehe...

Begini, ramai pelajar sekarang yang bila kita cakap pasal politik mesti dia akan fikir pasal c najib, lebih senang pasal isu2 dalam Malaysia ni lar. Asal politik mesti dorang garu kepala yg tdk gatal ada juga yang cakap 'I hate politic !' (mcm sia juga dulu2) hehe.. 

Kenapa dorang cakap begitu??.. Sebab bagi mereka, mereka fikir yang politik ini indak bagus bah. Semua pasal yg tidak bikin puas hati orang. BUkan mereka ni tiada minat tapi mereka ni terlalu 'emosi' pasal politik. Kalau ada saja perkataan 'politik' sanaaaa sudah dorang lari bukan takut tapi 'tidak suka', terutama yang golongan muda ni. 

Memang kita ni mempunyai pilihan sendiri. Mungkin kamu tidak suka politik tapi politik itu adalah semua tentang kamu tentang kita. Jika kita tidak suka politik atau benci politik itu adalah politik awal dalam diri kita tetapi ia diterjemah kepada perasaan. Inginkan sesuatu perlukan usaha. Itulah politik. Cara anda berkawan dan menjalinkan persahabatan dengan kawan itulah politik tetapi ia dalam konteks yang kecil. 

"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik itu sebenarnya bukanya 'jahat' cuma kita perlu faham apa itu politik dan bagaimanakah politik itu. Sebenarnya bukan politik yang 'jahat' tapi oranglah yang membuat politik itu seperti 'jahat' . Politik ini ada banyak jenis bukan mcm yang kita nampak di Persekutuan Malaysia kita ni saja . Di Negara Malaya, Negara Sarawak dan Negara Sabah. Bukan itu ja. Ada bnyk jenis. Jangan telampau 'sempitkan fikiran itu' ..
Saya sebenarnya sakit hati bila mereka di luar sana terutama golongan muda tidak memahami apakah politik ini yang sebenarnya. Kalau bukan dari sekarang bila lagi mahu start belajar soal ni kan??.. Membiasakan diri dalam soal ini?? Jangan bila sudah mahu dekat2 dgn 'tanah' baru mahu sedar baru mahu menyesal. 

Saya ingat apa yang YB Datuk Dr.Jeffery Kitingan cakap, "selitkan masamu walau sedikit pun kepada politik semasa kamu menuntut pelajaran, kerana dulu saya tidak berkesempatan berbuat sedemikan seperti anda sekarang ini."

Tidakkah kamu terfikir masa depan kamu???.. The future for our generation?? Come on ! Younger Generation !. Jangan down !. Mahu memperjuangkan sesuatu??.. You'll never walk alone !. trust me.. Together we fight for our right.. Adakah anda, saya atau kita faham maksud politik sekarang???... sekeliling kita semuanya pasal politik. Melibatkan politik. So 'use your brain'.

Peace everybody !.

Sunday 27 October 2013

LAPORAN PERARAKAN SEMPENA MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA SABAH KALI KE-50 TAHUN

Pada 28 Ogos 2013 yang lalu, buat julung-julung kalinya Sabah mengadakan Independence Walk and Freedom Ride ataupun perarakan bagi menguar-uarkan kemerdekaan Negara Sabah yang sebenarnya kepada seluruh rakyat Sabah. Perarakan ini dilangsungkan di perkarangan Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu kawasan Asia City. Pihak penganjur iaitu Borneo Heritage Foundation (BHF), mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 50 orang. 

Namun, kehadiran adalah amat menggembirakan kerana hampir 100 orang telah turut serta dalam perarakan tersebut. Menurut Pengerusi penganjur, beliau telah berjumpa dengan pihak DBKK untuk meminta kebenaran untuk mengadakan perarakan di jalan besar namun atas alasan perarakan tersebut hanya akan menyebabkan kesesakan ditambah pula dengan hari bekerja maka mereka tidak meluluskan  perarakan itu dibuat di jalan besar. Pihak DBKK hanya membenarkan perarakan dibuat di kawasan pejalan kaki yang tidak menghalang pergerakan orang lain.

Pihak polis juga mengatakan bahawa perarakan itu boleh dibuat tetapi sewaktu berjalan, hanya dua atau empat orang dalam satu kumpulan  dalam satu pergerakan. Walaupun hal ini sedikit sebanyak telah memberi impak yang besar iaitu kurangnya sambutan orang sekeliling disebabkan factor penggunaan kawasan, namun perkara yang paling penting adalah setiap individu yang hadir mempunyai semangat yang sangat tinggi. Seperti kata-kata En Azroy Abdullah jangan lihat pada kuantiti, tetapi lihatlah pada kualiti. Walaupun sedikit tetapi mampu memahami secara mendalam setiap perkara yang dibincangkan dengan baik, itu lebih baik daripada mempunyai jumlah yang ramai tetapi pulang dengan tangan kosong’

Selepasa sahaja perarakan tersebut, suatu forum telah dilaksanakan bagi membincangkan aktiviti pada hari tersebut. Forum tersebut diadakan di Convention and Star City Centre sekitar jam 12 PM. Dalam forum terebut terdapat tiga orang panel yang telah dipilih untuk memberikan sedikit pandangan mereka tentang aktiviti yang dijalankan pada hari itu dan juga bebrapa isu penting yang berkaitan dengan Sabah umumnya.

            Kesimpulannya, walaupun perarakan ini nampaknya tidak begitu Berjaya mencapai misinya, namun akan adanya kali kedua yang pasti akan membawa Sabah kepada suatu kemajuan yang luar biasa.





Laporan disediakan oleh,

(L.ORINE BINTI UKOR)
Setiausaha,
United Varsity Students of Borneo,
Sabah.

Jangan fikir dulu masalah negara,buat apa kamu mau fikir masalah negara??


Pernahkah anda mengelami keadaan ini yang mana anda dinasihati untuk fokus pelajaran sahaja dan abaikan masalah negara? Dapatkah anda lihat kesan atas "nasihat" seumpama itu? Kesannya, ia telah melahirkan Generasi Muda yang "Benci Politik" dan "Pasif". Sedarlah wahai semua Generasi Muda Negara Sabah... Sebarkan mesej ini... Marilah kita semua bersatu untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain agar tidak lagi mengenepikan hal negara tetapi bersama-sama membincangkan serta berjuang bersama-sama dengan orang tua kita.

Quote from Facebook
"Sebagai seorang guru, warga pendidik... Tugas anda adalah untuk melahirkan generasi muda yang bakal memimpin negara! Dengan memberikan nasihat seumpama ini "kamu patut fikir masalah kamu sendiri dulu, jangan fikir dulu masalah negara,buat apa kamu mau fikir masalah negara??" Anda secara tidak langsung "Menjahanamkan" Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak. Bila difikirkan, kebanyakan guru daripada Malaya... Mungkin sebab itu kata-kata sedemikian ditujukan kepada generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak agar tiada kesedaran politik. Dan ini memudahkan penjajahan halus diteruskan. Tetapi sampai disini sahaja sebab Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah sedar!!! Sebarkan mesej ini..." 

Saturday 26 October 2013

Politik bukan urusanmu? Benarkah? - Part 1/2

Banyak di luar sana yang berkata ''Politik bukan urusanmu'' , ada juga yang bilang ,''kau masih muda jangan sibuk'' . Dan ada pula orang muda terutama siswa/siswi IPTA/S berangapan politik ini hanya untuk orang-orang dewasa orang-orang tua. Tapi sedarkah kamu? Generasi mudalah yang sebenarnya perlu mengambil tahu, perlu sedar, perlu mempertahankan kebenaran, generasi mudalah harapan untuk membuka mata mereka yang masih dibutakan. Kalau bukan kita siapa lagi?. 

Ini bukan soal mahu jadi terkenal kah apa, tapi ini soal masa depan kita. Masa depan generasi kita, masa depan Negara kita Sabah. Sampai bila mahu hidup dalam keadaan yang 'kesian' ini? Kita ada hak. Dan suara generasi muda itulah yang sebenarnya perlu didengar. Jadi, bagi mereka yang rasa orang muda, generasi muda ini 'pandai-pandai' cakap pasal politik, bilang kami ini tidak tahu apa-apa, kamu silap, kami sebenarnya sedang belajar untuk terbang untuk mahu bebas dari sarang dan mahu membawa mereka semua yang ada di luar sana terutama golongan muda untuk sama-sama belajar terbang dan seterusnya sama-sama membawa erti kemerdekaan sebenar. Stop being afraid !

People should not be afraid of their government. The government should be afraid of their people !. Seperti apa yangg dikatakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffery Kitingan berkata, ''Jangan kamu butakan mata dengan menjauhkan diri dari politik, selitkan masa walau sedikit pun kepada politik'' . ''dan siapakah yg akan menjadi pengganti? Orang yg SEDAR itu adalah kamu, maka kamulah penggantinya'' . Lets move step by step. Kalau bukan kita siapa lagi?. Kan?. Cheerss ! Everyone !

Tuesday 22 October 2013

“Jangan Ajar Rakyat, Dengan Apa yang Rakyat Tidak TAHU”


Perkataan ini telah keluar dari mulut bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir kepada pemimpin negeri  (Negara) Sabah YB. Datuk Jeffrey G.Kitingan (DDJK) pada 26 tahun yang lalu semasa pemerintahan beliau.

Semasa sesi bersembang dan mendengar nasihat daripada DDJKdalam mesyuarat UVSB.

Saya merupakan seorang pelajar yang belajar di IPTA, sedikit sebanyak memahami dan menghayati semangat juang DDJK, dengan pemahaman dan penilaian yang saya lakukan secara terperinci saya mendapati perjuangan beliau adalah sangat penting kepada rakyat Negara Sabah. Pada masa yang sama saya sangat sedih apabila melihat perkataan-perkataan seperti merendahkan beliau, memulaukan beliau, menjatuhkan beliau, dan sebagainya yang mana seringkali kita lihat di media maya. Ini kerana bagi penilaian saya beliau merupakan Pejuang Negara Sabah yang harus kita hargai.

Menurut beliau, Negara Sabah boleh mendapatkan semula kuasa pemerintahannya dan kuasa terhadap ekonomi Negara Sabah dengan adanya perpaduan antara semua bangsa yang ada di Negara Sabah. Ini kerana, Negara Sabah adalah sebuah Negara yang dijajah dengan cara halus melalui teknik “Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)” Mengapa? Dengan cara inilah Negara Sabah senang untuk dijajah, tidak akan dapat bersatu dan sukar untuk mendapatkan kuasanya disebabkan tiada penyatuan suara daripada rakyat Negara Sabah untuk menuntut hak-hak Negara Sabah. Penyelasaian kepada masalah ini adalah melalui “Perpaduan”. Dengan adanya perpaduan ini maka kita akan menjadi Satu Suara yang Kuat untuk menuntut hak-hak Negara Sabah seperti hak keatas ekonomi dan kuasa pemerintahan sesuai dengan 20 Perkara Negara Sabah yang menjadi syarat kepada pembentukan Persekutaun Malaysia.

Jangan Ajar Rakyat, Dengan Apa yang Rakyat Tidak TAHU” berbalik kepada perkataan ini, kita boleh memahami apakah maksud yang tersiratnya. DDJK sebenarnya mengetahui segala rancangan Tun Dr. Mahathir keatas Negara Sabah. Pelbagai ancaman dan ugutan Perdana Menteri pada ketika itu telah diberikan kepada DDJK sehinggakan beliau dimasukkan ke dalam Internal Security Act (ISA). Ini disebabkan beliau telah mengajar rakyat Negara Sabah tentang apa yang rakyat Negara Sabah tidak ketahui selama ini. Itu merupakan suatu tanggungjawab dan beban yang harus dilaksanakan serta dipikul sebagai seorang pemimpin kepada rakyat yang disayangi. Beliau telah mengajar rakyatnya tentang kesedaran akan hak-hak rakyat, sedarkan rakyat akan kepentingan rakayat Negara Sabah dan sejarah sebenar Negara Sabah. Ini telah membuatkan Malaya berasa terancam dari segi kepentingan politiknya terhadap Negara Sabah sehingga menutup mulut beliau dengan menyumbat beliau ke dalam tahanan ISA.


Pada hari tersebut, beliau sempat berpesan kepada kami selaku generasi muda sabah. “saya sangat berbangga dengan anda semua generasi muda Negara Sabah kerana sedar akan hak-hak sebagai rakyat Negara Sabah, janganlah kamu butakan mata dengan menjauhkan diri daripada politik, selitkan masa walau sedikit pun kepada politik semasa kamu menuntut pelajaran, kerana dulu saya tidak berkesempatan berbuat sedemikian seperti anda sekarang ini. Saya sebenarnya tidak meminati politik tetapi saya sedar, betapa kasihannya Bangsa dan Negara Sabah kerana seperti dipermainkan, diperbodohkan dan diputarbelitkan/dimanipulasikan oleh kuasa luar iaitu Malaya. Dengan itu saya berjuang kerana saya seorang yang SEDAR, seperti juga anda semua yang sudah sedar, teruskanlah perjuangan ini meski pun suatu hari nanti era politik akan berubah lagi kerana saya sebagai pemimpin sudah penat kerana usia semakin meningkat dan suatu hari nanti saya akan pergi, dan siapkah yang akan menjadi pengganti? Orang yang SEDAR itu adalah kamu, maka kamulah penggantinya”


"Saya sebagai generasi muda Negara sabah sangat teruja dan terharu dengan apa yang beliau katakan, dan sebagai generasi muda sabah yang SEDAR ingin membawa semua generasi muda Negara Sabah dalam perjuangan ini."


Sila tonton video ini untuk memahami perjuangan UVSB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...