Tuesday, 22 October 2013

“Jangan Ajar Rakyat, Dengan Apa yang Rakyat Tidak TAHU”


Perkataan ini telah keluar dari mulut bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir kepada pemimpin negeri  (Negara) Sabah YB. Datuk Jeffrey G.Kitingan (DDJK) pada 26 tahun yang lalu semasa pemerintahan beliau.

Semasa sesi bersembang dan mendengar nasihat daripada DDJKdalam mesyuarat UVSB.

Saya merupakan seorang pelajar yang belajar di IPTA, sedikit sebanyak memahami dan menghayati semangat juang DDJK, dengan pemahaman dan penilaian yang saya lakukan secara terperinci saya mendapati perjuangan beliau adalah sangat penting kepada rakyat Negara Sabah. Pada masa yang sama saya sangat sedih apabila melihat perkataan-perkataan seperti merendahkan beliau, memulaukan beliau, menjatuhkan beliau, dan sebagainya yang mana seringkali kita lihat di media maya. Ini kerana bagi penilaian saya beliau merupakan Pejuang Negara Sabah yang harus kita hargai.

Menurut beliau, Negara Sabah boleh mendapatkan semula kuasa pemerintahannya dan kuasa terhadap ekonomi Negara Sabah dengan adanya perpaduan antara semua bangsa yang ada di Negara Sabah. Ini kerana, Negara Sabah adalah sebuah Negara yang dijajah dengan cara halus melalui teknik “Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)” Mengapa? Dengan cara inilah Negara Sabah senang untuk dijajah, tidak akan dapat bersatu dan sukar untuk mendapatkan kuasanya disebabkan tiada penyatuan suara daripada rakyat Negara Sabah untuk menuntut hak-hak Negara Sabah. Penyelasaian kepada masalah ini adalah melalui “Perpaduan”. Dengan adanya perpaduan ini maka kita akan menjadi Satu Suara yang Kuat untuk menuntut hak-hak Negara Sabah seperti hak keatas ekonomi dan kuasa pemerintahan sesuai dengan 20 Perkara Negara Sabah yang menjadi syarat kepada pembentukan Persekutaun Malaysia.

Jangan Ajar Rakyat, Dengan Apa yang Rakyat Tidak TAHU” berbalik kepada perkataan ini, kita boleh memahami apakah maksud yang tersiratnya. DDJK sebenarnya mengetahui segala rancangan Tun Dr. Mahathir keatas Negara Sabah. Pelbagai ancaman dan ugutan Perdana Menteri pada ketika itu telah diberikan kepada DDJK sehinggakan beliau dimasukkan ke dalam Internal Security Act (ISA). Ini disebabkan beliau telah mengajar rakyat Negara Sabah tentang apa yang rakyat Negara Sabah tidak ketahui selama ini. Itu merupakan suatu tanggungjawab dan beban yang harus dilaksanakan serta dipikul sebagai seorang pemimpin kepada rakyat yang disayangi. Beliau telah mengajar rakyatnya tentang kesedaran akan hak-hak rakyat, sedarkan rakyat akan kepentingan rakayat Negara Sabah dan sejarah sebenar Negara Sabah. Ini telah membuatkan Malaya berasa terancam dari segi kepentingan politiknya terhadap Negara Sabah sehingga menutup mulut beliau dengan menyumbat beliau ke dalam tahanan ISA.


Pada hari tersebut, beliau sempat berpesan kepada kami selaku generasi muda sabah. “saya sangat berbangga dengan anda semua generasi muda Negara Sabah kerana sedar akan hak-hak sebagai rakyat Negara Sabah, janganlah kamu butakan mata dengan menjauhkan diri daripada politik, selitkan masa walau sedikit pun kepada politik semasa kamu menuntut pelajaran, kerana dulu saya tidak berkesempatan berbuat sedemikian seperti anda sekarang ini. Saya sebenarnya tidak meminati politik tetapi saya sedar, betapa kasihannya Bangsa dan Negara Sabah kerana seperti dipermainkan, diperbodohkan dan diputarbelitkan/dimanipulasikan oleh kuasa luar iaitu Malaya. Dengan itu saya berjuang kerana saya seorang yang SEDAR, seperti juga anda semua yang sudah sedar, teruskanlah perjuangan ini meski pun suatu hari nanti era politik akan berubah lagi kerana saya sebagai pemimpin sudah penat kerana usia semakin meningkat dan suatu hari nanti saya akan pergi, dan siapkah yang akan menjadi pengganti? Orang yang SEDAR itu adalah kamu, maka kamulah penggantinya”


"Saya sebagai generasi muda Negara sabah sangat teruja dan terharu dengan apa yang beliau katakan, dan sebagai generasi muda sabah yang SEDAR ingin membawa semua generasi muda Negara Sabah dalam perjuangan ini."


Sila tonton video ini untuk memahami perjuangan UVSB

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...