Pemimpin bukan hanya manis mulut manabur janji, tapi bila di tuntut jauh lencongnya, pemimpin bukan hanya tahu memimpin tapi mahu dipimpin, Pemimpin bukan untuk mendapatkan pangkat tetapi menjadi suara rakyat. Pemimpin tidak semuanya disanjung malah ramai dlm kalangan pemimpin yang dihina dan digelar dengan segala macam gelaran, pemimpin bukan hanya tahu mengumpul kekayaan peribadi tetapi mengumpul kekayaan untuk negara.
Dalam konteks negara kita Sabah, berapa ramaikah pemimpin yang benar-benar bersuara untuk rakyat dan berapa ramaikah pemimpin kita yang hanya tahu bersuara untuk memancing undi. Generasi muda sabah sedarkah kita bahawa keadilan politik tidak semestinya menuntut kita untuk melakukan kekerasan, berdemontrasi di jalanan menuntut hak kita. Tetapi tidak bermakna kita harus berdiam diri, kerana suara kita boleh mengubah satu penindasan menjadi pembelaan, semakin kita berdiam maka semakin tenggelamlah semangat utk mempertahankan apa yang sepatutnya milik kita.
Memulakan langkah perjuangan tidak bermakna kita harus terus maju ke tingkat tertinggi, tidak semestinya kita perlu mencari populariti dahulu baru bangkit. Saat inilah saat yang kita boleh gunakan untuk memulakan langkah perjuangan kita kerana tidak selamanya kita bergelar “GENERASI MUDA”. Jadilah generasi muda yang SEDAR dan bukan generasi muda yang SEDAR tetapi berpura-pura TIDAK TAHU.
Jangan berbohong dengan diri sendiri sekiranya kita mengetahui itu adalah perkara yang benar untuk kita lakukan. Berjuang secara berseorangan tidak semestinya kita akan gagal kerana suatu masa nanti org akan tahu kenapa kita berjuang. Tetapi adalah lebih baik kita sebagai “GENERASI MUDA NEGARA SABAH” bergandingan tangan memulakan langkah untuk menjaga apa yg sepatutnya menjadi milik kita. Jadilah generasi muda yang aktif, jangan membutakan diri jika kita tidak buta, jangan mengiyakan sesuatu jika kita tidak merelakannya, jangan ikut jika tahu itu salah….GENERASI MUDA NEGARA SABAH BANGKIT!!!!!!!! Kita Adalah Pemimpin Masa Depan Negara Sabah!
BAH!!!!! HARAPAN!!!! POLITIK ADALAH KITA DAN KITA ADALAH POLITIK!!!
0 comments :
Post a Comment