Sunday 27 October 2013

LAPORAN PERARAKAN SEMPENA MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA SABAH KALI KE-50 TAHUN

Pada 28 Ogos 2013 yang lalu, buat julung-julung kalinya Sabah mengadakan Independence Walk and Freedom Ride ataupun perarakan bagi menguar-uarkan kemerdekaan Negara Sabah yang sebenarnya kepada seluruh rakyat Sabah. Perarakan ini dilangsungkan di perkarangan Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu kawasan Asia City. Pihak penganjur iaitu Borneo Heritage Foundation (BHF), mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 50 orang. 

Namun, kehadiran adalah amat menggembirakan kerana hampir 100 orang telah turut serta dalam perarakan tersebut. Menurut Pengerusi penganjur, beliau telah berjumpa dengan pihak DBKK untuk meminta kebenaran untuk mengadakan perarakan di jalan besar namun atas alasan perarakan tersebut hanya akan menyebabkan kesesakan ditambah pula dengan hari bekerja maka mereka tidak meluluskan  perarakan itu dibuat di jalan besar. Pihak DBKK hanya membenarkan perarakan dibuat di kawasan pejalan kaki yang tidak menghalang pergerakan orang lain.

Pihak polis juga mengatakan bahawa perarakan itu boleh dibuat tetapi sewaktu berjalan, hanya dua atau empat orang dalam satu kumpulan  dalam satu pergerakan. Walaupun hal ini sedikit sebanyak telah memberi impak yang besar iaitu kurangnya sambutan orang sekeliling disebabkan factor penggunaan kawasan, namun perkara yang paling penting adalah setiap individu yang hadir mempunyai semangat yang sangat tinggi. Seperti kata-kata En Azroy Abdullah jangan lihat pada kuantiti, tetapi lihatlah pada kualiti. Walaupun sedikit tetapi mampu memahami secara mendalam setiap perkara yang dibincangkan dengan baik, itu lebih baik daripada mempunyai jumlah yang ramai tetapi pulang dengan tangan kosong’

Selepasa sahaja perarakan tersebut, suatu forum telah dilaksanakan bagi membincangkan aktiviti pada hari tersebut. Forum tersebut diadakan di Convention and Star City Centre sekitar jam 12 PM. Dalam forum terebut terdapat tiga orang panel yang telah dipilih untuk memberikan sedikit pandangan mereka tentang aktiviti yang dijalankan pada hari itu dan juga bebrapa isu penting yang berkaitan dengan Sabah umumnya.

            Kesimpulannya, walaupun perarakan ini nampaknya tidak begitu Berjaya mencapai misinya, namun akan adanya kali kedua yang pasti akan membawa Sabah kepada suatu kemajuan yang luar biasa.





Laporan disediakan oleh,

(L.ORINE BINTI UKOR)
Setiausaha,
United Varsity Students of Borneo,
Sabah.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...