"Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang"
Sebuah coretan dariku.. Ya..peribahasa ini sangat sinonim dengan perjuanganku sebagai seorang anak Negara Sabah yang Merdeka dan Berdaulat.. Dikala aku lemah dan hampir jatuh dan ku rasakan hampir tidak berdaya..ini menegur aku bahawa aku tidak harus berhenti setakat waktu ini sahaja...Hatiku berkata "masih banyak yang perlu kamu lakukan harny" dan dengan berbekalan semangat Nasionalisme dalam jiwaku saat ini aku mulai bermonolog (berkata pada diri) sendiri "berhenti separuh jalan..?" Namun hatiku menangis dan pilu tatkala melihat bangsa-bangsaku masih ramai yang dibutakan oleh sejarah...Mahu saja aku menutup mulut dan berpura-pura tidak tahu... Namun ia semakin sakit terasa..aku tidak rela kerana aku sangat sayang bangsaku...
"Wahai sahabat mengapa kamu dengan tegarnya menafikan asal usul Negaraku?? Mengapa kamu begitu kejam memperlakukan kami seperti ini, di mana janji-janji yang ditabur selama bergelar rakan kongsi??? Aku tidak tahu dimana khilafnya mempercayai janji-janji manismu...Egomu terlalu tinggi..semakin menunduk, semakin ditindas" Hati kami ini walau disimbah tujuh lautan sekalipun ia tidak akan mampu memadamkan luka yang terguris dalam...Ingatlah wahai sahabat, sesungguhnya sejarah tidak pernah menipu...Tidak selamanya kami berdiam diri... Tidak akan...!!!
Ya!!! aku akan tetap bangkit untuk menegakkan kebenaran!!! Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang... Biar Berputih Tulang Jangan Sampai Putih Mata... Walau onak dan duri terpaksa ku tempuh.. Aku akan tetap mara ke hadapan..menyahut seruan Pemimpin terdahulu kerana inilah janjiku... Ini kerana...
"Kita adalah Masa Depan Negara Sabah!!!"
0 comments :
Post a Comment