Saya perhatikan, yang majoriti rakyat negara Sabah sangat suka menggunakan POLITIK dalam menuntut hak-hak Sabah. Sedangkan ada satu faktor lagi yang lebih berkuasa daripada POLITIK boleh menuntut hak rakyat negara Sabah. Iaitu kekuatan EKONOMI rakyat negara Sabah. Mengapa saya katakan EKONOMI ini sangat penting? Ini kerana kekuatan POLITIK bergantung penuh kepada kekuatan EKONOMI. Jika anda semua tidak percaya, cubalah buat kajian dan rujukan tentang sejarah.
Lihatlah mengapa Pihak Portugis, Sepanyol, Inggris, Perancis dan Belanda berlumba-lumba mencari kawasan tanah jajahan baru untuk menjanakan EKONOMI negara mereka. Dengan ini, mereka mampu menguatkan POLITIK mereka. Ini kerana, mereka mampu membuat lebih banyak kapal layar, membina kota dan banyak perkara lain kerana kekuatan EKONOMI mereka. Oleh yang demikian, rakyat negara Sabah harus dan semestinya menjadi masyarakat USAHAWAN. Jika tidak, negara Sabah tidak akan mencapai apa-apa kemajuan. Jangan harapkan kerajaan memberikan bantuan sahaja. Rakyat negara Sabah harus belajar berdikari.
Kalau rakyat Sabah mahu negara Sabah maju dan setanding dengan negara Jepun ataupun negara Korea Selatan. Satu-satunya jalan penyelesaian ialah rakyat Sabah harus melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Kalau anda seorang doktor, anda harus membuka klinik swasta. Kalau anda seorang peguam, anda harus membuka firma gauman anda sendiri. Kalau anda seorang arketik, anda harus menjadi pemaju perumahan ataupun bangunan dan banyak lagi bidang perniagaan yang lain. Jangan mengharap makan gaji dengan kerajaan ataupun syarikat swasta daripada luar.
Tubuhkan syarikat anda sendiri!!! Jangan jadi pengecut!!! Kalau anda cintakan negara Sabah ini dan berjuang untuk kemajuannya. Maka, jadilah boss dan biar orang luar nampak kemampuan rakyat negara Sabah. Mereka akan dapat melihat yang rakyat Sabah adalah masyarakat yang INOVASI dan KREATIF. Rakyat Sabah mampu menjadi satu bangsa yang unggul dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Letakkan akal fikiran anda seluas seluruh alam semesta.......
0 comments :
Post a Comment