Friday, 28 February 2014

Kita Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Negara Sabah...

Semakin lama hak-hak kita dinafikan tahun demi tahun melalui polisi "kerajaan malaysia". Ini sedang berlaku dan kekal sampai bila-bila jika kita tidak lakukan sesuatu. Bukti utama hasil-hasil Negara Sabah diambil secara terang-terangan untuk memajukan negeri-negeri di semenanjung tanah melayu (malaya) yang sebenarnya tidak mempunyai potensi untuk maju tetapi diberikan status "negeri maju".

Kenapa kita tidak diberi peluang untuk menikmati kesenangan yang sama malahan kita dilabelkan sebagai "negeri" yang "kurang berdaya saing". Keuntungan Negara Sabah diambil sepenuhnya oleh "kerajaan malaysia" dan rakyat Bangsa Negara Sabah TIDAK DAPAT menikmati hasilnya biarpun separuh daripada keuntungan tersebut...

Apabila kita membuat aduan yang berkaitan dengan masalah ekonomi, keselamatan dan kemudahan untuk kebaikan Negara Sabah, kita DINAFIKAN melalui kenyataan yang amat menyedihkan dan salah satunya ialah "Sabah tidak mempunyai ruang untuk dijadikan hub untuk bersaing dalam peringkat global", selain itu masalah pendatang asing yang dinyatakan "Bukan satu masalah besar dan tidak akan menggugat keselamatan negara" dan kemudahan komuter pengangkutan awan yang mana "Kota Kinabalu tidak sesuai untuk mempunyai perkhidmatan komuter" serta bermacam-macam lagi kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin malaya mahupun daripada pemimpin tempatan yang berpaksikan/bertuankan malaya.

Adakah mereka lebih tahu tentang nasib kita sebagai orang sabah?

Adakah mereka lebih arif dan kita kurang bijak tentang negara kita sendiri sehingga mereka menghantar pegawai-pegawai yang mempunyai peratusan kosong arif tentang sabah dan mengawal semua pergerakan ekonomi dalan sabah?

Adakah orang sabah tidak mempunyai kelulusan yang baik sehingga orang dari semenanjung diletak sebagai ketua tertinggi dalam semua sektor kerajaan?

Adalah sangat menyedihkan kita telah dan sentiasa dibelakangkan dalam semua aspek umpama kita tidak mempunyai kebolehan untuk menjaga negara kita sendiri.

Inilah yang membuatkan saya berasa teramat sedih dan terus bersedih kerana kita diperlekehkan seperti kita ini SANGAT BODOH. Kita sebagai rakyat Negara Bangsa Sabah lebih tahu apa yang terbaik untuk negara kita.

Kenapa kita harus dikawal oleh kroni-kroni yang HANYA mementingkan poket mereka sahaja?

Adakah kita takut untuk menghadapi mereka kerana kita berfikir bahawa kita akan kehilangan semuanya yang kita nikmati sekarang? 

Jika begitulah caranya pemikiran kita maka generasi masa hadapan kita akan PASTI menghadapi dan melalui saat-saat yang sangat sukar dan amat ditakuti untuk kita bayangkan tentang bagaimana hak-hak mereka ditindas serta dihapus begitu sahaja.

Kepada pemimpin-pemimpin yang berkaitan... Siapa yang makan lada, sendirilah terasa pedas... Fikir-fikirkanlah... Janganlah hanya pentingkan periuk nasi anda sahaja sehingga dijadikan "puppet/patung/boneka" oleh kerajaan persekutuan malaysia/malaya. Anda lebih tahu apa yang terbaik untuk Negara Sabah tetapi mengapa terus biarkan mereka memporak-porandakan negara kita??? Negara Sabah adalah untuk Bangsa Sabah yang terdiri daripada lebih 37 etnik... Janganlah biarkan anasir malaya dengan permainan RASIS dan KOTOR mereka itu meracuni setiap minda Bangsa Negara Sabah!


Akhir kata saya berharap bahawa setiap daripada kita SEDAR bahawa kita mempunyai HAK yang MUTLAK untuk negara kita. Jangan biarkan kita dinafikan kerana kita lebih tahu apa yang terbaik untuk Negara Sabah kita!


Sabah for sabahan!!!

Artikel ini ditulis oleh En.Wilson Stephen dari Negara Sabah dan beliau merupakan peserta Borneo Awareness Campaign yang Ketiga.

Persoalan demi persoalan dilontarkan oleh beliau telah menimbulkan kesedaran sesungguhnya kesedaran sesuatu bangsa bermula dengan satu persoalan yang muda dan diikuti dengan jawapannya. Dengan itu, menimbulkan persoalan yang pelbagai dengan jawapannya sekali membuatkan kesedaran itu muncul untuk memberikan Tekanan. Dengan timbulnya tekanan akan menghasilkan Tindakan. Akhir sekali, kita akan dalam melihat Hasil daripada Tindakan yang diambil.

Sila kongsikan artikel beliau sebanyak yang mungkin kepada Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak jikalau anda bersetuju dengan kenyataan dan perkongsiannya. Sahutilah dan sertailah Kempen Kesedaran Bangsa Borneo ini...


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...