Saturday 15 February 2014

Kempen Kesedaran Bangsa Borneo


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog UVSB. Disini, pihak UVSB dengan sukacitanya ingin membawa anda semua khasnya untuk Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk menghasilkan artikel yang sangat menarik dengan intipatinya merangkumi aspek-aspek "Kesedaran, Keberanian, Kebangkitan dan Nasionalisme" yang mana ia merangkumi isu-isu mengenai "Sosial, Ekonomi dan Politik". 3 artikel yang terbaik akan diberikan hadiah sebagai  tanda mengiktiraf kejayaan peserta dalam menghasilkan artikel yang berkualiti, matang dan profesional.


Hadiah yang ditawarkan ialah seperti berikut:

1st   : RM300, Tshirt dan Woven Beg
2nd  : RM200, Tshirt
3rd  : RM100

***Walau bagaimanapun, peserta yang tidak mendapat tempat 3 teratas akan diberikan cenderamata kenang-kenangan yang berbentuk "Woven Beg". Maka dengan itu, jangan lepaskan peluang ini untuk membantu merancakkan lagi kesedaran Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai perkara-perkara yang sedang berlaku di Negara anda***

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Penyertaan hanya terbuka kepada Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak.
  2. Peserta hendaklah berumur dalam lingkungan sekitar 16 tahun sehingga 40 tahun sahaja.
  3. Penyertaan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan.
  4. Peserta MESTI "like" page UVSB di Facebook.
  5. Peserta yang mampu mendapat 6000 "like" dan 3000 "share" pada artikelnya yang diposkan dalam Facebook akan dikira sebagai Pemenang selepas tarikh tamatnya pada 16 September 2014
  6. Pengiraan jumlah "like" dan "share" hanya SAH dikira melalui artikel yang diposkan dalam page Facebook UVSB sahaja oleh admin UVSB. Maka dengan itu, untuk mendapatkan jumlah yang banyak, peserta haruslah "share" kan artikel tersebut melalui page Facebook UVSB kepada pengguna Facebook lain.
  7. Seorang peserta hanya dibenarkan untuk menghasilkan maksima 3 artikel sahaja. Jumlah "like" pada ketiga-tiga artikel tersebut boleh digabungkan untuk menjadi satu jumlah rasmi dalam usaha untuk mencapai sasaran sebagai pemenang sebanyak 6000 "like" dan 3000 "share"
  8. Dua Peserta tertinggi yang mendapat kurang daripada 6000 "like" dan 3000 "share" secara automatiknya akan menduduki tempat Kedua dan Ketiga.
  9. Bahasa untuk artikel amatlah digalakkan menggunakan bahasa ibunda seperti bahasa Sabah dan bahasa Sarawak dengan terjemahannya sekali. Tapi untuk memudahkan pembacaan, bahasa yang dicadangkan ialah bahasa English dan Malaysia.
  10. Hasil karya artikel yang dihasilkan MESTI ASLI yang diilhamkan daripada "Kesedaran Dalaman Diri" dengan pemerhatian yang dapat dilihat dan dirasai oleh pembaca.
  11. Peserta amat digalakkan untuk menyertakan gambar-gambar yang bersesuaian dengan artikel yang dihasilkan untuk menambahkan lagi daya tarikan pembaca.
  12. Artikel tersebut MESTILAH dihantarkan melalui email rasmi UVSB iaitu pada uvsborneo@gmail.com
  13. Pemenang yang menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga akan diumumkan seminggu selepas tarikh tamat kempen dan pemenang akan ditemu-ramah oleh pihak media UVSB untuk mengiktiraf usaha peserta dalam memberikan kesedaran yang berkesan kepada Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak.
  14. Pihak UVSB mempunyai hak mutlak untuk membuat sebarang pindaan syarat kempen ini tanpa perlu memaklumkan kepada peserta. Walaubagaimanapun, pihak UVSB akan memaklumkan secara rasmi jikalau terdapat sebarang pindaan dalam kempen ini.

Sebarang pertanyaan, anda bolehlah berhubung dengan pihak UVSB melalui email rasmi UVSB iaitu uvsborneo@gmail.com



Post by United Varsity Student of Borneo - UVSB.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...