Thursday, 20 February 2014

Hari Orangutan Sedunia

Pada 18 Ogos 2013 yang lalu, United Varsity Student of Borneo (UVSB) telah bersama-sama menyambut Hari Orangutan Sedunia sempena memperingati Orangutan yang semakin diancam kepupusan ini. Hari Orangutan Sedunia ini sepatutnya disambut pada 19 Ogos 2013 diseluruh dunia, namun di Sabah akibat kekangan masa, maka ianya disambut pada 18 Ogos. 

Seawal jam 9 pagi, UVSB telah berada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi kerana Hari Orangutan Sedunia ini akan disambut di tempat ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengedarkan risalah-risalah yang berkisar tentang Orangutan. 

Selain itu, setiap pengunjung dikehendaki menurunkan tandatangan mereka pada sebuah kertas sebagai tanda mereka menyokong Hari Orangutan Sedunia ini. Setelah itu, video juga akan diambil sebagai tanda mereka benar-benar menyokong Hari Orangutan Sedunia.Aktiviti berakhir pada jam 12 tengah hari. Kesimpulannya, dapat diperhatikan bahawa terdapat masyarakat yang mengambil peduli tentang orangutan, dan ada juga yang langsung tidak kisah. 

Ada pengunjung yang bertanya panjang lebar tentang aktiviti ini dan ada pula yang langsung tidak mahu mendengar apa yang UVSB ingin sampaikan tentang orangutan. Oleh hal yang demikian, perkara yang paling penting ialah terdapat banyak masyarakat yang sudah tahu akan perkar ini.



Sila lawati artikel ini untuk mengetahuinya lebih lanjut...
http://uvsb.blogspot.com/2013/07/support-world-orangutan-day.html



Post by United Varsity Student of Borneo - UVSB.


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...