Friday, 21 February 2014

No Malaysia before 1963

KOTA KINABALU - “Sepatutnya sebagai Tuan Speaker dan pemimpin Umno Sabah kanan dan berada dalam posisi berkuasa, Datuk Dr. Salleh harus menyokong kumpulan-kumpulan yang cuba memberi kesedaran tentang sejarah sebenar Sabah terutama mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Sabah adalah salah satu Negara yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 sambil menuntut sehingga merealisasikan hak-hak Sabah yang terhakis sehingga hari ini” ujar Hasmin Azroy Abdullah, Ketua Wiramuda STAR Sabah, sebagai respon mengenai seruan Datuk Dr. Salleh Tun Said Keruak kepada Pemuda Umno Sabah untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengenai Hak Sabah agar tidak digunakan oleh pihak tertentu dan pembangkang di Sabah secara salah demi mendapatkan keuntungan politik.

Salleh Said Keruak
Beliau juga harus mengelakkan kekeliruan dan keraguan dengan menjelaskan secara terperinci tentang Hak Sabah yang didakwa dimanipulasikan oleh pihak yang beliau sebutkan tersebut.“Adakah memperbetulkan fakta-fakta pembentukkan Malaysia pada 16hb September 1963 manakala 31hb. Ogos 1957 merupakan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan bukan Malaysia yang belum ujud lagi pada tarikh tersebut merupakan kenyataan yang betul dan tepat atau yang salah?” “Siapakah yang manipulasikan peristiwa tarikh-tarikh penting tersebut? dan Siapakah yang cuba memberi maklumat yang salah kepada rakyat,” tanya Azroy.

“Adakah status TYT Yang DiPertua Negara Sabah dan bukan Yang DiPertua Negeri pada 16hb. September, 1963 tepat?”“Adakah Sabah negeri ke-12 atau ke-13 pada pembentukkan Malaysia pada 16hb. September 1963 atau ianya diturun pangkat kepada negeri ke-12 pada 27hb. Ogos 1976 melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan” tambah lagi Azroy.

“Adakah kenyataan menuntut pemulihan hakmilik dan royalti minyak satu kenyataan yang salah?”“Adakah menuntut pengembalian agihan cukai dan hasil yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan agihan peruntukkan pembangunan yang lebih adil dan saksama untuk Sabah berbanding negeri-negeri lain serta pemansuhan polisi kabotaj juga kenyataan yang salah?"

Hasmin Azroy Abdullah
Sepanjang menjadi Ketua Menteri dalam system penggiliran, mengapa beliau tidak menyedari tentang kepentingan meraikan kemerdekaan Sabah pada 31hb Ogos, yang akhir hanya diikhtiraf pada tahun lalu dan Hari Malaysia pada 16hb. September, yang akhirnya hanya diiktiraf sejak 4 tahun lalu?

Sebagai Tuan Speaker dan ADUN dalam kerajaan Sabah, beliau sepatutnya memberi contoh kepada Pemuda Umno Sabah dengan membawa perkara-perkara penting tentang Hak Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menuntut hak Sabah tersebut seperti hasil dan cukai dan royalti minyak dan supaya Perjanjian Malaysia dilaksanakan.

Pemuda Umno Sabah hanyalah entiti politik tanpa akses kuasa untuk bercakap soal Hak Sabah manakala Datuk Salleh dalam posisi yang boleh menuntut Hak Sabah dilaksanakan.Hak Sabah dan hak kemerdekaan Sabah harus dituntut dan dipulihkan demi masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Sabah dan generasi yang akan datang. 

Datuk Salleh harus menyedari bahawa tanpa Sabah, Malaysia tidak mungkin wujud dalam peta Dunia hari ini dan tanpa hasil dan cukai dan minyak dari Sabah, pembangunan di Semenanjung mungkin tidak berada pada tahap maju yang ada pada hari ini manakala Sabah terpinggir sebagai negeri termiskin dan tahap pembangunan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...