Sunday 9 March 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2014


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut: 

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
Iklan pengambilan guru pada tahun ini dijangka akan diwar-warkan pada 9 Mac 2014 di media massa.

Calon tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://www.moe.gov.my/ mulai 10 Mac 2013. 

Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar  sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 MAC 2014 (11.59 MALAM).  Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tertakluk kepada pindaan. 
Segala maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.



*** Pihak UVSB ingin berkongsikan maklumat mengenai Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Guru (IPG) 2014. Maklumat ini dikhususkan kepada Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pihak UVSB berpendapat bahawa ia SANGAT PENTING memandangkan "bilangan guru-guru tempatan amat sedikit yang memohon" seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Dan atas sebab itulah mengapa sejumlah lulusan guru baru daripada malaya dihantar ke Negara Sabah dan Negara Sarawak. Maka dengan itu, untuk mengelakkan perkara itu berlaku, mohon semua Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berbakti kepada Bangsa dan Negara (Sabah dan Sarawak) agar kekurangan guru-guru tempatan dapat diatasi dan TIDAK AKAN ADA LAGI ALASAN seumpama "KEKURANGAN GURU-GURU TEMPATAN" digunakan lagi. Sila sebarkan info ini semampu yang anda boleh.

Dan sila berhubung dengan pihak UVSB dengan menghantar nama anda serta IC melalui email agar pihak UVSB dapat membuat semakan jikalau keputusan untuk kemasukan ke IPG keluar. Ini juga adalah untuk membolehkan pihak UVSB membuat kajian seberapa banyak Generasi Muda Borneo yang memohon diterima dan yang ditolak.***


1 comment :

  1. berapa kali isi ndak pandai dapat2, belum rezeki...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...