We Rise Together To Protect Our Beloved Country
We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!
Friday, 28 March 2014
"Teruskan REVOLUSI MENTAL ke arah Perjuangkan HAK & MARUAH Sabah Sarawak..."
Perjuangan atas MISI yang SATU menuntut KESATUAN. Suburkan, kembangkan MINDA berkongsikan fakta tentang PENGKHIANATAN & PENGANIAYAAN persekutuan terhadap Negara Sabah dan Negara Sarawak. Jauhi perpecahan sesama kita. HINDARI akal RACIST, FANATIK & PANIDIR dlm perjuangan menuntut HAK & MARUAH.
Bukanlah sukar bagi para pejuang native sama ada NGO & politik disatukan dalam satu BENTENG. Bagi parti-parti yang berbeza, jadikan perbezaan sebagai senjata kepelbagaian dalam kualiti & kuantiti. Singkirkan pemimpin parti yang EGO menggunung kerana mereka hanya KITUL-KITUL longkang yang pentingkan diri.
Kita TAHU & FAHAM bahawa ramai suadara-saudara native kita yang masih "atas pagar" walaupun mereka sanggup menjdi pejuang siber untuk tanah melayu (PERKASA, ISMA, UMNO, DAP & PKR). Kita juga FAHAM bahawa ramai native yang masih "tunggu & lihat" kerana peluang yang sedang mereka nikmati. Secara psikologi, perlakuan "atas pagar" & "tunggu & lihat" adalah AKIBAT dari AMALAN ugutan & penindasan yang berlangsung sejak Negara Sabah mula MERDEKA pada 31 Ogos 1963. Dalam teori probability (keberangkalian), oleh kerana kepelbagaian FACTOR X berkaitan dengan HAK & MARUAH Negara Sabah maka 70-80% daripada dua kumpulan native ini akan beralih arah meninggalkan para tukang suap mereka. Point asas adalah perbandingan antara HADIAH zink, tangki & brim dgn TUNTUTAN jalan rya, sekolah & peluang pekerjaan.
Para pejuang native di dalam & luar negara semakin HEBAT. Media antarabangsa telah mula memberi tumpuan pada isu persekutuan malaysia yang "dramatik". Oleh itu kita perlu targetkan tarikh untuk semua. Maka, jika anda semua telah BERSATU & BERSEDIA maka SASARKAN 31 OGOS 2014 sebagai tarikh KERAMAT untuk semua.
SEBARKAN PERJUANGAN NATIVE SABAH SARAWAK kepada komuniti di kawasan masing-masing, NGO Sabah Sarawak & para pemimpin parti-parti Sabahan & Sarawak agar berlaku KEBANGKITAN yang PADU!
Wednesday, 26 March 2014
Memahami Internal Government Committee (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963
08:16
20 Perkara
,
Agenda Borneo
,
Negara Sabah Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
Politik
,
Sejarah
1 comment
Masih terdapat kekeliruan di
kalangan ahli akademik dan penyelidikprofesional terutamanya mereka yang
berasal dari Malaya ketika membuat kajian terhadap perspektif sejarah dan
pembentukan Malaysia. Ini jelas
melibatkan tajuk yang luas dan tidak adil untuk kertas ini dapat menerangkan
setiap perkara yang terlibat. Oleh itu
kertas ini akan cuba untuk menerangkan isu-isu asas yang berkaitan dan
bertujuan mengurangkan kekeliruan diantara ahli akademik dan penyelidik
khususnya yang datang dari Malaya.
Kertas kerja ini di harapkan dapat dijadikan asas perbincangan kepada
pembentukan Malaysia.
Untuk memahami pembentukan
Malaysia dengan lebih baik, Dokumen British di Akhir Empire, Siri B Jilid 8 –
MALAYSIA disunting oleh AJ Stockwell adalah buku yang wajib dibaca untuk setiap
penyelidik yang serius. Selain buku ini
laporan, rang undang-undang dan enakmen berikut juga mesti menjadi sebahagian
daripada bahan-bahan penyelidikan.
1. The Cobbold Commission Report 1962
2. The Inter-Government Committee Report (IGC) 1963
3. The Malaysia Agreement 1963
4. The Malaysia Constitution both as a Bill in the Annex A
of the Malaysia Agreement 1963 and the original version approved by Parliament.
Laporan Suruhanjaya Reid adalah
bahan bacaan perlu untuk memahami asas penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Malaya. Di sini wujud salah faham ketara
para ahli akademik penyelidikan Perlembagaan khususnya penyelidik dari
Malaya. Ini di sebabkan tidak ada
perlembagaan baru digubal bagi Malaysia, Perlembagaan Malaysia dibuat berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Malaya namun diubah dengan menambah perlindungan dan
kaveat terutamanya bagi Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai pra-syarat bagi
pembentukan Malaysia.
Salah faham oleh para ahli
akademik dan penyelidik seperti ini, kini merebak ke domain awam dan ia perlu
di perbetukan, sekiranya tidak, ini akan mewujudkan kekeliruan kepada para
serjana Perlembagaan, Pengamal undang undang dan para pelajar undang undang di
masa hadapan.
Dua pakar akademik dan penyelidik
terkemuka di Malaysia ia itu bekas Profesor dari Universiti Islam Antarabangsa,
Dr Abdul Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan dan Dr Wong Chin Huat, felo di
Institut Pulau Pinang dan pemikir kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat
tuntutan bahawa Sabah dan Sarawak tidak boleh menarik diri dari Malaysia
berdasarkan Artikel 2 Perlembagaan Malaysia.
Kenyataan mereka ini salah dan tidak berasas, ini kerana Perkara 2
Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa:
Perkara 2. Penerimaan masuk
wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
Parlimen boleh melalui
undang-undang—
(a) menerima masuk Negeri-negeri
lain ke dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana
Negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh
diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan melalui undang-undang
yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.
Ekstrak diatas dari Perlembagaan
Malaysia merupakan peruntukan untuk kemasukan negara/negeri ke dalam
Persekutuan dan peruntukan untuk mengubah persempadanan. Perkara 2 Perlembagaan Malaysia tidak pun
menyebut tentang pemisahan atau perkara untuk meninggalkan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia tidak ada peruntukan
tersurat atau tersirat untuk pemisahan mau pun meninggalkan Persekutuan. Bagaimana boleh pakar akademik dan penyelidik
membuat rumusan seperti di atas?
Satu-satunya penjelasan yang
munasabah kenapa Perlembagaan Malaysia tidak mempunyai fasal pemisahan telah
diberikan oleh Lord Lansdowne Pengerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan
(Inter-Government Committee (IGC)) yang mempunyai tugas “untuk menyediakan
perkiraan perlembagaan akan datang, termasuk perlindungan untuk kepentingan
khas Borneo Utara dan Sarawak untuk menampung perkara-perkara seperti kebebasan
beragama, pendidikan, perwakilan di Parlimen Persekutuan, kedudukan penduduk
asli, kawalan imigresen, kewarganegaraan dan Perlembagaan Negeri”
Terdapat 2 perkara yang kita
perlu sedar di sepanjang hayat kerja IGC ini.
Pertama, pada masa ini lah
terdapat 5 parti-parti politik dari Sabah yang mengemukakan memorandum mereka
pada 29 Ogos 1962 kepada Lord Lansdowne.
Sekarang memorandum ini dikenali sebagai 20 Perkara. Terdapat salah faham diantara orang Sabah
sendiri yang mengiktiraf 20 Perkara ini sebagai satu “perjanjian” atau asas
Perjanjian Malaysia 1963. Dokumen ini
bukan perjanjian atau asas perjanjian ia hanya satu memorandum yang diserahkan
kepada Lord Lansdowne untuk pertimbangan beliau tidak lebih, tidak kurang. Sesiapa yang menyatakan Perkara 20 ini
sebagai satu perjanjian atau asas perjanjian, mereka hanya bertujuan untuk
mengelirukan orang ramai.
Kedua, peruntukan pemisahan tidak
dimasukkan dalam laporan IGC atau pun Perlembagaan Malaysia, walaupun ia adalah
salah satu perkara yang tersenarai dalam Perkara 20. Perkara 7 menyatakan:
Perkara 7: Tidak ada hak untuk
menarik diri daripada Persekutuan
Perkara ini adalah bertentangan
dengan semangat pembentukan Malaysia oleh kerana mengikut Perkara 20, Sabah dan
Sarawak tidak boleh berpisah langsung daripada Persekutuan walaupun mereka
diskriminasi dan ditindas.
Lord Lansdowne memberi alasan
tidak memasukkan peruntukan pemisahan di dalam Perlembagaan Malaysia oleh
kerana “mana-mana Negeri secara sukarela memasuki persekutuan mempunyai hak
intrinsik untuk menarik diri, oleh itu tidak perlu untuk memasukkannya ke dalam
Perlembagaan”. Apa yang dimaksudkan oleh
Lord Lansdowne bahawa Sabah dan Sarawak adalah bebas apabila membentuk Malaysia
oleh itu mereka juga bebas untuk meninggalkan Persekutuan.
Sabah dan Sarawak tidak
memerlukan Perkara 2 Perlembagaan Malaysia untuk meninggalkan Persekutuan
Malaysia; Sabah dan Sarawak tidak perlu mendapat persetujuan daripada setiap
negeri-negeri di Persekutuan Malaya untuk keluar; Sabah dan Sarawak tidak perlu
persetujuan Majlis Raja-Raja untuk meninggalkan Malaysia. Apa yang Sabah dan Sarawak perlu lakukan
ialah untuk meluluskan satu resolusi dalam Dewan Undangan Negeri masing masing
untuk meninggalkan Malaysia, Sabah dan Sarawak secara serta merta boleh menjadi
sebuah negara merdeka dan berdaulat. Ini
lah langkah yang telah di ambil oleh Singapura dalam tahun 1965.
Oleh itu apabila kedua-dua
profesor tadi berkata bahawa Singapura “dikeluarkan”, “ditendang” atau
“disingkirkan” daripada Malaysia, mereka membuat kenyataan salah. Bukti daripada dokumen-dokumen rasmi
menunjukkan bahawa Singapura telah meninggalkan Malaysia pada 7 Julai 1965, 2
hari penuh sebelum Rang Undang-undangPemisahan Singapura dibentangkan di
Parlimen Malaysia. Ini sebabnya semua
ahli PAP (Singapura) kecuali MP Bangsar tidak menghadiri didalam sidang
Parlimen tersebut kerana mereka bukan lagi rakyat Malaysia. Rang Undang-undang ini memerlukan tiga bacaan
(selalunya hanya dua bacaan) dan telah diluluskan dalam tempoh 4 jam!. Kepantasan kelulusan ini lebih menunjukkan
kepada usaha Malaysia untuk “menutup malu” dan bukan untuk “mengeluarkan”,”menendang”
atau”menyinkir” Singapura dari Malaysia.
Sekiranya profesor dan pakar
penyelidik ini telah melakukan penyelidikan mereka secara menyeluruh sudah
tentu mereka menjumpai kenyataan yang dibuat oleh Lord Lansdowne dan
perbincangan dalam Hansard Parlimen Malaysia bertarikh 9hb Ogos 1965.
Persendaan Keadilan (Travesty of
Justice)
Usaha untuk menafikan hak-hak
Sabah dan Sarawak sudah meresap ke semua peringkat masyarakat di Malaysia
khususnya mereka yang datang dari Malaya. Contoh terkini dapat di lihat
berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara Malaysia Tun
Arifin bin Zakaria, dalam pelancaran buku, “Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak”
yang ditulis oleh seorang peguam yang berkerja di Sabah, Sukumaran Venugopal
daripada Persatuan Undang-Undang Sabah beliau berkata “Laporan Suruhanjaya
Cobbold yang telah diterbitkan pada 1 Ogos 1962 mengandungi kesimpulan sebulat
suara bahawa Persekutuan Malaysia adalah yang terbaik demi kepentingan Sabah
dan Sarawak”.
Kesimpulan sebulat suara yang
dinyatakan oleh Ketua Hakim Negara jelas merujuk kepada kesimpulan Lord Cobbold
dalam laporan Suruhanjaya Cobbold di mana beliau berkata bahawa 1/3 daripada
penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia, 1/3 daripada
penduduk Sabah dan Sarawak memberi sokongan tetapi dengan perlindungan yang
dipersetujui, dan 1/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak tidak bersetuju untuk
membentuk Malaysia.
Berdasarkan kepada
keputusan ini, Kerajaan British dan Persekutuan Malaya memutuskan bahawa 2/3
daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong idea membentuk Malaysia. Apa yang mereka tidak mahu orang ramai tahu
ialah masa depan rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya telah ditipu oleh British
dan Persekutuan Malaya.
Jika Ketua Hakim Negara telah
membaca Laporan Suruhanjaya Cobbold beliau sudah tentu tahu bahawa Laporan
Suruhanjaya Cobbold hanyalah satu persendaan terhadap keadilan dan tidak
seharusnya mengaitkan dirinya dengan perkara seperti ini, kecuali jika beliau
adalah sebahagian daripada persendaan ini.
Ketua Hakim Negara sepatutnya
tahu bahawa Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk mendapatkanpandangan
rakyat di Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya
Cobbold bertemu dengan 4,000 penduduk dari Sabah dan Sarawak daripada jumlah
penduduk negeri Borneo ini seramai 1.2 juta.
Disamping itu, Suruhanjaya Cobbold juga menerima 2,200 memo dan surat
daripada rakyat Sabah dan Sarawak.
Suruhanjaya Cobbold telah mengumpul pandangan daripada rakyat, yang
bermakna tugas mereka bukan untuk mendapatkan pungutan suara atau satu
referendum untuk membentuk Persekutuan Malaysia.
Terdapat dilaporkan didalam
berita tempatan bahawa lebih daripada 7,000 orang menunjuk perasaan di hadapan
di ibu pejabat SUPP di Kucing yang membantah pembentukan Malaysia. Bilangan penunjuk perasaan di Kuching sahaja
sudah lebih daripada cukup untuk mengatasi 4,000 orang yang di dakwa oleh Lord
Cobbold mereka telah bertemu – Bukti yang cukup berasaskan rekod yang lengkap
dengan dokumen-dokumen rasmi dan gambar.
Suruhanjaya Cobbold menyiapkan
kerja mereka pada 1 Ogos 1962 dan mengemukakan laporan itu melalui – CMND 1794
kepada kerajaan British dan Persekutuan Malaya.
Laporan ini tidak di maklumkan kepada orang ramai sehingga laporan
tersebut dituntut secara terbuka oleh Donald Stephen. Laporan Suruhanjaya Cobbold merupakan pelopor
kepada pembentukan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan atau IGC.
Ini sudah jelas bahawa laporan
ICG adalah asas dalam merangka Perjanjian Malaysia 1963. Namun, laporan IGC dan Perjanjian Malaysia
sahaja tidak boleh meliputi keseluruhan isu menubuhkan Persekutuan yang baru –
Perjanjian Malaysia 1963 yang sepatutnya menjadi dokumen hidup. Sudah tentu terdapat masa dimana isu-isu lain
mungkin timbul dan ruang untuk rundingan di kalangan pihak yang yang membentuk
Malaysia diperlukan. Untuk tujuan ini
Artikel 8 telah di peruntukan didalam Perjanjian Malaysia 1963 yang berbunyi:
“Perkara VIII
Kerajaan-kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan
perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan untuk
melaksanakan jaminan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan
Annexes A dan B kepada, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan yang
ditandatangani pada 27 Februari, 1963, setakat yang ia tidak dilaksanakan oleh
peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.”
Perkara ini dalam Perjanjian
Malaysia yang memperuntukan ruang untuk rundingan d kalangan rakan-rakan
sebaya, yang bermaksud apabila terdapat isu-isu yang timbul dari kesatuan ini,
setiap masalah harus diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak secara rundingan dan enakmen yang sesuai
luluskan sebagai penyelesaian. Walau
bagaimanapun, Malaya tidak pernah membuat apa jua usaha untuk menubuhkan
“mekanisme pematuhan” ini (Compliance Mechanism).
Perjanjian Malaysia dan had
Perlembagaan Malaysia
Sungguh menyediakan ramai rakyat
Sabah dan Sarawak dalam perbincangan mereka di domain awam dan media massa
hanya sekadar berdasarkan kepada apa yang mereka baca dan apa yang mereka
dengar. Tidak ramai yang sanggup bekerja
keras dan menyaring maklumat yang bergunung untuk lebih memahami isu-isu
pembentukan Malaysia. Walau bagaimanapun
untuk rakyat Sabah dan Sarawak yang berpendidikan dan ingin melihat cerita
sebenarnya pembentukan Malaysia, mereka boleh melihat bahawa pembentukan
Malaysia adalah lakaran British untuk memberi peluang kepada Malaya menjajah
negeri negeri Borneo.
Ini mungkkin sebab nya kebanyakan
sarjana Perlembagaan Malaysia cenderung untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Reid
apabila menganalisis Perlembagaan Malaysia dan tidak mengkaji laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian Malaysia 1963 sebenarnya ibu di
mana Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan Persekutuan Malaya yang di pinda)
dilampirkan sebagai Annex A. Kegagalan
mereka untuk memahami perlindungan dan kaveat dalam laporan IGC dan dokumen
berikutnya Perjanjian Malaysia 1963 mungkin merupakan sebab-sebab ramai dari
Malaya tidak memahami bahawa Sabah dan Sarawak adalah TIDAK sama seperti
negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaya.
Ramai orang menyangka
Perlembagaan Malaysia adalah suratcara Agung (Supreme), namun tidak ramai orang
berbincang, menulis atau memahami bahawa Keluhuran Perlembagaan Malaysia adalah
terhad oleh Perlindungan dan kaveat yang terkandung dalam laporan IGC dan
Perjanjian Malaysia 1963 – perkara ini berlarutan kerana ia kurang dicabar –
sila lihat Robert Linggi vs Malaysia Government.
Pindaan keatas Perlembagaan
Malaysia dan diluluskan oleh 2/3 ahli di Parlimen, tidak akan afektif di Sabah
dan Sarawak, selagi pindaan tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri negeri
Borneo terutamanya perkara yang menyentuh perlindungan dan kaveat seperti yang
diperuntukkan dalam laporan IGC. Tiada
Enakmen baru yang menyentuh hak-hak negeri Borneo seperti yang tersenarai
didalam Jadual 9 Perlembagaan Malaysia boleh dikuatkuasakan di Sabah dan
Sarawak melainkan jika ia diluluskan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak. Ini adalah isu-isu yang sering diabaikan oleh
sarjana Perlembagaan Malaysia dan mempunyai implikasi yang meluas.
Ambil sebagai contoh, Akta
Imigresen 1959/63. Akta ini adalah
undang-undang Persekutuan digubal untuk mengawal pergerakan penduduk di
Malaysia dan kuasa yang diberikan tersenarai dalam Jadual 9 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Walau
bagaimanapun, laporan IGC yang diperincikan untuk melindungi hak-hak orang di
negeri negeri Borneo. Akta Imigresen
1959/63 telah menggabungkan kuasa negeri-negeri Borneo ke dalam Akta dari
Seksyen 62 sehingga Seksyen 74. Dalam menguatkuasakan undang-undang ini,
Pengarah Imigresen di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai rekursa apabila
diarahkan oleh “Pihak Berkuasa Negeri” untuk menghentikan orang orang tertentu
dari dibenarkan memasuki Sabah dan Sarawak.
Hakikat bahawa Perkara 5 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan
pergerakan bebas di Persekutuan tiada kaitan dengannya dengan peruntukan Akta.
Ini adalah satu contoh yang jelas had yang dikenakan ke atas Perlembagaan
Malaysia oleh laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963.
Terdapat banyak contoh lain yang
boleh dipetik seperti kuasa negeri negeri Borneo keatas Akta Pembangunan
Petroleum 1974 disebabkan tanah dan
sumber mineral ada lah kuasa mutlak Negeri dan bukannya Persekutuan, tetapi ini
akan dibincangkan di masa hadapan.
Zainnal Ajamain adalah seorang
pakar ekonomi, menamatkan pengajian dengan ijazah Sarjana dari University of
East Anglia. Beliau telah memegang
beberapa jawatan kanan didalam perkhidmatan awam kerajaan dan ahli fikir
kerajaan dan beliau telah bekerja sebagai pensyarah universiti, penyelidik
kanan, broker saham, dan ekonomi dan menerbitkan beberapa kertas kerja dalam
jurnal media antarabangsa. Beliau
merupakan penulis bersama di belakang wawasan Kerajaan Sabah untuk pembangunan
dan kemajuan dalam Koridor Pembangunan Sabah.
Beliau satu satunya penerbit Dana Islam luar pesisir yang pertama di
Labuan. Beliau juga memegang jawatan
Felo Penyelidik Kanan di Pusat Remote Sensing dan Sistem Maklumat Geografi di
Universiti Malaysia Sabah. Beliau adalah
salah seorang Pengasas United Borneo Front (UBF) dan seorang aktivis ingin
menghapuskan Dasar Kabotaj. Beliau juga
merupakan Setiausaha Agung sebuah parti politik yang baru ditubuhkan di Sabah.
Tuesday, 25 March 2014
Saya BUKAN "melayu!"
I came from Ranau Sabah, nearest with the Kinabalu Mountain, its just about 30 minutes from my place..
and as a native of Kadazandusun, i am proud to profess my self as a Sabahan's Girl. yups, I came from Ranau, and also, was staying in Penampang Sabah.
I feel great to wear my ethnic's customs. Its just unique and so creative. I wish to wear it one more time soon. So imposing and evoking my native's honors.
http://azeanthy.blogspot.com/2011/05/i-am-proud-to-be-sabahan.html
and as a native of Kadazandusun, i am proud to profess my self as a Sabahan's Girl. yups, I came from Ranau, and also, was staying in Penampang Sabah.
I feel great to wear my ethnic's customs. Its just unique and so creative. I wish to wear it one more time soon. So imposing and evoking my native's honors.
http://azeanthy.blogspot.com/2011/05/i-am-proud-to-be-sabahan.html
Pengertian mengenai "Merdeka malaysia" dan "malaysia Merdeka"
Jangan anda sesekali terkeliru dengan perkataan "Merdeka malaysia" dan juga "malaysia Merdeka". Kedua-dua ayat ini membawa pengertian yang berbeza.
"Merdeka malaysia" memberi pengertian bahawa Negara-negara dalam Persekutuan malaysia iaitu Negara North Borneo (Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan tanah melayu telah merdeka dan berdaulat. Dan keempat-empat buah negara ini telah bersekutu sebagai Persekutuan negara-negara yang Merdeka dan Berdaulat. Maka, ia disimpulkan sebagai "Merdeka malaysia"
Manakala apabila ayat "malaysia merdeka", ia membawa pengertian yang jauh sekali berbeza dengan perkataan diatas. Ia membawa pengertian bahawa suatu ketika dahulu bahawa "malaysia" ini seolah-olah telah dijajah oleh kuasa luar/negara luar dan kini telah diberikan kemerdekaan. Persoalan yang perlu dijawab ialah...
Negara dan Kuasa manakah yang pernah menjajah "malaysia"?
Bila pula "malaysia merdeka"?
Apakah tarikh kemerdekaan "malaysia"?
Apakah malaysia itu yang dimaksudkan ialah malaya?
Kalau berdasarkan sejarah yang sebenar, "malaysia atau persekutuan malaysia" TIDAK PERNAH DIJAJAH! Maka, mengapa pula mengatakan "malaysia merdeka?!" Yang hanya pernah dijajah itu hanyalah negara-negara bersekutu dalam Persekutuan "malaysia" iaitu Negara North Borneo (Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan tanah melayu. Hanya empat buah negara ini sahaja yang dijajah sebelum terbentuknya persekutuan malaysia...
Maka sekarang anda sudah mengerti akan perkara ini? Jikalau ya, sila sebarkan penjelasan ini agar mereka yang diluar sana, Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak tahu akan perkara ini...
~Trulysabahan~
Sunday, 23 March 2014
"Apabila Kesedaran MENUNTUT TINDAKAN..."
22:14
20 Perkara
,
Agenda Borneo
,
Azroy
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah
,
Pejuang Bangsa
,
UVSB
No comments
Aku terpanggil untuk menghasilkan Karya ini, bukan untuk mengejar Hadiah mahupun "Glamor". Apa yang di Hasilkan Ini adalah atas kesedaran yang Kita Rakyat Bangsa Borneo mesti mengorak Langkah lebih jauh ke dalam Memperjuangkan Kemerdekaan ini. Zahir dan Batinnya...
Kemerdekaan bukannya Mesti dilaungankan serta di perlihatkan secara Zahir sahaja, tidak perlulah berteriak seumpama orang Gila di Jalan-jalan raya. Pelancaran Bunga-Bunga api mahupun Sepanduk-sepanduk menghiasi dinding-dinding Bangunan.
Ia lebih manis jika sambutannya di adakan secara sederhana, Ikhlas namun masih meriah lambang, rasa syukur kita kerana Menjadi Bangsa yang bebas, Merdeka Lagi Berdaulat.
Bilakah Malaysia Merdeka..? Satu persoalan yang senang namun rumit untuk di jawabnya. Tanyalah mana-mana Cendiakawan serta sejarahwan Negara, pasti Jawapannya tentu kalian tahu sepertimana yang di catat dalam buku-buku sejarah di seluruh Malaysia. walhal ianya bukan sebegitu..
Para Pejuang sekelian sungguh kita bergerak di Alam maya, pastikan terus mendidik Generasi kita akan Kebenaranya, Pasti setiap seorang dari kita punya Anak, adik, anak saudara mahupun Kaum kerabat yang masih di Bangku sekolah. Jangan Pernah Jemu !! Jangan Pernah Kesal dan mengeluh, ajar mereka bahawa Malaysia ini adalah Gabungan 4 buah Negara Merdeka lagi berdaulat lalu bersama membentuk sebuah Persekutuan yang kuat dan Bebas dari anasir-anasir luar perosak Bangsa.
Ini Hakikatnya namun kini semua itu seakan tiada penting kini, dengan terang lagi bersuluh sebahagian pemimpin-pemimpin Borneo sendiri yang menolak Konsep asal Persekutuan lantaran memandang tinggi akan Jawatan duniawi. Maka akibatnya Rakyat Sabah dan Serawak sendiri yang merana lebih 50 tahun Lamanya.
Wahai anak Borneo, jika kini anda berumur 18 tahun, maka pastikan 18 tahun yang mendatang kita punyai kekuatan dalam perjuangan ini. Tidak mustahil 18 tahun itu Sabahaan punya cukup kekuatan untuk menengelamkan penyokong-penyokong serta pemimpin timbangan yang rata-rata di usia pertengahan dan diambang senja kini.
Jangan kita bersekongkol dan mengamalkan budaya politik dan sosial, yang pada pendapatku kala ini sedang menjadi soSIAL....
Maafkan diri ini jika terkasar bahasa dan kata, tapi ada kalanya menjadi sedih dan geram bilamana Isu-isu yang berbangkit ini telah menghilangkan norma-norma kebaikan seorang insan yang bergelar manusia.
Aku seorang muslim, bohong jika aku tidak terasa, bila ada segelintir manusia mengata macam-macam terhadap agama anutanku ISLAM, juga aku juga terasa terpanggil bilamana ada juga segelintir dari ekstrimis Islam yang kononnya memperjuangkan Agama, namun tidak mengamalkan Tatacara beragama yang sepatutnya iaitu Bersederhana....
Sedih cukup sedih di media sosial serta arus perdana, perbalahan ini tertonjol dan di tonjolkan hingga memperlihatkan perpecahan sesama kita.
Para batu-batu api inilah perosak bangsa, maka masih merdekakah kita di Tanah Sabah dan Sarawak !!!
Jangan kita terpengaruh dengan tiupan perkauman dan Agama yang murah ini.
Merdekakan diri, minda serta Ekonomi kita. Emmmm.... Kenapa pula ekonomi, kerana melalui ekonomilah kita mampu membebaskan diri dari belenggu penjajahan dan kehinaan ini.
Wahai Anak Asal Borneo. Pertahankan jati dirimu, Jangan pernah takut untuk melakukan perkara baru yang boleh menguntungkan bukan sahaja diri tapi, teruskan berjuang, pastikan seluruh masyarakat juga merasakannya ...
Akhir kata, Panglima harap para pemuda dan pemudi SS, mampu mengungkai tali kekusutan serta dapat mendalami inti pati perjuangan kita agar, kita tidak menjadi bahan ejekan dan cemuhan generasi mendatang....
Insyaallah diri ini akan terus mencoretkan sesuatu di ruangan ini... Tidak kiralah ada pertandingan mahupun tidak.. Kerana ia telah ku anggap sebagai satu kewajipanku sebagai seorang Anak Borneo.... :)
Peserta untuk Borneo Awareness Campaign yang Ke-8 yang berasal daripada Labuan, Negara Sabah ini bernama En.Mazlan Bin Hamidon telah memberikan satu pandangan yang JUJUR tentang mengapa KESEDARAN itu penting. Melalui nasihatnya ini memberikan satu pedoman bagi Generasi Muda Negara Sabah.
Sila berikan sokongan anda kepada artikel beliau ini dengan kongsikan dalam Facebook, twitter, blog anda. Biarlah mesej ini dapat sampai kepada semua Generasi Muda Negara Sabah yang masih lena, leka dan lalai akan TANGGUNGJAWAB mereka untuk BERJUANG untuk MEMPERTAHANKAN HAK BERSAMA DI NEGARA SABAH INI... Tanah Tumpah Darah Yang Tercinta ini...
Peserta untuk Borneo Awareness Campaign yang Ke-8 yang berasal daripada Labuan, Negara Sabah ini bernama En.Mazlan Bin Hamidon telah memberikan satu pandangan yang JUJUR tentang mengapa KESEDARAN itu penting. Melalui nasihatnya ini memberikan satu pedoman bagi Generasi Muda Negara Sabah.
Sila berikan sokongan anda kepada artikel beliau ini dengan kongsikan dalam Facebook, twitter, blog anda. Biarlah mesej ini dapat sampai kepada semua Generasi Muda Negara Sabah yang masih lena, leka dan lalai akan TANGGUNGJAWAB mereka untuk BERJUANG untuk MEMPERTAHANKAN HAK BERSAMA DI NEGARA SABAH INI... Tanah Tumpah Darah Yang Tercinta ini...
Monday, 17 March 2014
"Sudah Tiba Masanya Generasi Muda Borneo Bangkit dan Bersatu!"
Salam Perpaduan, Salam 1Borneo, Salam Perjuangan buat semua generasi Y Bangsa Borneo... Di sini, saya ingin mengambil kesempatan pelung untuk menyahut "Kempen Kesedaran Bangsa Borneo" yang dianjurkan oleh pihak UVSB untuk tempoh enam bulan ini sehingga 16 September 2014.
"Sudah Tiba Masanya Kita Besatu Padu Bangkit untuk MENUNTUT HAK-HAK BANGSA BORNEO! Tanpa melihat daripada sudut etnik/suku kaum, agama dan fahaman politik... KITA MESTI ketepikan semua itu... KITA BERGABUNG DAN BERSATU UNTUK HAK KITA, Bangsa Negara SABAH dan Negara SARAWAK!"
Marilah kita bersatu untuk menuntut hak-hak orang (BORNEO)!
"Kami Bangsa BORNEO, bukan tidak suka dengan malaya, kami Bangsa BORNEO bukan benci dengan malaya.
Tetapi kami tidak suka dan kami benci "pemimpin malaya" sebab MENIPU, MENGKHIANATI Bangsa BORNEO, TIDAK menghormati MA63 dan 18 & 20 PERKARA."
Saya Bangsa Negara Sabah. Tidak ada satu orang pun yang menyuruh dan memaksa saya untuk BANGKIT BERJUANG DAN BERSUARA UNTUK BERSATU DEMI BANGSA BORNEO, NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK! Kerana saya TELAH SEDAR akan hak-hak kita yang selama ini TIDAK DIHORMATI DAN YANG LEBIH MENYEDIHKAN LAGI APABILA IA DIHINA DAN DIKHIANATI! Dan saya sedar akan keadaan sekarang bahwa rakyat Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak HARUS dan MESTI SEDAR untuk BERSATU dalam menuntut hak-hak kita. Lihatlah masalah sosial di Negara kita yang semakin meningkat seperti kes-kes jenayah (merogol, merompak, membunuh, etc) serta yang lebih serius lagi apabila ia melibatkan kes "Pendatang Tanpa Izin, Pendatang Dengan Izin atau kedua-duanya sekali" semakin membimbangkan rakyat Bangsa Negara Sabah.
Daripada segi ekonomi Negara Sabah dan Negara Sarawak, ia seharusnya lebih kaya dan lebih baik jika ia pengurusan ekonomi Bangsa Borneo diurus sendiri TANPA campur tangan malaya. Dengan itu kemudahan awam, pembagunan, sistem pendidikan PASTI lebih baik dan kita boleh menikmati bersama kekayaan Borneo ini. Lihatlah Generasi Muda Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak... Janganlah anda semua leka dan tidak peduli akan isu semasa terutama sekali politik negara kita (Sabah dan Sarawak), kerana politiklah memainkan peranan yang PENTING dalam menentukan sosial dan ekonomi Kerajaan Negara kita
Oleh itu, saya ingin menyeru dan merayu kepada semua Generasi Muda Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak... Marilah kita bersama-sama Bersatu, Berkerjasama, Bangkit dan Berjalan bersama-sama sebagai SEORANG PEJUANG BANGSA BORNEO!
Borneo Adalah Tanah Air Kita,
Bersama Kita Semua Bangsa Borneo,
Darah Tumpah Tanah Air kita yang tercinta,
Pemuda Pemudi,
Semua Marilah,
Bangunlah Bersatu Semua,
Marilah Bersama Serta Maju Jaya,
Merdeka Sepanjang Masa,
Bersatu Segala Bangsa Borneo,
Borneo Bangsa Merdeka Sepanjang Masa...
Jika anda Bangsa Asli Borneo anda PASTI akan sayang dengan Negara Sabah dan Sarawak. Anda PASTI rela tanpa paksaan untuk menyertai perjuangan ini kerana cinta dan kasih sayang terhadap Negara Sabah dan Sarawak ini TIDAK TERHINGGA. Tidak ada orang lain yang dapat menolong kita kalau bukan kita Generasi Muda! Siapa lagi kalau bukan kita? Saya berbangga dan sangat bersyukur kerana sudah ramai Generasi Muda Bangsa Borneo sedang, sudah dan telah SEDAR, BANGKIT dan BERANI bersuara dan punya semangat sayangkan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang TERCINTA INI!
SABAH FOR SABAHAN || SARAWAK FOR SARAWAKIAN
BORNEO FOR BORNEO.
"KEBENARAN, KESEDARAN, KEBERANIAN, KEBANGKITAN dan NASIONALISME bersama mu Generasi muda Bangsa Borneo!
Anda TIDAK Bersendirian"
Joshua merupakan Peserta Kempen Bangsa Borneo @ Borneo Awareness Campaign yang Ke-7 telah menyahut seruan Kempen Kesedaran ini. Satu mesej yang JELAS lagi TEGAS disampaikan oleh beliau.
Kesedaran menghasilkan Keberanian.
Keberanian menghasilkan Keyakinan.
Keyakinan menghasilkan Tindakan.
Tindakan menghasilkan Kejayaan melalui Nasionalisme!
Berikan SOKONGAN anda melalui perkongsian artikel yang yang mengandungi mesej yang SANGAT PENTING! Sila sebarkan mesej ini agar Generasi Muda Negara Sabah di luar sana juga akan Terpanggil bersama-sama dalam KEBANGKITA KESEDARAN BANGSA BORNEO INI!
-Borneo Youth Revival-
Monday, 10 March 2014
“Wahai Generasi Muda Negara Sabah, BERHENTILAH untuk menjadi takut”
05:01
Agenda Borneo
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah
,
Negara Sabah Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
Sabah
,
UVSB
No comments
Jika ditanya tentang “Sejarah”, yang ada dalam minda saya adalah sesuatu perkara yang membosankan malah tidak memberikan saya sebarang faedah sehinggakan semasa saya berada dalam Tingkatan satu, saya adalah salah seorang daripada mereka yang “tertidur” semasa guru sedang mengajar dalam kelas dan ia adalah tanda bahawa saya sangat tidak menyukai sejarah. Namun begitu, saya menyedari bahawa “Saya dan Sejarah” tidak dapat dipisahkan sehinggalah saya menjejakkan kaki ke Universiti dan mengambil jurusan dalam bidang Sejarah, dan disinilah bermulanya kisah yang menyemarakkan semangat Nasionalisme dalam diri saya yang mana saya telah mengetahui suatu kebenaran tentang Negara Sabah, Tanah Tumpah Darahku yang sememangnya telah dimerdekakan oleh British dan diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1963.
Namun demikian, jika dilihat senario pada masa kini, kedudukan Sabah tidaklah setaraf sebagaimana sebuah Negara kerana secara realitinya Sabah menerima penindasan demi penindasan dan suatu yang menyedihkan adalah Bangsa Negara Sabah sendiri tidak peka akan hal ini malah mengatakan “Syukurlah kita sudah hidup aman dalam Malaysia”. Secara jujur, hal ini juga pernah timbul di minda saya semasa masih “dibutakan” dengan Sejarah dan menyedari akan hal ini, saya tidak mahu terus dibuai mimpi menelan janji-janji manis pihak malaya yang akhirnya hanya merosakkan Negara Sabah.
Juga jika lihat permainan politik pada masa kini, kita ambil contoh jawatan dalam Kerajaan Negara Sabah, berapa peratus daripada warga Negara Sabah yang mendapat tempat dalam jawatan dalam perkhidmatan awam? Sudah pasti pihak malaya yang memonopoli kesemua jawatan ini walhal kedudukan istimewa anak watan Negara Sabah dan Negara Sarawak mengenai kedudukan yang disediakan di dalam Perkhidmatan Awam termaktub di dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan yang mana ia sebenarnya memberikan anak watan Borneo kedudukan yang setaraf dengan kedudukan orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kuota yang dikhaskan dari segi perkhidmatan dan permit. Pindaan perlembagaan 1971 telah memansuhkan kedudukan istimewa dan ekslusif anak Borneo dan sejak daripada itu anak kelahiran Sabah dan Sarawak dirujuk sebagai orang "melayu".
Adakah benar kita ini adalah orang melayu? Adakah benar kita ini tidak memiliki kelayakan dan hanya mereka sahaja yang berkelayakan dalam memegang sesuatu jawatan dalam Kerajaan sehingga membuka ruang untuk mereka memonopoli semua?
Dan wajarkah kita ini diperlakukan sedemikian rupa sedangkan sebelum terbentuknya "Persekutuan Malaysia" ini, suatu janji yang ditabur kepada penduduk Bangsa Borneo adalah kedudukan yang sama rata dan sebagai sebuah "Rakan Kongsi" sama rata. Pada saya, ia hanyalah sebuah "Janji Manis Terang Bulan" demi meraih kepercayaan penduduk Bangsa Borneo ketika itu untuk membentuk "Persekutuan Malaysia".
Wahai Generasi Muda Negara Sabah, BERHENTILAH untuk menjadi takut akan ancaman daripada pihak mereka yang cuba menjatuhkan kita kerana itu hanya akan membawa kepada kegagalan dalam mencapai misi mengembalikan kedaulatan Negara Negara kita yang tercinta. Sekali kamu mengetahui kebenaran ini, jangan berdiam diri sahaja tetapi sebaliknya bersama-sama dengan saya untuk menyebarkan kebenaran ini bahawasanya Negara kita adalah sebuah Negara yang Merdeka dan selayaknya menikmati kehidupan yang lebih baik dan setaraf dengan mereka.
Secara peribadi, semakin saya mendiamkan diri semakin sakit pula terasa... Sepertinya ada beban yang amat berat yang duduk diam dalam hati ini... Mahu sahaja saya membisukan mulut dan menutup telinga untuk membiarkan sahaja tanggungjawab ini tidak terpikul yang seharusnya saya pikul sebagai Anak Bangsa Negara Sabah yang cintakan Negara... Tetapi saya tidak mahu mementingkan diri sendiri... Harus kaki ini melangkah untuk memberitahu Kebenaran kepada semua orang bahawasanya Negaraku, Tanah Tumpah Darahku, Sabah adalah sebuah Negara yang telah Merdeka pada 31 Ogos 1963 dan selayaknya memiliki Kuasa Autonomi untuk memerintah Negara sendiri akan tetapi di manakah perginya semua hak itu?
Penindasan demi penindasan dilakukan terhadap Negara ini sedang dan terus berterusan secara halus... Sekali lagi, saya tidak mampu melakukannya sendirian... Saya memerlukan suara lantang daripada Generasi Muda Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah untuk bersama menegakkan kebenaran ini, oleh itu, mari bersama saya untuk membebaskan dan melakar sejarah yang baru untuk menjadi tatapan dan Pengajaran untuk Generasi Muda bagi Negara kita yang tercinta ini... Kita pasti boleh lakukannya sekiranya kita Berpakat dan Sebulat Hati serta Bersatu Tenaga, Minda, Jiwa dan Raga untuk mencapai tujuan ini... Kita Boleh lakukannya! Sabah Boleh!!!
Harny Johumin merupakan Peserta Ke-6 untuk Kempen Kesedaran Bangsa Borneo (Borneo Awareness Campaign). Beliau telah berkongsikan pengetahuan dan nila sejarah sebelum dan selepas didedahkan mengenai Kebenaran yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.
Sila sebarkan artikel ini jikalau anda bersetuju dengan Perkongsian Kesedaran beliau ini seberapa banyak yang anda mampu. Untuk Bangsa Negara Sabah!
Sila sebarkan artikel ini jikalau anda bersetuju dengan Perkongsian Kesedaran beliau ini seberapa banyak yang anda mampu. Untuk Bangsa Negara Sabah!
Daftarkan Diri Anda Untuk Menjadi Guru di Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak...
Pihak UVSB ingin menyeru dan menggalakkan Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak yang berminat untuk menjadi Guru & memenuhi kriteria seperti berikut:
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti)
Sila buat permohonan sekarang juga kerana Permohonan tersebut akan ditutup pada 30 March 2014 iaitu hujung bulan ini. Kita TIDAK MAHU guru-guru baru daripada malaya datang ke Negara kita untuk MERAMPAS jawatan GURU untuk mengajar Bangsa kita. Mengapa? Sebab kita lebih mengenali Bangsa kita daripada mereka dan apabila kita mengajar bangsa kita, kita akan lebih bersungguh-sungguh berbanding mereka kerana kita benar-benar mahu melihat anak bangsa kita mendapat ilmu dan bangun menjadi waris kepada kepimpinan negara kita di masa depan.
Apa yang anda perlu lakukan ialah:
1. Klik link ini http://www.moe.gov.my/
2. Klik link dalam kurungan merah
3. Klik lagi link dalam kurungan merah
4. Dan anda akan melihat paparan seperti ini. Lepas tu
5. Fokus kepada bahagian kanan website tersebut. Anda akan melihat kotak kosong yang perlu diisi. Sila klik "Daftar Baru"
6. Paparan seperti ini akan anda nampak dan sila isikan No.Kad Pengenalan anda. Perhatian, umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 yang mana ia dikhususkan kepada mereka yang lahir pada atau selepas 30 Jun 1994
7.Jikalau anda memenuhi kriteria tersebut maka anda akan masuk ke ruangan ini.
Setakat ini sahaja pihak UVSB dapat membantu. Maka dengan itu, pihak UVSB ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA dan JADILAH WARGA PENDIDIK BANGSA BORNEO YANG SEJATI! Untuk NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK!!!
*** Perhatian, sila berikan NAMA PENUH dan NO IC anda kepada pihak UVSB untuk kami membuat kajian tentang berapa ramai yang memohon dan diterima/ditolak. Ini penting agar isu ini boleh dibangkitkan dan dikongsikan kepada semua orang. Sila hantarkan maklumat yang diperlukan melalui email kami iaitu uvsborneo@gmail.com***
Sunday, 9 March 2014
Double Six
INI CERITA PESAWAT YANG TERHEMPAS PADA 6 .6 1976 YANG BERKAITAN DENGAN PERJANJIAN PETROLEUM DIANTARA KERAJAAN SABAH DENGAN KERAJAAN MALAYSIA SERTA PETRONAS...
Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, di sini, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.
Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.
Senarai mereka yang terkorban ialah:
1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.
Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.
Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.
Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..
i) rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
ii) YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu????di saat akhir????
iii) Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu
pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???
iv) Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..
Kredit: Namun Begitu
PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2014
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).
CARA MEMOHON
Iklan pengambilan guru pada tahun ini dijangka akan diwar-warkan pada 9 Mac 2014 di media massa.
Calon tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://www.moe.gov.my/ mulai 10 Mac 2013.
Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
- Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 MAC 2014 (11.59 MALAM). Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tertakluk kepada pindaan.
Segala maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
*** Pihak UVSB ingin berkongsikan maklumat mengenai Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Guru (IPG) 2014. Maklumat ini dikhususkan kepada Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pihak UVSB berpendapat bahawa ia SANGAT PENTING memandangkan "bilangan guru-guru tempatan amat sedikit yang memohon" seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Dan atas sebab itulah mengapa sejumlah lulusan guru baru daripada malaya dihantar ke Negara Sabah dan Negara Sarawak. Maka dengan itu, untuk mengelakkan perkara itu berlaku, mohon semua Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berbakti kepada Bangsa dan Negara (Sabah dan Sarawak) agar kekurangan guru-guru tempatan dapat diatasi dan TIDAK AKAN ADA LAGI ALASAN seumpama "KEKURANGAN GURU-GURU TEMPATAN" digunakan lagi. Sila sebarkan info ini semampu yang anda boleh.
Dan sila berhubung dengan pihak UVSB dengan menghantar nama anda serta IC melalui email agar pihak UVSB dapat membuat semakan jikalau keputusan untuk kemasukan ke IPG keluar. Ini juga adalah untuk membolehkan pihak UVSB membuat kajian seberapa banyak Generasi Muda Borneo yang memohon diterima dan yang ditolak.***
Friday, 7 March 2014
Nyanyian Yang Selama Ini Kita Agungkan...
05:52
Agenda Borneo
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah Merdeka
,
Negara Sarawak
,
Negara Sarawak Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
Sarawakian
,
UVSB
No comments
Nyayian yang kita selama ini agung-agungkan ialah “Lagu Negaraku”. Sebak sungguh didada apabila saya mula mengetahui sedikit demi sedikit tentang Kebenaran bahawa saya telah mengagungkan "Si Penjajah" (malaya) .
Sungguh tidak disangka betapa "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" begitu BUSUK mengaburi mata, jiwa dan cuba untuk menjadikan Sejarah Negara Sarawak sebagai Kambing Hitam. Ditendang jauh-jauh, di tutup ketat-ketat daripada cuba diselidiki oleh orang ramai. Yang begitu ketara sekali ialah apabila sumber ekonomi Negara Sarawak sedang dan telah dieksploitasi oleh kerajaan pusat. Saya yakin kita semua tahu tentang itu. Namun di sini ingin saya tegaskan mengenai isu "Peluang Pekerjaan".
Saya ingin bertanya kepada semua warga Bumi Kenyalang, kita rakyat asal Negara Sarawak, Patutkah kita berundur dan menyerahkan hampir semua peluang pekerjaan kepada orang Malaya?
Cuba fikir sejenak... Saya mengambil contoh paling mudah iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), anda perasaan atau tidak bahawa biasanya ketua penemuduga SPA berasal dari negeri seberang. Kadang-kala sangat sukar untuk kita mendapatkan jawatan di SPA lebih-lebih lagi bila mana pemohon tersebut yang Bukan beragama Islam.
Saudara Islam di Sarawak ada sedikit beruntung kerana mereka (orang malaya) sering melaungkan ‘hidup melayu’. Oleh itu, mereka memandang lebih sedikit kepada sesama mereka. Saya tidak menunding jari kepada saudara Islam di Negara Sarawak, tapi apa yang saya ingin katakan ialah Bangkitlah kita Wahai Warga Bangsa Negara Sarawak. Kita orang Bangsa Negara Sarawak lebih PATUT dan BERHAK memegang Jawatan Tertinggi walau apa jua jawatan dan bidang sekalipun di Negara kita semdiri!
Shanti Tay merupakan Peserta Ke-5 untuk Kempen Kesedaran Bangsa Borneo yang berasal daripada Negara Sarawak. Walaupun artikel beliau pendek tetapi mempunyai mesej yang cukup jelas tentang senario yang berlaku di Negara Sarawak. Setakat ini, baru 2 Peserta daripada Negara Sarawak. Oleh itu, pihak UVSB memohon agar lebih banyak penyertaan daripada Negara Sarawak dengan penceritaan/perkongsian yang sebenar berlaku di Negara Sarawak agar Generasi Muda Negara Sarawak dapat Bangkit daripada Tidur Lena.
Wednesday, 5 March 2014
Cerita Lama Untuk Generasi Muda Negara Sabah...
03:23
Agenda Borneo
,
Borneo
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah
,
Pejuang Bangsa
,
Sejarah
,
UVSB
No comments
Okay, actually I'm confused to write my article whether should be in English language or Bahasa Melayu baku, mau tulis dalam Bahasa Inggeris pun nanti kana cakap ekson main speaking-speaking; mau tulis dalam Bahasa Melayu baku pun takut kana cakap main KL-KL abis sa karja di KL sakarang so I decided to write in English language with Bahasa Melayu Sabahan's slang. Sa lebih bangga lagi mengarang pakai bahasa sa sendiri walaupun banyak salah tatabahasa hahaha. Ni artikel pasal yang dulu-dulu punya cerita ba kunun ini, bulum lagi kita lahir, zaman rambut balah tangah lagi (untuk lelaki). Sumber-sumber ni cerita sa dapat hasil daripada research sa daripada Google la, bloggers la, Youtubers la, zine-zine and buku-buku yang kana banned la, urang lama-lama la etc. Semasa sa baru lapasan sikulah manangah lagi. Ini artikel bertujuan untuk kasi REFRESH pengetahuan sejarah North Borneo (kini Sabah) kita and berfikir sejenak apa yang telah berlaku.
Mau intro dulu ni, kanapa dan macam mana sa bulih tamasuk dalam scene manantang Kerajaan Persekutuan Malaysia yang corrupted? Firstly, sa ni urang biasa-biasa ja, tida tau apa-apa tantang sajarah Sabah, apa yang kana ajar di sikulah manangah, itu la yang sa faham. My history teacher said Malaysia got independence from British Empire on 31 August 1957 and Sabah is one of Malaysia's states, our 'Bapa Kemerdekaan' is Tunku Abdul Rahman, that's all I know.
At the same time, I started to think how Malayan related with North Borneo because North Borneo is far away from Tanah Malaya but I don't care and just agreed with my history teacher and the Malaysia sacred history textbook. That's who I am, much better in malaya music's history than my own North Borneo's history, I never know about Facebook; other pages that "Stand for Sabahan and Sarawakian" like 1 Suara Sabah, SSKM, SSF, SSU, UVSB etc. at that time. Salapas sa tamat sikulah manangah, sa mula aktif dalam scene D.I.Y. North Borneo Hardore Punk, rajin kunun sa datang pigi tingu gigs and then, nah, sana la sa sadar yang sa sabagai rakyat Bangsa Negara North Borneo kana tindas secara halus sama itu "Kerajaan Persekutuan Malaysia" salapas sa beli dan baca zine-zine yang kana jual di local gig events.
[Contoh cover zine, RM2 Black n' white.] |
[Bukti Sabah sebuah negara yang merdeka] |
[Tragedi Double Six 06/06/1976] |
[Tun Fuad Stephens merasmikan Batu Sumpah Keningau 31/08/1964] |
Deklarasi Batu Bersumpah di Keningau oleh Ketua Menteri Sabah Pertama (sepatutnya beliau merupakan Perdana Menteri Sabah yang Pertama) |
Sebelum kemasukan UMNO di Sabah pun, memang teruk juga politik di Sabah sabab kuat main isu perkauman and agama. Time tu setiap kaum masing-masing ada parti ni. Menurut cerita urang tua-tua and buku 'The Golden Son Of The Kadazan - Published May 1978' by Bernard Sta Maria, semasa ini parti USNO [Tun Mustapha] memerintah Sabah dari tahun 1967 hingga 1975, beliau pernah mencuba untuk menghancurkan Christianity di Sabah menggunakan kuasa pemerintahannya. Banyak pendakwah Kristian dari luar negara Sabah kana jailed di Kepayan and then kana halau/suruh balik. Ada satu cerita yang terjadi di perkampung Kuala Penyu, time tu ada cubaan mau tangkap ini saturang paderi tapi ini paderi kana protect sama ini urang-urang kampung [Sekitar 600 urang] so ini polis pun menggunakan pelbagai cara untuk menangkap paderi itu seperti menggunakan gas pemedih mata la, skuad anti-riot la, helicopter la, last-last dapat juga durang tangkap itu paderi tus kana jailed. Time tu si Datuk Peter Mojuntin balik-balik kritik tindakan si Tun Mustapha kerana suda violated human rights, so si Tun Mustapha pun maradang [Angry] tus dia hantar la kunun polis pigi tangkap si Datuk Peter Mojuntin [December 1972] di rumah dia, tapi dia tida la sampai kana jail. Yang bikin heran, banyak pendakwah Islam kana import dari Tanah Melayu datang pigi Sabah and then di situlah terjadinya pengIslaman beramai-ramai sekitar tahun 70-an terhadap kaum KDM, ada yang kana paksa la, ugut la, rasuah la etc.. Sebab itu banyak kita dingar nama urang Sabah dulu-dulu yang macam urang putih punya nama tapi beragama Islam. Ini betul-betul memalukan agama Islam padahal Islam itu bersih. And then ada satu buku biography pasal si Datuk Peter Mojuntin 'The Golden Son Of Kadazan' [Dua tahun selepas tragedi Double Six 6 June 1976] kana publish pada May 1978, tapi kerajaan banned tu buku sabab cerita pasal cubaan si Tun Mustapha mau mengIslamkan Sabah ada kana record dalam tu buku.
Tida lupa juga, time USNO [Tun Mustapha], BERJAYA [Harris Salleh - Punca kemasukan UMNO di Sabah and dia la yang jual Labuan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1984], UMNO [Dr. Mahathir] memerintah Sabah, banyak PATI dari Pelipin kana import pigi Sabah and then kana bagi IC, masuk Islam tus jadi pengundi setia mereka. Sabab politik di Sabah dulu pakai isu agama kan, kalau banyak pengundi yang beragama Islam, USNO/BERJAYA/UMNO pun bulih bertahan lama di Sabah. TAPI INGAT, ini parti USNO [Tun Mustapha] pada tahun 1970 sama BERJAYA [Harris Salleh] pada awal tahun 1980 pun masing-masing bertanggungjawab sama ini kemasukan PATI and parti UMNO di Sabah. Time tu banyak PATI kana kasi bagi warganegara untuk meraih undi sebelum 'bagabung' sama ni parti UMNO. Begitu la scene politik di Sabah dulu, tida bulih kalau tiada isu agama and kaum. Ini adalah antara saksi-saksi time project IC/M dulu:
Sejak kemasukan UMNO [United MALAYS National Organisation] di Sabah, macam tiada suda ni Sabah, sinang-sinang PATI dapat IC malalui ini parti dari Malaya yang diketuai oleh si Dr. Mahathir [Project IC/Project M] awal tahun 1990 demi untuk meraih undi masa si Mahathir jadi PM."Dianggarkan 700,000 ialah 'rakyat Project IC' and 200,000 urang daripada mereka ada mengundi." - Chong Eng Leong [Former Dewan Rakyat senator and state assemblyman]. "Di antara 43,000 anggota baru UMNO, hanya 14,000 urang sahaja yang mempunyai IC original." - Mutalib Mohd Daud [Former Silam UMNO Division Executive Secretary]. "Pada tahun 1985 sahaja, lebih kurang 130,000 PATI diberikan IC." - Hassnar Ebrahim [Former Sandakan district chief]. Cerita pasal rusuhan pada tahun 1986 Kamu bulih tingu [Watch] dokumentari 'The Silent Riot 2012 - By Nadira Ilana' di Youtube. Actually, ada juga kebaikan si Tun Mustapha, dia la yang bersama-sama si Tun Fuad Stephens memerdekakan negara Sabah daripada kuasa penjajah British dulu. Dia juga pernah mencuba untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia selapas dia dikhianati UMNO tapi tida berjaya. Macam-macam ini 'urang atas' buat dulu untuk mendapatkan undi sampai membuat projek pengislaman beramai-ramai secara ugut dan rasuah keatas kaum KDM pada awal 70-an, sebab itu banyak kita dingar nama urang Sabah dulu-dulu yang macam urang putih punya nama tapi beragama Islam. Politik di Sabah dulu 2x5 ja macam politik di samananjung sakarang ba ni, kuat main politik kotor. Ini betul-betul memalukan agama Islam padahal Islam itu bersih. Ingat, pemimpin-pemimpin yang kita sanjung semasa kecil lagi sebenarnya 'PENGKHIANAT' negara Sabah! Mimang dorang ada juga la berbakti sama negara Sabah dulu macam si Tun Mustapha, bagus juga dia memerintah Sabah TAPI kesalahan durang ni mimang basar ba kan, salah tatap salah. Namun, perbuatan-perbuatan kejam mereka terhadap negara Sabah pada masa lalu tida dapat dilupakan oleh urang-urang lama Sabah and masih terus segar di dalam ingatan. Apa-apa pun, sorry la, tida bagus juga ba kan mention-mention kesalahan and nama-nama urang yang suda tiada, sa hanya mampu berdoa ja la, God bless them, amin. Jadikan ini semua sebagai iktibar ar, jangan sampai sejarah berulang okay?.
Itu adalah antara awal era kekejaman Malaya and sesetangah pemimpin Sabah yang gila kuasa keatas Negara Sabah. Peristiwa-peristiwa ini la yang menjadikan keadaan Sabah sakarang, penting ini untuk knowledge generasi muda negara Sabah sakarang. Selapas bagabung, apa yang kita dapat? Kita diturunkan kuasa daripada 'Negara' tukar pigi 'Negeri' lapas tu dapat gelaran negeri yang paling misikin di Persekutuan Malaysia? Tida logik betul ba kan kita kaya dari segi sektor pelancongan, bahan mentah etc. tapi miskin. Keretapi pun yang masa zaman British memerintah lagi, kalau di semananjung macam-macam projek pengangkutan ada, MRT, LRT, RapidKL, terminal bus pun bukan alang-alang. Marilah datang KL tus stay sana satu dua tiga hari baru kamurang tau betapa jauhnya kita ketinggalan. Bukan jeles ba tapi tarang-tarang dapan mata kita sendiri melihat kemajuan yang berat sabalah.
Tida lupa juga, time USNO [Tun Mustapha], BERJAYA [Harris Salleh - Punca kemasukan UMNO di Sabah and dia la yang jual Labuan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1984], UMNO [Dr. Mahathir] memerintah Sabah, banyak PATI dari Pelipin kana import pigi Sabah and then kana bagi IC, masuk Islam tus jadi pengundi setia mereka. Sabab politik di Sabah dulu pakai isu agama kan, kalau banyak pengundi yang beragama Islam, USNO/BERJAYA/UMNO pun bulih bertahan lama di Sabah. TAPI INGAT, ini parti USNO [Tun Mustapha] pada tahun 1970 sama BERJAYA [Harris Salleh] pada awal tahun 1980 pun masing-masing bertanggungjawab sama ini kemasukan PATI and parti UMNO di Sabah. Time tu banyak PATI kana kasi bagi warganegara untuk meraih undi sebelum 'bagabung' sama ni parti UMNO. Begitu la scene politik di Sabah dulu, tida bulih kalau tiada isu agama and kaum. Ini adalah antara saksi-saksi time project IC/M dulu:
"Sila luangkan masa anda untuk membaca artikel RUSUHAN TERSEMBUNYI / SILENT RIOT untuk memahami kejadian hitam yang berlaku di Negara Sabah pada tahun 1985 yang didokumentasikan oleh Nadira Ilana"
Kempen BN-umno pada tahun 1994 yang telah menyaksikan kejatuhan Kerajaan PBS |
Rumusan dia, West Malaysia ini tampat yang moden-moden, East Malaysia ni tampat yang mundur-mundur, ada segelintir urang semananjung sendiri cakap kan Sabah ni ketinggalan zaman, masih ada lagi yang tinggal di atas pokok. Of course bukan ini yang durang si Tun Fuad Stephens, Datuk Peter Mojuntin etc. mau tingu salapas bagabung sama Malaya and Sarawak kan?. TAPI kita tida mau maju macam di KL hampir semua pokok-pokok kana tabang untuk bangunan-bangunan korporat, tapi kita mau maju macam Jepun, walaupun maju namun budaya dan alam sekitar tatap terjaga ba kan. Sekurang-kurangnya kerajaan bagi peruntukkan untuk pembangunan bandar dan luar bandar yang lebih mesra alam ba kan. Bukannya suka hati buat empangan hydroelectric di Papar. Sorry out of topic, I love nature and I want Sabahans to respect the nature, save Ulu Papar!
Kapada tanak wagu [anak muda] North Borneo, jangan anggap kamu itu TIDA awesome or tida smart berbandingan dengan samananjung, jangan la kamurang malu-malu mau pakai loghat nenek moyang kamu, jangan kasi jadi samananjung sabagai idola kamu yang kamu minat-minat sampai bacakap pun main KL-KL [Terpangaruh sama filem-filem/lagu-lagu Melayu - One of Malayasination's agenda]. Ketahuilah dan berbangga la kamurang yang Sabah sebenarnya sebuah negara bukan seperti negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, walaupun Sabah miskin dari segi infrastruktur and pengangkutan, Sabah kaya budaya and alam flora n' fauna yang menakjubkan. Jagalah perpaduan antara kaum and agama, jangan jadi macam di samananjung, Melayu vs Cina vs India. Sabah belongs to Sabahans BUKAN hanya milik SATU kaum contohnya Kadazan or Dusun or Murut or Rungus or Cina or Bajau etc. mahupun agama Islam or Kristian or Buddha etc. akan tetap milik WARGANEGARA Sabah [Bangsa Sabah], jangan jadi macam itu UMNO, Ketuanan Melayu apa semua. Lain ba kan kalau tiba-tiba ada Ketuanan KDM hahaha! Palis-palis!
Pastikan semasa 31 Ogos 2014, anda mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Sabah! |
Aramaiti!
Dinnie Didie merupakan Peserta Ke-4 untuk Kempen Kesedaran Bangsa Borneo yang berasal daripada Negara Sabah. Satu perkongsian artikel beliau dalam bahasa Sabahan dengan gaya penulisan juga penuh dengan Sabahan.
Jikalau anda setuju dengan perkongsian beliau, sila tunjukkan sokongan anda dengan kongsikan artikel ini di blog dan Facebook anda dan juga dalam mana-mana group di Facebook agar Generasi Muda Negara Sabah mendapat mesej ini dengan jelas.
Pihak Admin UVSB terlebih dahulu ingin memaklumkan bahawa artikel ini adalah dalam versi "informal "penulisan Sabahan. Pihak admin terhenti seketika untuk berfikir sama ada untuk mengeditnya dalam penulisan yang penuh agar dapat difahami lebih oleh pembaca tetapi apabila mengambil pertimbangan akan keunikan dan "request" daripada Penulisnya, maka admin memutuskan untuk membiarkannya kekal dalam gaya penulisan original.
Jikalau anda setuju dengan perkongsian beliau, sila tunjukkan sokongan anda dengan kongsikan artikel ini di blog dan Facebook anda dan juga dalam mana-mana group di Facebook agar Generasi Muda Negara Sabah mendapat mesej ini dengan jelas.
Pihak Admin UVSB terlebih dahulu ingin memaklumkan bahawa artikel ini adalah dalam versi "informal "penulisan Sabahan. Pihak admin terhenti seketika untuk berfikir sama ada untuk mengeditnya dalam penulisan yang penuh agar dapat difahami lebih oleh pembaca tetapi apabila mengambil pertimbangan akan keunikan dan "request" daripada Penulisnya, maka admin memutuskan untuk membiarkannya kekal dalam gaya penulisan original.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)