Harnefer Johumin |
Pada tanggal 20 haribulan
Julai yang lepas bersamaan dengan hari sabtu, saya telah mewakili pertubuhan
United Varsity Students of Borneo untuk membuat liputan media di Negara Sarawak
mengenai sambutan hari kemerdekaan Negara Sarawak yang ke 50 tahun. Saya
beserta rakan-rakan yang lain telah bertolak dari Negara Sabah pada jam 7.50
pagi dan tiba di sana sekitar jam 9.40 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia dan
setibanya di sana kami disambut dengan sangat baik oleh wakil dari Negara
Sarawak dan kami menginap di Hotel Telang Usan, Kuching Sarawak selama 3 hari
dua malam. Negara Sarawak adalah amat bersih pada pandangan saya kerana tidak
terdapat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana mereka masih mengekalkan
kuasa Imigresen dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Muzium Negara Sarawak |
Pada hari itu, tidak ada sebarang aktiviti kerana aktiviti
yang sebenarnya bermula pada keesokkan harinya dan kami mengambil kesempatan
untuk bersiar-siar di Muzium Negara Sarawak dan yang tidak jauh dari tempat penginapan
kami. Dalam Muzium itu juga banyak memaparkan peninggalan dan khazanah bernilai
semasa pemerintahan Kerajaan Brooke di Negara Sarawak iaitu pada tahun 1841 lagi.
Muzium tersebut amat besar dan mempunyai peninggalan yang sangat tinggi
nilainya dan bangunan muzium itu merupakan Muzium yang dibina khas oleh Brooke semasa
zamannya dan sekarang menjadi pusat tarikan tumpuan pelancong untuk melawat
Negara Sarawak.
Pedang James Brooke |
Setelah puas mencuci mata di Muzium Sarawak saya beserta
rombongan pun kembali ke penginapan untuk beristrihat kami kerana kami tahu
bahawa kami mempunyai tugas yang sangat penting pada keesokkan harinya. Pada keesokkan
harinya, iaitu bersamaan 20 haribulan Julai adalah aktiviti yang sebenar iaitu
pada sebelah paginya kami mengadakan perarakan di sekitar bandaraya Kuching.
Saya berserta rombongan dari Sabah turut terlibat serta dalam perarakan
tersebut sebagai tanda sokongan yang padu dan sebagai penghormatan dari rakyat
Sabah akan hari kemerdekaan Sarawak yang ke 50 tahun dan julung kali disambut
di Negara Sarawak itu sendiri.
Bergambar bersama denga Panglima Gagah Berani |
Perarakan itu adalah
bertujuan untuk menyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat Negara
Sarawak tentang hari yang sangat bersejarah bagi Negara mereka kerana ramai
dari mereka tidak tahu bahkan generasi muda Sarawak masih tidak tahu akan hari
kemerdekaan Negara mereka yang sebenar. Hal ini sangat menyedihkan dan adalah
wajar bagi generasi muda tidak mengetahui kemerdekaan negara mereka yang
sebenar kerana dalam buku teks Sejarah yang diajar di sekolah langsung tidak
disebut akan hal ini.
Temu ramah dengan orang awam |
Temu ramah dengan pelajar sekolah |
Seterusnya pertanyaan yang
sama saya ajukan kepada dua orang pelajar sekolah sebentar tadi dan kelihatan
mereka tidak mengetahui tarikh sebenar kemerdekaan mereka malah mengatakan
bahawa 16 September merupakan tarikh negara mereka mencapai kemerdekaan dan
maka dengan itu saya telah memperbetulkan fakta tersebut dan menyeru mereka
agar mereka juga menyatakan hal yang demikian kepada rakan-rakan mereka yang
lain.
Temu ramah bersama dengan YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan |
Saya juga sempat menemu
bual Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengenai apakah mesej beliau terhadap generasi
muda Negara Sabah dan Sarawak pada masa kini dan beliau berkata “generasi muda pada masa kini mesti tahu
dan harus tahu akan asal usul dan tarikh kemerdekaan kita yang
sebenar-benarnya”. Kata-kata beliau menyuntik semangat saya untuk terus
berjuang dalam mengembalikan maruah Negara yang telah tercalar dan juga sejarah
yang selama ini telah dimanipulasi oleh golongan yang mementingkan diri sendiri.
Perarakan menuju ke Padang Merdeka Kuching Sarawak |
Satu hal juga yang memberi
semangat dan membuka mata saya ialah ketika melihat orang kurang upaya (OKU)
yang tidak sempurna anggota tangan juga
yang tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan itu sambil mengibarkan
bendera negara Sarawak di tangannya. Hal ini menunjukkan bahawa orang kurang
upaya itu juga sedar akan hari yang sangat bersejarah bagi mereka inikan pula
bagi mereka yang sempurna anggota fizikal. Perarakan tersebut selesai sekitar jam 11.00
pada pagi itu dan setelah itu kami pun kembali ke penginapan kami dan menjamah
makanan tengahari yang disediakan di Hotel tersebut.
Forum Kemerdekaan Negara Sarawak |
Setelah selesai menjamu
selera, kami pun berehat sebentar dan bersedia untuk menyaksikan forum yang juga
bertempat di Hotel tersebut. Forum itu banyak membincangkan mesej yang penting
mengenai asal usul dan juga banyak menbincangkan tentang Negara Sarawak
sehinggalah mencapai kemerdekaan yang diperoleh dari pihak British pada 22
Julai 1963.
Forum 50th Sarawak Independence Day |
Bersama dengan Presiden UVSB (Malaya) |
Walaupun dalam keadaan
yang sangat penat pada hari itu namun ianya merupakan pengalaman yang paling
manis dan berharga dan tidak mungkin dilupakan kerana saya berpeluang
bersama-sama dengan rakyat Negara Sarawak dan juga beberapa orang penting untuk turut serta dalam menyambut hari
kemerdekaan Negara Sarawak dan sambutan itu juga merupakan sambutan yang pertama
diadakan di negara mereka seterusnya menjadi kebanggaan kedua-dua buah negara
iaitu Sabah dan Sarawak.
Saya berserta rombongan
dari negara Sabah kembali ke Sabah pada keesokkan harinya iaitu pada 22 Julai
juga menaiki pesawat Air Asia pada jam 9.40 pagi dan kami selamat tiba di Lapangan
Terbang Kota kinabalu pada jam 11.00 pagi. Sekian.
Laporan disediakan oleh,
HARNEFER
JOHUMIN
President
Of UVSB (Sabah)
United
Varsity Students of Borneo.
0 comments :
Post a Comment