Saturday 6 July 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Negara Sarawak Ke-50 Tahun!

Tanggal 22 Julai 1963, Negara Sarawak telah diberikan Kemerdekaan oleh Kerajaan British dan pada 16 September 1963, Negara Sarawak bersama-sama dengan Negara Borneo Utara (Sabah), Singapura dan Malaya telah membentuk Persekutuan Malaysia. Umumnya, Bangsa Negara Sarawak tidak didedahkan mengenai perkara ini kerana terdapat agenda yang tersembunyi daripada golongan tertentu yang cuba membutakan Generasi Negara Sarawak mengenai Hari Kemerdekaan Negara mereka dengan memberitahu mereka bahawa 31 Ogos 1957 adalah merupakan tarikh kemerdekaan Negara mereka.


Bila difikir sepintas lalu, adalah BODOH dan TIDAK LOGIK apabila mengatakan bahawa 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan bagi Negara Sarawak (termasuk Negara Sabah) kerana pada tarikh tersebut jelas lagi bersuluh ia adalah merupakan tarikh kemerdekaan Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).


Kerajaan Malaya/Malaysia cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan... 

"Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Kemerdekaannya pada 4 Julai 1776. Republic Texas menyertai kesatuan tersebut 69 tahun kemudian pada tahun 1845 dan menjadi sebuah negeri. Negeri-negeri lain seperti Oklahoma, New Mexico dan Arizona menyertai kesatuan pada 1900-an. Sementara Alaska dan Kerajaan Hawaii pada 1959 yang dilihat sebagai pulau daripada sebuah kerajaan"
Datuk V.K.Liew.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kenyataan daripada seorang pemimpin kelahiran Sabah ini jelas sungguh menampakkan bahawa beliau tidak mengetahui fakta dan sejarah Tanah Tumpah Darahnya sendiri. Selain itu, jelas sungguh kejayaan Kerajaan Malaya/Malaysia dalam membutakan Generasi Muda Negara Sarawak dan Negara Sabah akan satu Peristiwa yang SANGAT BERSEJARAH dalam PERSEKUTUAN MALAYSIA.
Credit to Plaza Merdeka, Kuching Sarawak

Disini, jawapan untuk membalas balik kenyataan pemimpin tersebut.

Jika "United States of America (USA)" disamakan dengan Persekutuan Malaysia, adalah sesuatu yang tidak relevan dan bercanggah sama sekali dengan garis masa sejarah atau HISTORY TIMELINE kerana:

  1. USA wujud terlebih dahulu dan Negara yang lain "Memohon untuk menjadi ahli" USA dan sudah pasti Tarikh 4 Julai 1776 haruslah dipersetujui sebagai tarikh kumulatif Kemerdekaan USA itu sendiri.
  2. Malaysia TIDAK/BELUM WUJUD SEBELUM 16 SEPTEMBER 1963 tetapi hanya Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada 31 Ogos 1957. Negara Borneo Utara (Sabah) dan Negara Sarawak TIDAK MEMOHON untuk menyertai "PERSEKUTUAN MALAYSIA" tetapi sebaliknya Malaya yang memohon kepada Negara Borneo Utara (Sabah) dan Negara Sarawak bersama Negara Singapura untuk bersama-sama berganding bahu untuk membentuk "PERSEKUTUAN MALAYSIA".
  3. Jika kita menganggap bahawa 16 September 1963 merupakan tarikh Negara Borneo Utara (Sabah) dan Negara Sarawak menyertai "Persekutuan Malaysia", maka secara tidak langsung Negara Borneo Utara (Sabah) dan Negara Sarawak "MESTI AKUR" bahawa 31 Ogos 1957 merupakan TARIKH KUMULATIF KEMERDEKAAN MALAYSIA. Ini secara tidak langsung membawa maksud bahawa "MALAYSIA ITU ADALAH MALAYA DAN MALAYA ITU ADALAH MALAYSIA". Dalam erti kata lain, ia sudah bercanggah dengan dengan SARANAN COBBOLD bahawa Malaysia "BUKAN UNITARI" kerana USA bersistemkan FEDERATION UNITARY.  Dan ini secara automatik bercanggah dengan PERJANJIAN MALAYSIA.   

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...