Friday 26 July 2013

LAPORAN LIPUTAN MEDIA INDEPENDENCE WALK AND FREEDOM RIDE BY MR.LOURANCE DANATIUS

Undangan yang tidak dapat ditolak apabila saya diberi penghormatan untuk mewakili persatuan United Varsity Students of Borneo ke Negara Sarawak untuk program Independence Walk and Freedom Ride sempena hari kemerdekaan Sarawak yang ke-50. Program ini diadakan di Kuching Sarawak pada 20-21 Julai 2013 yang dianjurkan oleh Borneo Heritage Foundation.
Muzium Etnologi di Kuching Sarawak
Pada hari pertama di Kuching, tidak ada aktiviti yang melibatkan program ini. Rombongan dari negara Sabah telah meluangkan masa ke Muzium Sarawak untuk melihat sendiri adat dan kebudayaan masyarakat peribumi Sarawak yang sememang unik. Selepas melawat Muzium Sarawak, kami menghabiskan masa di penginapan untuk berehat.

Peserta berkumpul di Telang Usan Hotel
Program sebenar bermula pada 21 Julai 2013. Seawal jam 7.30, para peserta telah berkumpul di Hotel Telang Usan untuk berarak di sekitar Bandaraya Kuching. Terdapat peserta yang mewakili badan-badan bukan kerajaan daripada negara Sarawak. Peserta-peserta perarakan memakai baju yang bercetak “WE MUST KNOW/KITA PERLU TAHU” iaitu baju yang mendedahkan sejarah Pembentukan Malaysia yang sebenar. Perarakan dimulakan sekitar jam9 pagi.

Perarakan Bermula
Perarakan ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat Sarawak yang masih belum tahu akan tarikh kemerdekaan Sarawak yang sebenar. Rakyat Sarawak telah menyambut hari kemerdekaan Persekutuan Melayu selama 49 tahun iaitu setiap 31 Ogos. Selain itu, perarakan ini bertujuan membuka mata kerajaan tentang hak-hak rakyat Sarawak yang telah dicabuli.
Paluan Drum Perarakan

Sepanjang perarakan ini, para peserta mengibarkan bendera Sarawak dan Sabah yang menunjukkan bahawa kedua-dua negara berjuang bersama-sama untuk menuntut hak negara Sarawak khususnya hak kemerdekaan Sarawak. Para peserta juga melaungkan laungan WE MUST KNOW yang diketuai oleh saudara Peter John Jaban. Sepanjang perarakan ini, saya dapat melihat riak muka daripada penduduk sekitar yang masih tertanya-tanya tujuan perarakan ini.

Padang Merdeka Kuching Sarawak

Perarakan ini berakhir di Padang Merdeka Kuching sekitar jam11 pagi. Selepas upacara melafazkan tuntutan tentang hak-hak kemerdekaan Sarawak, para peserta meneruskan perarakan untuk kembali ke Hotel Telang Usan.

Forum 50th Sarawak Independence Day


Program diteruskan di Hotel Telang Usan dengan mendengar forum-forum yang menarik daripada penceramah yang dijemput khas untuk membuat pengisian sepanjang program. Antaranya ialah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Peter John Jaban dan beberapa lagi penceramah yang lain. Forum-forum yang disampaikan menfokuskan kepada sejarah Negara Sarawak itu sendiri. Program selesai sekitar jam5 petang. Pengisian yang saya tidak akan lupakan ialah menurunkan tandangan untuk menuntut hak Sarawak di sebuah skrol yang akan disampaikan kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Antara tuntutan yang terkandung ialah menuntut pengisytiharaan kemerdekaan Sarawak setiap 22 Julai.

Plaza Merdeka Kuching Sarawak
Secara jujur, saya sangat berbangga dapat menyertai program ini. Semangat saya untuk berjuang demi negara Sabah dan Sarawak semakin membara dalam memperjuangkan hak-hak yang sudah dicabuli. Walaupun suara kita masih kecil pada waktu ini tetapi saya tetap percaya bahawa suara yang kecil ini akan semakin kuat melaungkan tuntutan demi tuntutan kepada kerajaan persekutuan.

Laporan disediakan oleh,

Lourance Danatius
United Varsity Student’s of Borneo

WE ARE THE FUTURE OF SABAH




          


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...