Saturday, 6 July 2013

Belajar Sejarah Bukan Untuk Mencari Kesalahan


Pihak UVSB bersetuju dengan pandangan anak Muda Negara Sabah yang mempunyai kematangan dalam memberikan sebab mengapa Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak MESTI belajar SEJARAH Negara dengan sepenuhnya. Dengan mempelajari Sejarah yang sebenar (bukan rekaan sejarah yang dongeng) akan memberikan kesedaran yang sebenar tentang apa yang perlu dilakukan dan yang TIDAK HARUS DILAKUKAN. Melalui kesedaran tersebut, akan timbul satu anjakan paradigma untuk membantu memajukan sesuatu dengan idea-idea yang baru dan segar. Kalau ia melibatkan hal-ehwal Negara Sabah dan Negara Sarawak, Sejarah mampu membangkitkan semangat Nasionalism agar Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak BERDIRI DENGAN TEGUH DAN BERANI UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK-HAK BANGSA, KUASA KEDAULATAN DAN KUASA KEMERDEKAAN!

Sila fahami maksud anak muda ini dan kongsikan kepada semua orang...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...