Saturday, 12 July 2014

Segalanya Di Tangan Kita...

Walau pun saya tidak pernah menyanyikan lagu "Fair Land Sarawak" dan saya tidak pernah mengetahuinya dalam buku sejarah malaysia namun saya yakin moyang-moyangku ku pernah menyanyikannya suatu ketika dahulu. Saya lahir dan menyanyikan lagu "Negeri" yang sekarang iaitu lagu "Ibu Pertiwiku" walaupun saya bangga dan hormat akan lagu Ibu Pertiwiku sarawak namun saya berasa kecewa kerana perkataan "Negara" diubah kepada "Negeri" dalam liriknya. walaupun begitu ia tidak bermakna saya tidak sayangkan Negara saya SARAWAK. 

Jadi, Generasi Muda Negara SABAH dan Negara SARAWAK sedarlah bahawa kita mempunyai kedaulatan dan maruah tanah air kita yang dinafikan oleh pihak tertentu selama ini. Buka mata dan minda anda. Belajarlah dari kesilapan masa lalu iaitu sejarah. Kalau kita tidak tentukan nasib kita sendiri, tidak akan ada orang yang akan tentukan nasib kita. Jikalau ada, mereka akan dan pasti mengambil kesempatan keatas kita. Dan ini sedang berlaku sekarang. Masa depan kita terletak pada diri kita generasi muda sekarang. Cukup-cukuplah kita diperdayakan seperti apa yang kita lihat sekarang dan cukupah kita ditipu selama ini.

Malah selama ini kita ditipu bahawa keluarga Brooke adalah penjajah sedangkan keluarga Brooke adalah Pengasas kepada Negara Sarawak. Ingat kepada generasi muda Negara SARAWAK khasnya, jangan pernah kita melupakan asal usul kita. Kalau tidak ada keluarga Brooke di Negara Sarawak, tidak akan ada sebesar apa yang kita lihat sekarang. Generasi muda di Negara Sabah pula, anda juga perlu tahu bahawa North Borneo Company merupakan pengasas kepada Kerajaan Negara Sabah.

Secara peribadi saya bukan untuk meghasut tetapi ingin mengajak anda semua untuk bersatu hati bersama-sama untuk kita tegakkan hak kita. Sampai bila kita harus  tunduk kepada mereka, orang malaya? Sampai bilakah kita mampu bertahan melihat maruah dan tanah air kita dihina, dicabuli dan dirampas sedikit demi sedikit? Malah dalam sistem pendidikan pun kita ditipu dengan fakta yang diputar- belitkan oleh pihak tertentu demi menjaga kepentingan mereka??? Adakah kita kita begitu mudah untuk ditipu??? Adakah generasi muda sekarang mahu mengikut kesalahan yang pernah dibuat oleh generasi masa lampau??? Sedarlah, jangan sampai kita sudah tiada apa-apa untuk diperjuangkan barulah kita sedar yang selama ini kita tersilap... 

Cukuplah kita telah ditipu selama ini dan janganlah kita generasi muda juga turut ditipu lagi! Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya hanya tahu menaip dan melaung-laungkanya di alam maya ini tetapi ingatlah bahawa satu hari nanti saya yakin suara perjuangan kita di alam maya akan didengari oleh masyarakat dunia. Hanya masa yang menentukan dan ia terpulang kepada anda Generasi Muda sebagai penentu masa depan........


Dari sarawak; ‪
‎Dum_spiro_spero atau bermaksud "While I breathe, I hope". Jadi jangan kita pernah berhenti berharap dan mengalah selagi kita diberikan peluang untuk berjuang.

Stanley Jupong merupakan seorang anak kelahiran Negara Sarawak. Beliau merupakan peserta yang ke-10 untuk Kempen Kesedaran Borneo (Borneo Awareness Campaign). Luahan perasaan yang terbenam dalam jiwa beliau selama ini telah dikongsikan kepada umum agar semua Generasi Muda Negara Sarawak khususnya dan Generasi Muda Negara Sabah amnya, akan mendapat iktibar dan inspirasi untuk tidak berdiam lagi kerana masanya telah tiba. Sila berikan sokongan anda kepada beliau sebagai tanda sokongan dengan "Like & Share" artikel beliau ini semampu yang boleh.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...