Wednesday 13 August 2014

"Sedar daripada lena..."

Saya tertarik dengan gambar ini yang diperolehi daripada Page Facebook The Future of Sabah/Sarawak and The Federation of Malaysia.

Melalui pandangan saya sebagai Generasi Muda Negara Sabah, saya melihat dan memahami dua perkara tersirat dalam gambar ini (saya yakin anda mampu melihat lebih daripada dua).

Pertama: Kemenangan malaya untuk menyekat penggunaan kalimah "Allah" untuk penganut Kristian di "persekutuan tanah melayu (malaya/malaysia) sebenarnya merupakan Kemenangan kepada Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Mengapa? Ini kerana malaya yang menyamar menjadi malaysia terang-terangan, jelas lagi bersuluh telah mencabul dan seterusnya Melanggari Hak Kebebasan Beragama sepertimana yang dipersetujui suatu ketika dahulu sebelum Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Negara Sarawak bersetuju membentuk "Persekutuan malaysia". Tindakan malaya ini sememangnya telah memberi markah tambahan dalam hujah-hujah Pejuang-pejuang Kebangsaan Borneo tentang mengapa Negara Sabah dan Negara Sarawak MESTI berpisah daripada "persekutuan haram" ini.

***persekutuan malaysia adalah HARAM dan TIDAK SAH apabila malaya telah menyingkirkan Negara Singapura daripada persekutuan malaysia tanpa mendapatkan persetujuan daripada pemimpin-pemimpin negara Sabah dan Negara Sarawak. Sehingga kini, buku perjanjian malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 masih menyatakan Negara Singapura sebagai Negara dalam persekutuan malaysia***

Kedua: Seperti yang tertulis dalam page Facebook tersebut, walaupun malaya berusaha untuk menghilangkan identiti diri mereka sebagai orang malaya tetapi nampaknya mereka tidak juga sepintar kancil yang penuh dengan tipu muslihat. Adakah anda nampak "Chief Judge of Sabah & Sarawak" dan "Chief Judge of malaya"? Mengapa tidak "Chief Judge of malaysia"? Ini adalah disebabkan melalui undang-undang terdahulu, malaysia itu merupakan nama yang merangkumi Negara-negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (malaya). Jikalau mereka menggunakan "Chief Judge of malaysia", ia jelas sekali menampakkan malaya meninggikan diri mereka daripada Negara Sabah & Negara Sarawak sedangkan mereka sebenarnya adalah RAKAN KONGSI SAMA TARAF.

Walau bagaimanapun, mengapa "Chief Justice of Sabah & Sarawak" dan tidak dipisahkan kepada "Chief Judge of Sabah" dan "Chief Judge of Sarawak"??? Apakah Negara Sarawak tidak mempunyai Peguam yang Layak untuk menjawat Jawatan tertinggi itu? Ataupun sistem itu direka sedemikian rupa untuk mengekang kekuatan Borneo kerana jikalau wujud sedemikian rupa, maka Borneo mempunyai dua "Chief of Judge" manakala malaya hanya mempunyai satu sahaja...

Ini adalah pandangan dan kefahaman saya secara peribadi. Jikalau anda tidak bersetuju, itu HAK anda. Dan jikalau anda bersetuju dan ingin kongsikan pandangan ini, itu HAK anda juga. Jikalau anda telah mentafsirkan pandangan ini sebagai "Menghasut", maka saya dengan penuh tegas mengatakan bahawa "Saya TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" terhadap persepsi anda kerana tujuan pandangan ini dikongsikan adalah ingin membuka mata Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dalam satu sudut yang berlainan daripada yang lain khususnya kepada Generasi Muda di kedua-dua Negara iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak.. 

Harap maklum.

Source

1 comment :

  1. Yuk coba keberuntugan anda
    di permainan tebak angka
    TOGEL dan DD48 redblue LIVE
    www.togelpelangi.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...