Wednesday 6 August 2014

"Tiada masa, untuk berdiam... Kerana masa telah tiba..."

Sedar atau tidak sedar, suatu penipuan PASTI akan terbongkar dengan sendirinya. Ia umpama durian yang jatuh di dalam belukar, bersembunyi disebalik semak daun. Apabila sampai masanya, ia akan pasti ditemui kerana durian tersebut akan menghasilkan bau yang sangat kuat dan ia akan memudahkan seseorang untuk mencarinya. Demikian juga tindakan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar untuk menjadi kerajaan persekutuan Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, pembentukkan persekutuan Malaysia sebenarnya adalah berlandaskan kepada konsep “United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland” yang mengandungi empat buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat bersekutu dalam satu persekutuan tersebut. Negara-negara tersebut ialah Negara England, Negara Scotland, Negara Wales dan Negara Northern Ireland. Begitu jugalah yang seharusnya dan semestinya terjadi kepada persekutuan Malaysia. 

Credits to Rajah Raqafluze
Persekutuan Malaysia berlandaskan kepada konsep dan kefahaman asal iaitu ia sebenarnya HANYA terdiri daripada EMPAT buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat; Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Negara Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura (tetapi telah dikeluarkan daripada persekutuan oleh kerajaan Malaya) dan akhir sekali ialah persekutuan tanah melayu (malaya). Namun apa yang berlaku kini, konsep dan kefahaman asal telah diubah oleh seorang anggota dalam persekutuan Malaysia dengan niat yang jahat untuk menguasai atau dalam erti kata yang lain untuk menjajah anggota-anggota dalam persekutuan tersebut. Anggota tersebut ialah kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya).

Sila rujuk kepada gambar rajah dibawah.

Credits to SSKM
Dapatkah anda memahami apa yang diperkatakan sebentar tadi melalui gambar rajah diatas ini?

Sekarang, cuba anda rujuk gambar rajah dibawah ini pula dan sila fahaminya.

Credits to SSKM
Dapatkah anda memahami tentang bagaimana kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak di manipulasikan dengan cara menurunkan statusnya daripada Negara kepada negeri?

Credits to SSKM
Inilah yang sebenarnya terjadi kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Atas sebab kesedaran inilah maka timbul semangat untuk berjuang! Berjuang untuk mendapatkan semula Hak Mutlak yang telah kita hilang. Apakah anda yang sudah memahaminya akan merelakan sahaja? Atau mahu melakukan sesuatu? Jikalau anda berbangga mengatakan diri adalah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, sila dengan sepenuh jiwa, sertai perjuangan ini… Jadilah Pejuang Bangsa yang sejati… Bukan pangkat atau darjat yang menjadi perhitungan dalam konteks perjuangan ini tetapi sejauh mana kesungguhan anda untuk bersama-sama mengembalikan Hak Mutlak Kerajaan kita, Kuasa Kemerdekaan dan Kuasa Kedaulatan kita! Sudah 51 tahun lamanya kita telah ditipu dan ditindas, adakah kita mahu memberikan mereka 51 tahun lagi untuk menipu dan menindas kita semua? Suara anak-anak Bangsa kita yang kian membesar ini yang juga merupakan pelapis kepada kita, generasi masa depan kita kini bergantung sepenuhnya terhadap tindakan kita pada hari ini. Apakah kita akan disumpah celaka kerana berdiam dan bodoh tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika kita mempunyai tenaga yang kuat ataupun di kenang sebagai pejuang Bangsa yang dihormati selama-lamanya?
Semuanya kini terletak pada tindakan kita pada hari ini. 


Tiada masa untuk berdiam,
Kerana masa telah tiba,
Tiada erti untuk berputus asa,
Kerana ini baru bermula…

Kuatkan hatimu,
Tempuhi cabaran,
Kita perlu, bersatu hati..

Perjuangan ini, 
Bebaskan Negara,
Dari kuasa peluntur bangsa…


Artikel ini telah dihantar melalui email oleh seorang yang ingin menggelarkan dirinya Bornean Nationalist. Artikel ini tidak dinafikan sangat kontroversi namun pihak UVSB percaya bahawa terdapat kebenaran dalam artikel beliau ini. Jikalau anda merasakan bahawa artikel ini tidak baik untuk dibaca, sila jangan sebarkan. Namun jikalau ia adalah penting untuk diketahui, sila sebarkan mesej ini...

2 comments :

  1. Yuk coba keberuntugan anda
    di permainan tebak angka
    TOGEL dan DD48 redblue LIVE
    www.togelpelangi.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...