Ku Tanya ibu ku akan keperluanku namun ibu ku terdiam, ku Tanya ayah ku namun ayah ku tak terdaya kerana derita tubuhnya. Ku hidup dengan tangan kecil ku sendiri, bergantung kepada sisa-sisa buangan manusia yang boleh ku jual. Ku kimpalnya dengan batu hingga tangan kecil ku tak berdaya lagi. Dahulunya tubuh ku berisi dan kini seperti tin kosong yang ku kimpal. Aku budak yang rajin, aku tidak mengharapkan orang lain namun aku sedar yang aku perlukan mereka menghulurkan simpati kepada ku kerana aku tidak berdaya lagi.
Dalam khayalan ku terdiam dan hati ku berbisik “Kenapa Bumi ini membuat ku derita?” . Ibu ku mengatakan “Bumi ini kaya, lihatlah sebelah kiri mu Hijau, lihatlah sebelah kanan mu kuning dan lihatlah sekeliling mu pulau yang sangat indah” seusia kecilku mampu berfikir akan tuntutan-tuntutan itu terhadap alam ini. Semasa datuk ku kesayang ku belum pergi, datuk ceritakan kepada ku bahawa hak ku sudah hilang dan hak cucu-cucu ku nanti juga akan hilang dirampas oleh manusia jahil. Air mata ku mengalir lagi, dengan siapakah aku bergantung? Siapakah pejuang untuk aku? “ya Tuhan, sesungguhnya itu adalah takdir buat hidupku, aku tidak akan bersyukur”. Aku tidak mahu hidup di bumi yang kaya ini seperti yang emakku ceritakan kepada ku dangan hidup ku yang derita ini !!!. siapakah yang paduli kepada ku?. Emakku cakap kita ditindas, kenapa? Kenapa kanak-kanak lemah seperti aku dilakukan seperti itu? Sehingga aku menderita di bumi kaya ini. Dimanakah hati murni mereka?
Air mata kanak-kanak itu mengalir sepanjang tidur hingga ke pagi. Seawal subuh, ayam berkokok menandakan bermulanya derita hidup kanak-kanak itu untuk mencari kehidupan dan berterusan sehingga diakhir hidupnya.
Anak sabahan tidak layak mendapat hidup seperti ini, sabah bumi yang kaya dengan hasilnya yang layak dimiliki oleh mereka. Siapakah yang berhati zalim yang bertopengkan malaikat yang merampas segalanya hak mereka? Tanya hati kita bagaimana kita boleh mengubah takdir kanak-kanak ini?
Mar Yomon merupakan peserta yang ke-11 untuk Kempen Kesedaran Borneo (Borneo Awareness Campaign). Beliau telah memilih untuk membuat satu bentuk perjalanan cerita mengenai kesusahan seorang anak didalam sebuah keluarga yang susah. Imiganasi beliau tidak jauh daripada realiti yang dialami oleh kebanyakkan anak-anak kecil di Negara Sabah. Berilah sokongan anda kepada beliau dengan menyebarkan artikel beliau semampu yang boleh agar mereka yang membacanya mampu terbuka mata untuk memahami peranan yang perlu diambil untuk menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk.
Yuk coba keberuntugan anda
ReplyDeletedi permainan tebak angka
TOGEL dan DD48 redblue LIVE
www.togelpelangi.com