Tuesday, 21 January 2014

Keharmonian Agama di Negara Sabah TIADA BANDINGAN dengan malaya!!!


Hari ini telah selesai majlis pengebumian Mendiang Nenek tercinta di tanah perkuburan Kg. Mansiang Menggatal.

Sebagai perkongsian, 

Sebelum jenazah diangkat ke tanah pusara, keluarga dan sanak saudara berkumpul di Gereja Seventh Day Adventist, Kg. Mansiang, Menggatal bagi memberi penghormatan yang terakhir kepada mendiang.

Saya pasti, suasana seperti ini amat normal bagi komuniti setempat yang mana mempunyai berbilang kaum dan agama. Keturunan kami sendiri terdiri dari beberapa suku kaum dan agama menjadikan kami lebih bertoleransi dan harmoni dalam menjalankan sesuatu majlis.

Saya dari lahir memang beragama Islam, manakala beberapa orang makcik serta sepupu telah memeluk agama Islam menjadikan keluarga kami semakin majmuk.

Kami membesar dalam suasana kampung yang aman dan bercampur gaul dengan sesiapa sahaja tanpa menilai warna kulit, serta agama yang dianutinya..

Berbalik pada majlis tadi, oleh kerana mendiang nenek kami beragama Kristian (SDA), majlis penghormatan terakhir dilakukan di dalam gereja itu sendiri. Seperti yang dilihat didalam gambar, betapa harmoni dan majmuknya kami apabila berkumpul bersama memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang nenek kami.

Semasa paderi memberi khutbah mengikut kitab mereka, beberapa kali nama Allah disebutkan dalam beberapa rangkap, yang menghairankannya, tidak pula ada saudara mara Islam yang protes atau memberi ugutan membakar bible kerana adanya kalimah Allah didalamnya dan tidak pula saudara mara yang beragama islam tiba-tiba lidahnya terkelu dan hilang shadatnya malah terbang tudungnya oleh kerana berada sama-sama dengan keluarga beragama Kristian duduk dalam satu gereja. Magik!! Ternyata teramat jauh gambaran yang digambarkan oleh pihak-pihak yang menamakan diri mereka pejuang melayu dan Islam, seolah-oleh terdapat kekeliruan oleh umat islam jika adanya kalimah Allah didalam bible mereka.

Alhamdulillah, 3.1.14, tarikh yang dikebumikan mendiang...juga hari jumaat penghulu segala hari..selepas majlis pengbumian itu, kami yang beragama islam pergi pula ke Masjid bagi menjalankan ibadah Solat Jumaat dan ternyata shahadat kami tetap utuh, majlis pengebumian berjalan dengan sempurna, Ibadah Jumaat InsyaAllah juga sempurna.


Perkongsian ini mungkin memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada kita semua..betapa bernilainya keharmonian serta toleransi yang berlaku sekian lama di tanah tumpah Negara Sabah tercinta. 1 Malaysia yang dilaung-laungkan itu sebenarnya sudah lama berlaku di Sabah sebelum Malaysia lagi. Inilah keamanan sebenar, tiada isu, tiada provokasi, tiada perang agama dan sebagainya. Sabah, tanah tumpah yang diberkati Allah S.W.T, orang-orang di dalamnya penuh dengan sopan santun, lemah lembut dan bersifat terbuka. 

Mudah-mudahan, keamanan dan toleransi keterbukaan ini berterusan selama-lamanya.

Rest in Peace, Grandma..

Sekian, Wasalam.

Credits to Datuk Seri Chazy Chaz

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...