Tragedi Double Six merupakan satu peristiwa hitam yang pernah mewarnai sejarah negara Sabah. Tragedi ini berlaku pada 6 Jun 1976 yang mana sebuah nahas kapal terbang terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kapal terbang yang dikendalikan oleh Sabah Air dengan nombor pendaftaran 9M-ATZ yang berlepas dari Kapal Terbang Labuan,Labuan. Pesawat jenis GAF Nomad itu telah terhempas dan mengorbankan semua penumpang ketika itu. Antara yang terkorban ialah Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens, Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin, Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong, Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa, Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan, Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad, Juruterbang, Gandhi J Nathan, dan Johari Tun Fuad Stephens.
Menurut sejarah, kejadian tragis ini berlaku pada detik 3.50 petang apabila penduduk di sekitar daerah Sembulan dikejutkan dengan suatu dentuman yang sangat kuat iaitu letupan kapal terbang. Sepatutnya, kapal terbang tersebut mendarat di Lapangan Terbang, kira-kira dua kilometre dari lokasi kejadian. Pesawat GAF Nomad itu telah membunuh hampir keseluruhan anggota kabinet Sabah pada ketika itu. Kejadian kapal terbang terhempas itu telah menggegarkan kawasan tersebut pada masa kejadian, dan seterusnya telah menyebabkan seluruh rakyat Sabah berkabung dengan kejadian itu. Peristiwa ini telah memberi lakaran sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh masyarakat sehingga sekarang. Namun begitu, banyak generasi muda sekarang tidak mengetahui tragedi hitam ini kerana dalam sistem pendidikan, sejarah ini tidak dimasukkan dalam sukatan pelajaran. Oleh hal yang demikian, generasi muda terutama sekali generasi muda negara Sabah seharusnya mengambil inisiatif sendiri.
Buat julung-julung kalinya, United Varsity Student of Borneo (UVSB) telah membuat liputan pada hari mengingati peristiwa tragis tersebut. Setiap tahun pada tarikh yang sama iaitu 6/6 pasti akan diadakan hari mengingati pengorbanan pemimpin-pemimpin negara ini yang terkorban dalam peristiwa tragis tersebut. Berdasarkan kepada liputan UVSB, setiap wakil daripada keluarga yang terkorban menghadiahkan bunga dan ucapan tanda mengingati peristiwa tragis itu. Oleh hal yang demikian, UVSB sebagai wakil pemuda pemudi di Sabah menyokong perjuangan pemimpin-pemimpin tempatan negara Sabah. Kepada semua generasi muda Sabah, sejarah itu sangat penting untuk memastikan kita tidak mengulangi sejarah yang tidak seharusnya terjadi.
0 comments :
Post a Comment