Sunday 23 June 2013

UVSB UPDATE!



Salam sejahtera dan Salam hormat kepada semua khususnya warga Negara Sabah dan Negara Sarawak. Dengan sukacitanya, pihak admin ingin mengumumkan bahawa UVSB kini telah beroperasi dengan serentak di tiga buah Negara iaitu di Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Malaya. UVSB bukan lagi satu badan yang kecil kerana ia merangkumi skop yang luas dalam perjuangan untuk Generasi Muda Borneo.

Oleh itu, pihak admin mohon sokongan penuh daripada Warga Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk memberi mandat kepada kumpulan UVSB untuk memimpin Generasi Muda Negara daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Di Malaya, UVSB diwujudkan kerana kita semua umum tahu bahawa Generasi Negara Sabah dan Negara Sarawak sangat ramai di sana atas sebab pelajaran dan juga kerjaya. Buat setakat ini, UVSB ingin memfokuskan bahagian Domestik terlebih dahulu sebelum pergi melangkah jauh.

Mohon sokongan moral dan idea yang membina daripada anda semua agar kita mampu melahirkan Generasi yang bertanggungjawab terhadap Generasi Masa Depan... Ini kerana... Generasi Sekarang MESTI bertanggungjawab terhadap Generasi Masa Depan!

Salam Hormat!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...