Kepada Generasi Muda Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)... Pihak admin memohon agar anda mengkaji terlebih dahulu sejarah negara anda yang sebenar. Jangan bergantung dengan maklumat sejarah yang disediakan oleh pendidik anda sendiri. Wujudkan satu persoalan ini... Dimanakah Identiti Negara saya iaitu "Negara Persekutuan Tanah Melayu? Adakah Persekutuan Tanah Melayu itu adalah Malaysia? dan adakah Malaya itu Malaysia dan Malaysia itu Malaya?". Tanyakan persoalan ini kepada diri anda sendiri dan buat kajian terlebih dahulu sebelum memberikan hujah yang menampakkan anda sebenarnya dibutakan sejarah negara sendiri. Tanyakan kepada diri anda... Apakah Sabah dan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri yang ada di Semenanjung? Kalau benar, apakah perbezaan ini? Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Bilakah sebenarnya Negara Malaysia ini dibentuk? Adakah pada 31 Ogos 1957 atau pada 16 September 1963? Bilakah tarikh kemerdekaan negeri Selangor, melaka? kedah, etc? Bilakah pula tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak? Apakah benar Sabah dan Sarawak berstatus Negara dan berbeza dengan negeri-negeri di tanah melayu? Sila timbulkan persoalan seumpama ini dan berusaha untuk mencari jawapannya... Dan tanyakan kepada diri anda... Apakah yang membuatkan orang Sabah dan Sarawak bangkit dan menimbulkan isu-isu seperti ini...
Saya yakin, setelah anda berbuat seperti yang saya sarankan maka anda akan menemukan segala jawapan terhadap persoalan yang tidak pernah anda ketahui selama ini. Apa yang pihak UVSB lakukan ini adalah untuk memberikan kesedaran terhadap bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak. Melalui kesedaran ini, semangat untuk memperjuangkan kebenaran akan bangkit dan lahir sendirinya... Ia Sentimen kebencian itu tidak pernah dimainkan oleh pihak UVSB... Ia lebih kepada kemarahan yang membuak-buah terhadap pemimpim-pemimpin malaya yang telah MENJAHAMKAN masa depan Negara kami dan kesannya sekarang. Kami mengalami penindasan dan terlalu banyak kerugian yang sepatutnya TIDAK BERLAKU jikalau pemimpin malaya menghormati Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia...
Maka tidak salah jikalau Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak berdiri dan berjuang untuk mendidik bangsanya akan kebenaran ini dan membawa mereka kepada kebangkitan semangat Nasionalis seperti mana anda Generasi Muda Negara Malaya bangkit untuk memperjuangkan masa depan Negara anda daripada pemerintahan pemimpin bangsa anda yang telah menindas Malaya khasnya dan Sabah Sarawak umumnya. Mohon anda memahami perjuangan Generasi Muda Anak-anak Negara Sabah dan Negara Sarawak.
0 comments :
Post a Comment